TERAPI REALITI
WILLIAM
GLASSER
Peranan kaunselor
Ø
Pembimbing yang aktif semasa
sesi dalam membantu klien membentuk pelan perubahan, memberi pilihan atau
cadangan
Ø
Membimbing klien mencapai
keperluan
Ø
Fokus kepada kekuatan, sikap
dan potensi klien yang boleh menghasilkan kejayaan
Ø
Tahap peranan kaunselor berubah
mengikut situasi yang dibawa oleh klien di dalam sesi
Ø
Boleh bertindak sebagai
pemimpin klien ataupun sebagai pengikut klien
Ø
Situasi tertentu memerlukan
kaunselor mendengar dengan penuh tumpuan dan membantu klien mengawal tindakan
yang boleh mendatangkan kepuasan terhadap keperluannya.
Ø
8 peranan utama dalam sesi realiti:
☺ Mewujudkan hubungan
terapeutik
☺ Fokus kepada
tingkah laku semasa klien
☺ Mempelawa klien
menilai perlakuannya
☺ Membantu klien
membentuk pelan tindakan
☺ Dapatkan komitmen
klien
☺ Enggan menerima alasan
klien
☺ Tidak menghukum
☺ Tidak berputus asa
atau menyerah kalah terhadap klien
KONSEP WDEP
Akronim
|
Maksud
|
W
- Wants
|
Meneroka
kehendak, keperluan dan persepsi
|
D-
Doing
and Direction
|
Melihat
tingkah laku dan arah tujuan tindakan
|
E
- Evaluation
|
Menjalankan
penilaian kendiri
|
P-
Plan
and Action
|
Merancang
dan melaksanakan tindakan
|
TEKNIK-TEKNIK REALITI
☺
Membina suasana yang sesuai
☺ Gunakan kemahiran
melayan ( Attending Behaviours –AB )
☺ Elakkan menilai
☺ Merancang dan
membentuk kontrak
☺ Lakukan sesuatu di
luar jangkaan
☺ Gunakan Humor
☺ Kongsikan diri anda
( pendedahan kendiri )
☺ Kenal pasti metafora
☺ Ulangi soalan
dengan cara berbeza
☺ Wujudkan suasana suspense dan menyeronokkan
☺ Benarkan kesenyapan
☺ Merumus dan
memfokus
Sebagai kaunselor realiti, kemahiran melayan (
attending behaviours ) perlu
diamalkan berdasarkan konsep AB-CDEFG semasa membantu klien. Konsep ini
diperkenalkan sebagai garis panduan tingkah laku kaunselor di dalam sesi kaunseling realiti.
Konsep
ab-cdefg
Akronim
|
Deskripsi
|
1. AB-C : Always be courteous
|
Anda perlu sentiasa melayan klien dengan rasa hormat dan penuh harga diri
|
2. AB-D : Always be determined
|
Anda perlu sentiasa mempercayai bahawa perubahan boleh dilakuakan, jangan berputus asa dengan klien dan yakin bahawa klien akan dapat memperbaiki hidupnya
|
3. AB-E : Always be enthusiastic
|
Anda perlu melihat dari sudut yang positif dan menggalakkan klien untuk melihat segala kemungkinan dan mengambil langkah penyelesaiian masalajh yang berkesan. Anda juga mensti menunjukkan tahap semangat yang tinggi.
|
4. AB-F : Always be firm
|
Anda perlu bersifat tegas dengan klien dan tidak membenarkan klien memudaratkan diri sendiri. Namun anda tidak boleh mengabaikan suasana empati. Ketegasan dalam sesi bukanlah alas an untuk meletak nilai diri sendiri ke atas klien.
|
5. AB-G : Always be genuine
|
Anda perlu sentiasa bersikap tulen dan tidak berpura-pura dengan klien. Anda juga perlu selesa dengan peranan anda sebagai kaunselor dan sentiasa menunjukkan tingkah laku yang selaras dan jujur.
|
kelebihan teori
Terapi realiti merupakan salah satu teori yang paling
mendapat sambutan dalam dunia psikologi terutama dalam aspek motivasi. Ia fokus kepada tingkah
laku klien pada masa kini dan tidak mencungkil kesilapan dan masa lampau klien.
Terapi ini membantu klien lebih menyedari tindakannya sekarang dan komponen
tingkah lakunya yang boleh dikawal sendiri.
Terapi ini juga banyak
menyumbang kepada proses kaunseling kelompok. Terapi ini membantu klien
memenuhi keperluan diri dan langkah-langkah dalam terapi ini adalah jelas dan
berstruktur.
Terapi ini juga sesuai
digunakan untuk kaunseling keluarga
kerana ia berasaskan teori kawalan. Menurut Wubbolding (1988) terapi realiti
boleh membantu ahli keluarga dari beberapa aspek seperti :
1. Memenuhi kehendak diri sendiri tanpa mengganggu pencapaian
kehendak ahli keluarga lain
2. Mengubah persepsi ahli keluarga agar tidak menjadi terlalu
meletakkan syarat dalam perhubungan kekeluargaan
3. Mengajar ahli keluarga menggunakan ‘masa berkualiti’ dengan
lebih baik dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan mengamalkan
interaksi positif antara satu sama lain
4. Mengubah dan
memperbaiki tingkah laku masing-masing terutamanya cara tingkah laku semasa
berhubungan antara satu sama lain.
oleh : Shindy Martini Ambrose 45156
RUJUKAN:
Melati Sumari, Ida Hartina Ahmed Tharbe, Norfaezah Md Khalid, Azmawaty Mohamad Nor (2014). TEORI KAUNSELING dan PSIKOTERAPI. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya
Wudbolding, R. E.
1988. Using reality therapy, New
York: Harper Collins.
Very informative...
ReplyDelete