Tuesday, May 26, 2015

Siapa Aku?

Aku ingin berkongsi tujuan aku dihidupkan,
Bukan semata-mata cubaan mahupun sekadar mainan si Tuhan.

Bagi aku dunia ini adalah universiti terbaik buatku,
Disinilah tempat aku menimba segala macam pengalaman,
Dari kepayahan hingga kesenangan,
dari aku kecil hingga dewasa kini,
Malah lebih lagi yang akan aku alami bila tahun memakan usiaku kelak.
aku suka mendongak kelangit bagi melihat kerdilnya diri aku berbanding keluasan langit yang luas terbentang
(http://fc01.deviantart.net/fs38/i/2008/322/3/d/menantang_langit_by_succinctsilhouette.jpg)
Guruku adalah segala benda yang aku lihat dimuka bumi ini,
Baik hidupan yang berakal mahupun tidak,
Baik mereka yang kukenal mahupun tidak,
Baik mereka itu baik mahupun buruk,
Pasti aku akan mengambil pengajaran daripada setiap apa-apa yang kulihat,
Kerana aku percaya,
Setiap kejadian itu ada hikmahnya,
Sebagai petunjuk buat diriku, serta manusia disekelilingku.
"Manakan dapat aku lihat manusia itu sama"
Aku suka memerhatikan manusia,
Pelbagai kerenah dan rencah dapat aku teliti,
Membuktikan bahawa Tuhan itu kaya dan luas kekuasaanNya dalam menciptakan,
Manakan dapat aku lihat manusia itu sama,
Sedangkan setiap fikiran sang mahkluk adalah berbeza,
Malah ibu jari terbukti menggambarkan bahawa manusia itu unik.

hidup dalam masa yang serba singkat
(http://www.pusatgratis.com/wp-content/uploads/2013/09/wallpapermotivasi_33.jpeg)
Aku percaya hidup ini hanya sementara,
Tidak akan lebih detiknya dari saat aku mengela nafas terakhir,
Untuk aku menerus kehidupan kekal abadi di alam yang tidak dapat kugambarkan,
Dibumi inilah aku mengumpul kebaikan sebagai bekal dan bentangan aku pada Cintaku.

Namun aku kecewa melihat kehancuran dunia,
Tempatku mengimani tuhan dicemari dengan tangan-tangan kotor sang penderhaka,
Aku kecewa melihat kepincangan manusia dalam menjalani kehidupan sehari-harian,
Penuh duka dan hampa kerana jauh meninggalkan pesan sang Penguasa Bumi,
Sehingga terkadang membawaku hanyut bersama dan menghilangkan rasa cintaku pada Dia,
Itulah dugaan si pelakon bumi pada akhir dunia.

impian aku berkhidmat dengan manusia sebagai kaunselor
(http://www.orangmuda.tv/wp-content/uploads/2013/09/kaunselor.jpg)
Maka aku ingin berkhidmat pada manusia,
Agar dapat membantu manusia kembali mengatur kehidupan,
Mengikut kepercayaan dan keimanan masing-masing,
Agar aku dapat menyaksikan penyatuan umat manusia,
Supaya bumi ini tidak disakiti bila dipijak,
Dan aku dapat berbekalkan kebahagian manusia lain bila menerjah kealam hakiki.

aku ada cita-cita dan harapan
(http://www.ceritamu.com/uploads/posts/HBC/files/e91eb3dc-42e0-4fac-b1a1-4b4da94035a5.jpg)
Aku mengharapkan manusia kembali kepada Tuhan,
Agar hidup ini indah teratur,
Tidak bergolak dan tidak merana,
Kerana aku cintakan keamanan,
Dan aku gemarkan keharmonian sejagat,
Usah berpecah dan berbunuhan,
Usah bermusuh dan membenci,
Kerana itu adalah barah hati,
Yang mematikan jiwa.

Pulanglah wahai manusia ke fitrah asalmu,
Kerana kelak kamu akan bersatu dan merasai balasannya.

karya asal oleh :
MUHAMAD NOR SYAKIRIN BIN MUHAMAD SA'AD
42358
SELANGOR
blog : jangan tekan

No comments:

Post a Comment