Wednesday, May 13, 2015

Peranan Ketua dalam Sesi Kaunseling Kelompok



Oleh: Nur Fatihah Binti Che Bahrom, 43121

Kerjaya sebagai seorang kaunselor adalah satu tugasan yang sangat mulia jika disertakan dengan niat yang ikhlas. Ia juga mampu untuk kita jadikan bekalan bila beralih ke alam lain kelak. Menolong dalam proses kaunseling adalah satu proses yang profesional yang memperuntukkan seseorang kaunselor patuh pada Kod Etika kaunselor yang telah ditetapkan serta tahu akan kemahiran sebagai seorang kaunselor. Semasa proses menolong kaunselor haruslah memahami klien secara empati dan tidak sesekali meletakkan hukuman ataupun nilai terhadap perbuatan seseorang manusia. Proses kaunseling juga merupakan satu proses rundingan dan yang terlibat dalam membuat keputusan atau menyelesaikan masalah adalah klien tu sendiri. Kaunselor hanya sebagai dorongan sahaja. Proses kaunseling kelompok adalah satu proses yang unik dan menjadi seorang leader dalam kelompok kaunseling bukan sesuatu perkara yang mudah kerana mereka perlu perhatikan kesemua tingkah laku ahli dan memberikan perhatian untuk kesemua ahli. Perhatian yang berat sebelah akan menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan ahli kelompok. Leader juga perlu ada kemahiran-kemahiran tertentu dalam mengendalikan kelompok kaunseling kerana dengan adanya kemahiran tersebut ahli akan merasa lebih selesa dan proses perjalanan kelompok juga akan menjadi lebih lancar.



Kemahiran “LEADER” dalam mengendalikan kelompok.

1. Merangsang Emosi

Leader perlu tahu bagaimana cara untuk menarik minat ahli melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan. Emosi ahli boleh dirangsang dengan cara leader mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Dengan ini komunikasi ahli dan leader akan lebih bertambah baik.
 
2. Aktif Mendengar


Adalah penting untuk semua kaunselor ataupun leader punyai kemahiran mendengar secara aktif. Hal ini kerana dapat menunjukkan kepada ahli bahawa leader berminat untuk mendengar apa yang dikongsikan oleh ahli dan juga membantu ahli dalam apa jua isu yang dikongsikan.

     3. Menggunakan mata/isyarat mata
Banyak perkara yang leader boleh gunakan untuk explore tingkah laku ahli. Contohnya leader boleh mengesan apa jua isyarat bukan lisan yang ditunjukkan oleh ahli sama ada mereka sedari mahupun tidak. Selain itu juga, isyarat mata mampu digunakan oleh leader bagi isyarat sesama ahli kelompok.

4. Refleksi
Refleksi ialah bayangan semula tentang isi percakapan atau perkongsian yang dibuat oleh ahli. Kemahiran ini mampu memperlihatkan kepada ahli bahawa leader memberikan perhatian dan tindak balas terhadap perkongsian yang dilakukan oleh ahli. Refleksi juga mampu membantu untuk leader lebih explore idea yang dikongsikan oleh ahli.







  
          5. Mengambil berat
Leader perlu menunjukkan sikap mengambil berat terhadap ahli-ahli. Tunjukkan kemesraan dan penerimaan tanpa syarat supaya ahli rasa selesa untuk bersama-sama dalam melancarkan perjalanan kelompok.

6. Menggunakan suara
Kemahiran ini mampu memperlihatkan bahawa seorang leader bertenaga ataupun tidak. Suara yang bersemangat mampu mencetuskan suasana kelompok yang bertenaga. Suara bersemangat yang dimaksudkan adalah bukan sahaja suara yang lantang dan kuat sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada klien tetapi suara yang bertenaga dan jelas dalam menyampaikan apa-apa maklumat kepada ahli. Dengan ini ahli akan lebih menghormati dan berminat untuk mengikuti kelompok tersebut.


1 comment:

  1. satu perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat, khususnya utk para siswa/siswi yang mengambil subjek kaunseling kelompok..tq

    ReplyDelete