Monday, May 25, 2015

Tips Motivasi: Bertali leher dan kot tidak semestinya kaya!

Adakalanya ketika di pusat membeli belah, kita pasti pernah melihat keadaan di mana seorang makcik berpakaian serba sederhana sedang meninjau-ninjau barangan, tidak dilayan. Tetapi, seorang lelaki yang berpakaian serba segak berkot dan tali leher, amat pantas dilayani 2 orang jurujual.

Memang menjadi lumrah, yang cantik dan bergaya akan diberi perhatian. Kata orang putih 'Don’t judge a book by it’s cover', yang bermaksud jangan sesekali melihat pada luaran sahaja kerana dalaman tiada siapa yang tahu.

  • Siapa tahu, mungkin makcik yang sedang meninjau-ninjau barangan berpakaian serba sederhana itu adalah seorang usahawan jutawan?
  • Tidak siapa tahu juga, lelaki segak yang berpakaian hebat mungkin hutang keliling pinggang dan terkejar-kejar membayar bayaran kereta setiap bulan.
Selalunya, apabila memiliki wang, ia memberi keyakinan diri yang tinggi pada seseorang, berbanding dengan seseorang yang tidak mempunyai wang.

Wang seolah-olah mempunyai kaitan dengan keyakinan diri kita sendiri.

Adakalanya juga wang akan membuat kita rasa gembira apabila sedang bersedihan bila kita keluar melakukan terapi membeli belah. Tetapi, ada kalanya juga, boleh membuatkan kita marah dan sedih bila kekurangan wang untuk belanja pada isi rumah dan keluarga.
Menurut penyelidikan Yale University, perkataan “wang” merupakan antara sepuluh teratas perkataan yang paling memainkan emosi seseorang manusia. Namun sebenarnya, wang pada zahirnya adalah sekeping kertas.
Berbalik kita kepada persoalan seseorang yang memakai pakaian yang kemas, berkot dan bertali leher dibandingkan dengan seseorang yang berpakaian agak ringkas mungkin hanya baju T dan berseluar jeans. Pastinya juga, seseorang yang memakai pakaian kemas akan dapat merasakan keyakinan diri pada diri sendiri meningkat. Sebagai tambahan, orang sekeliling juga mungkin melayan mereka dengan lebih baik juga akan menambahkan lagi keyakinan. Namun tidak bermakna juga seseorang yang memakai baju T dan jeans tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
Apa yang perlu diingat adalah, seperti pepatah don’t judge a book by it’s cover. Orang yang pakai simple, jangan disangka tidak berduit. Orang pakai kot, kemeja, tali leher dan slack, tak semestinya kaya. Apa yang penting adalah, untuk melayan semua insan dengan baik tidak kira gaya dan penampilan. Tidak kira kaya ataupun miskin.
Oleh: Malisa a/p Buntin (41990)
Sumber: http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/bertali-leher-dan-kot-tidak-semestinya-kaya/

No comments:

Post a Comment