Zaman kini semakin canggih dan hampir kesemua pekerjaan boleh dilakukan secara atas talian. dan sektor kaunseling juga dipengaruhi unsur-unsur atas talian sehingga di luar negara sudah lama menyediakan perkhidmatan sesi kaunseling atas talian ini. kini, beberapa universiti di Malaysia juga sudah mula menawarkan perkhidmatan ini
apa Kebaikan sesi kaunseling atas talian ini
ØIanya sangat mudah untuk dicapai oleh sesiapa sahaja yang mahu menggunakan kaedah ini. Kaedah ini mampu mengatasi tembok halangan kepada individu yang sukar untuk membuat sesi kaunseling.
ØSangat mudah untuk digunakan oleh ahli terapi dan klien. sesuai untuk mereka yang seharian sibuk dan susah untuk berjumpa dengan kaunselor, bila-bila masa 24 jam
ØBayaran servis mampu dimiliki untuk mana-mana klien kerana ianya lebih ekonomi kepada kedua-dua pihak; klien dan kaunselor.
ØKaedah ini mampu mengurangkan konsep stigma sosial yang mengaitkan sesi kaunseling dengan wajib untuk perjumpaan secara terus; menunggu di ruang menunggu, daftar, berjumpa dengan individu lain. Ada juga individu yang sangat tidak selesa untuk bercakap secara berdepan. Kaedah ini dapat membantu mereka untuk berkomunikasi dengan kaunselor
ØKaedah ini juga dapat memberi kesan komunikasi secara terbuka tanpa kerisauan akan sifat perkauman, sifat prejudis, memilih jantina, umur, saiz atau paras rupa - dapat meningkatkan kejujuran dalam komunikasi
Apa pula kelemahan sesi kaunseling atas talian ini?
ØTiada cue verbal dan bukan verbal. Verbal dan bukan verbal sangat penting dalam berkomukasi dan ianya memberi maklumat penting kepada kaunselor atau ahli terapi bagi analisa tingkah laku, nada, riak muka dan sebagainya.
ØAspek kerahsiaan dan keselamatan masih diragui kerana mana fail-fail atau maklumat disimpan berpotensi diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti fraud, hacking, dan sebagainya
ØTahap keberkesanan masih belum memuaskan kebanyakan ahli terapi dan kaunselor. Medium ini belum mampu memberi keberkesanan atau suasana terapeutik di mana ianya penting dalam sesi kaunseling. Medium ini juga mampu mendorong kepada diagnosis yang tidak tepat kerana ahli terapi atau kaunselor tidak dapat tahu keadaan sebenar klien yang mereka sendiri tidak pernah lihat.
ØSukar dijalankan jika tiada rangkaian internet tidak kukuh, tiada gajet . Mesti tiba-tiba server boleh crashing, rangkaian internet faltering dan sebagainya.
Ø paling penting, isu etika boleh timbul. Contoh;
Ø Adakah sah dari segi perundangan untuk ahli terapi wujudkan chatroom secara global dan ke negara-negara yang lain amalan perundangan kaunselornya?
Ø Bagaimana kepastian kualiti servis tersebut?
Ø Jika kes kecemasan (cubaan bunuh diri), bagaimana untuk bertindak?
kesimpulannya, kaedah ini ada baik dan buruknya. namun, diingatkan supaya kaunselor perlu berpegang kepada etika yang ditetapkan agar kedua-dua pihak kaunselor dan klien dapat dilindungi.
Disediakan oleh,
Nur Maisarah Binti Mohtar 43222
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteJika diberi pilihan antara menjalankan sesi kaunseling secara "face to face" dan secara online, saya prefer secara face to face. Pada pendapat saya, keberkesanan adalah lebih tinggi berbanding secara online. Empati kita terhadap klien turut dirasai oleh klien. Kita dapat melihat keadaan klien dengan lebih dekat. (Shindy)
ReplyDeleteSaya juga bersetuju dan bersependapat dengan shindy. Kaunseling secara bersemuka memberikan penerokaan dan kupasan isu yang lebih mendalam dan boleh dirasai. Selain itu juga, mewujudkan suasana terapeutik.
ReplyDelete(Nornikman Ag. Kati - 40166)