Thursday, May 21, 2015

You Are Not Alone

Setelah sekian lama memikirkan apa yang perlu ditulis di dalam blog akhirnya tak dapat jugak..hahaha :D. Sebab tu lambat uploud....hew..hew..hew... setelah puas memerah otak yang beku ni lastly dpt jugak lah ilham nak tulis ape....tajuk nukilan ni ialah ‘ you are not alone’. Nampak macam tak best je tajukkan...tapi bce je lah ea...kalau rjin komen skli k.. :D
Suatu hari apabila aku mendapat tahu bahawa aku tidak dapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke universiti aku rase seolah-olah masa depan aku gelap dan tiada harapan untuk aku terus belajar. Aku mengadu nasib malang aku kepada keluarga dan rakan-rakan baik aku. Sedih yang teramat sangat yang aku boleh katakan. Wajah ibuku juga berubah tetapi ibuku masih tetap memberi kata-kata semangat untuk diri aku. Begitu juga kakak dan adik-beradik aku yang lain. Malah kawan-kawan aku juga tidak putus-putus memberi semangat kepada diriku yang malang ini. Akhirnya aku membuat keputusan untuk membuat rayuan dan  Alhamdulillah aku dapat menyambung pelajaran di UNIMAS.
Disebabkan keluarga aku bukan lah dari keluarga yang senang(tapi tak la susuh sangat :D), jadi semasa awal penerbangan aku dari kl ke kuching mereka hanya menghantar pemergiaanku di kl sahaja. Aku juga tidak mahu menyusahkan keluarga aku pada masa itu jadi aku pergi je lah sorang2 walaupun perasaan gementar tu mmg ada. Mujur ketika itu ada sahabat yang baik hati menunjukkan arah dan menemani aku sepanjang penerbangan. Hanya Allah yang dapat membalas jasa mereka. Setibanya di kuching skli lagi aku dibantu oleh rakan aku untuk menemani perjalanan aku ke UNIMAS. Alhamdulillah perjalanan aku mudah walaupun tanpa keluarga disisi.
Setibanya waktu kuliah, aku merasakan seolah-olah aku berada di dunia lain, tambahan pula aku sudah banyak ketinggalan dalam pelajaran disebabkan aku adalah pelajar rayuan. Tetapi syukur masih ada sahabat yang sering membantu aku di dalam setiap kesusahan yang aku lalui. Walaupun tanpa keluarga tetapi sahabat merupakan keluarga kedua aku di sini.
Setelah hampir 2 tahun aku belajar di UNIMAS aku semakin mengenali rakan-rakan aku, susah senang kami lalui bersama. Walaupun adakalanya kami bergaduh, berselisih faham dan sebagainya tapi itulah yang mencorakkan persahabatan kami. Walau bagaimana pun kawan-kawan lama aku di semenanjung sentiasa terpahat di hati aku...hee :D....
Dalam setiap kesusahan yang aku lalui pasti ada yang akan membantu. Aku bersyukur dengan kurniaan yang ALLAH berikan. Jika dikaitkan dengan kaunseling (baru nak kaitkan dengan kaunseling setelah panjang lebar aku tulis..hahaha), jika berada di tempat klien kita perlu lah membantu mereka dengan ikhlas supaya mereka merasakan mereka tidak keseorangan dan mendengar luahan mereka. Selain itu, sokongan dan dorongan sangat penting dalam membantu klien untuk memastikan klien terus bersemangat. Dalam kaunseling kelompok kaunselor perlu memastikan bahawa kaunselor tidak bersikap berat sebelah. Kaunselor perlu peka terhadap semua ahli kelompok supaya mereka tidak berasa tersisih dan dipinggirkan. Kemahiran-kemahiran yang dipelajari di dalam kaunseling perlu di praktikkan  sebaik mungkin supayadapat membantu klien dengan berkesan.
Kesimpulannya, bidang kaunseling banyak memberi kesedaran kepada saya betapa pentingnya hubungan dengan orang-orang di sekeliling kita. Baik dan buruk seseorang itu akan mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Jangan menilai seseorang dari luaran sahaja kerana manusia itu unik :D
   
     

                                     
                                             Saya dan rakan karib
Saya dan Abang saya no 2

                            
                                               Ainaa, Lili, Asma
My Family


Kaunselor pelatih
     
Saya rakan-rakan saya



                
Lot of love aini@jaja
Nukilan
Aini Jariah Bt Ahmad 44855

Rujukan


Talib, M. A. (2010). Kemahiran Asas Kaunseling. Kemahiran Asas Kaunseling.


1 comment:

  1. pengalaman yang menarik Jaja. Boleh dah jadi penulis novel .haha

    -Gloria-

    ReplyDelete