Trauma adalah
suatu keadaan mental disebabkan oleh satu kejutan serius, yang membawa kesan
yang berpanjangan. Pengalaman yang tidak selesa menyebabkan individu merasa resah
dan sedih. Reaksi kepada trauma adalah pengalaman trauma akan menghasilkan
kejutan emosi dan boleh menyebabkan individu mengalami masalah emosi. Rawatan
yang diperlukan adalah kaunseling dengan pendekatan kognitif-tingkahlaku, terapi
berkumpulan. Individu akan bercakap tentang pengalaman yang dialami dalam situasi
yang terkawal serta memberi peluang kepada mangsa untuk bercerita tentang
kejadian boleh mengurangkan simptom post traumatic stress disorder.
SIMPTOM KRISIS/TRAUMA
1) Reaksi Emosi - Kebimbangan,
ketakutan, panik, serangan panik, rasa bersalah, marah, kecewa, kebas dan kejutan
2) Reaksi kognitif - Keasyikan
dengan peristiwa, keliru, kurang daya tumpuan dan perhatian, disorientation,
keliru imej dan tempat, flashback, mimpi buruk, hilang kepercayaan, paranoid,
sangka negatif, sukar mengingat peristiwa, pemikiran obsesi dan ketidakupayaan untuk
memahami reaksi sendiri
3) Reaksi Tingkah Laku -
Menarik diri, keletihan, sikap acuh tak acuh, mengelak aktiviti sosial,
penggunaan dadah, marahkan Tuhan, menangis, anti-sosial, tidak memberi respond dan
histeria.
4) Reaksi Fisiologi - Pening,
berpeluh, menggeletar, loya, cirit-birit, hilang selera makan, sakit badan,
masalah penghadaman, masalah hubungan seksual.
OBJEKTIF
- Untuk mengurangkan stress/ketegangan dan kekecewaan di tempat kerja
- Untuk meningkatkan keyakinan mengenai kemahiran dan kebolehan di tempat kerja
- Untuk menstabilkan emosi dan meningkatkan produktiviti
- Untuk mengurangkan kebimbangan dan tingkahlaku yang tidak diingini
- Untuk mengurangkan dan mengikis sikap dan perasaan negatif
- Untuk mengurangkan penderitaan emosi yang disebabkan oleh kejadian traumatik
INTERVENSI
KRISIS DAN KAUNSELING TRAUMA
Jika berlaku peristiwa traumatik,
intervensi krisis dijalankan 24 hingga 27 jam selepas peristiwa traumatic berlaku
yang dikenali sebagai ‘trauma debrifing’. Bantuan awal dari aspek psikologi
perlu diberikan. Kaunseling trauma akan diberikan selepas 4 minggu, jika terdapat
symptom krisis seperti ketidakseimbangan emosi, kognitif, tingkah laku dan reaksi
fisiologi. Jika selepas kaunseling trauma, klien pulih selepas 8 hingga 12
minggu selepas peristiwa traumatic tersebut, maka klien dianggap pulih tetapi jika
sebaliknya klien perlu rujukan Post Traumatic Stress Disorder kerana mengalami
stres yang teruk dan perlu dirujuk kepada pakar perubatan.
THE SIX –
STEP MODEL
Mendengar
Tindakan
Definasi Masalah
Mencari alternatif
Keselamatan
Perancangan
Sokongan
Komitmen
Kaunseling trauma
memerlukan latihan yang khusus berikut:
1. Kenal pasti klien
yang telah/sedang mengalami peristiwa traumatik
2. Kenal pasti simptom-simptom
trauma iaitu mungkin PTSD
3. Berkebolehan membuat
rujukan ke tempat yang betul untuk kaunseling atau intervensi yang spesifik
PROSES
KAUNSELING TRAUMA
L1: Pengesahan trauma
L2: Penceritaan semula
L3: Menormalkan simptom
L4: Penerokaan aspek psikososial
dan alternatif
L5: Menggalakkan penguasaan
diri
L6: Perancangan dan susulan
oleh: Aswin Kaur A/P Shabag Singh, 40632
No comments:
Post a Comment