Oleh: Zuhaili Mohd Amin, 44751
Tanggal
29 April 2015, saya mengikuti rakan untuk mengadakan program bersama
pelajar-pelajar di Sekolah Kebangsaan Tungkah Melayu di Simunjan. Pertama kali
menjejakkan kaki ke daerah tersebut, memang terasa suasana kampung yang berbeza
sekali dengan suasana di bandar. Saya boleh membayangkan betapa susahnya
kehidupan penduduk di kampung ini. Baru sekarang saya merasai pengalaman pahit
rakyat Sarawak yang berada di luar bandar
yang selalu ditayangkan di kaca televisyen. Saya pulang ke rumah kawan
saya yang dikenali dengan Mala dan Siti. Ibu
Mala melayan kami dengan baik sekali dan menjamu kami makan tengah hari dengan
masakan kampung. Betapa seleranya kami makan makanan yang dihidangkan.
Antaranya pucuk di cicah dengan sambal, udang, timun campur kacang tumbuk dan
banyak lagi. Satu pengalaman yang sangat indah sepanjang berada di Sarawak. Tengah
hari pula, kami menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Tungkah Melayu. Saya
terkedu melihat struktur bangunan dan kemudahan sekolah tersebut. Timbul rasa
penuh kesyukuran dalam hati ketika itu kerana dikurniakan dengan segala
kelengkapan.
Gambar
atas di sebelah kiri adalah dewan
sekolah, dalam masa yang sama pelajar juga makan di dewan tersebut. Di dalam
dewan tersebut tidak mempunyai kipas sama seperti di dalam kelas (gambar
sebelah kanan). Tiada alat yang canggih dan lengkap seperti di sekolah-sekolah
lain. Sudah tentu keadaan sedemikian menimbulkan ketidakselesaan kepada
pelajar-pelajar tersebut.
Namun,
perkara yang mengejutkan saya adalah tentang kejayaan anak-anak penduduk
kampung tersebut. Ada yang sudah menjadi doktor gigi, pensyarah, guru, pegawai
kerajaan dan banyak lagi. Kejayaan yang dibuktikan oleh mereka menunjukkan
kesusahan hidup bukan penghalang untuk berjaya. Jadi, kita sebagai manusia yang
hidup dalam serba kemewahan perlu bersyukur dan terus berusaha untuk berjaya
sama seperti mereka.
Saya bersyukur dengan segala nikmat yang diberi. Apabila mengenangkan nasib rakan-rakan di tempat lain, sangat menyedihkan.
ReplyDeleteAlhamdulillah...
Delete