“ Pengalaman mencorakkan sebuah
kenangan yang terindah”
Pertama kali menjejakkan kaki ke Taman Negara Bako merupakan
suatu pengalaman yang banyak mengajar diriku tentang erti sebuah ketabahan,
kesungguhan, dan erti sebuah persahabatan. Bagi diriku yang jarang meneroka
tempat-tempat yang menarik di Sarawak, ini merupakan pengalaman bersama dengan rakan-rakan
kaunseling untuk melihat keindahan alam di Sarawak adalah suatu perkara yang
sangat menggembirakan.
Walaupun keluar berjalan-jalan bersama kawan untuk melihat
keindahan Alam ciptaan Tuhan ini ingin sekali saya kaitkan apa yang telah saya
dapat semasa mendaki di bako dengan apa yang telah dipelajari selama ini dalam
bidang kaunseling. Pada awal perjalanan kami Abang Mizi menjadi Leader kepada
kami, di mana beliau yang menerangkan kepada kami tentang keadaan di Bako dan
memberi arahan berkenaan dengan persediaan sebelum kami berangkat ke kawasan
pendakian. Ketika menaiki bot untuk ke kawasan pendakian adalah suatu
pengalaman yang sangat mencabar bagi saya dan rakan yang lain, terutama apabila
bot yang kami naiki terumbang ambing apabila bertembung dengan alunan ombak
yang besar. Tapi kami masih lagi mampu tersenyum apabila melihat ketenangan
pada di wajah beliau memandangkan dia seorang yang lebih berpengalaman
berbanding kami. Walaupun takut kami cuba untuk tenang. Tidak dapat saya
bayangkan apakah yang akan berlaku sekiranya bot yang dinaiki terbalik mungkin
saya dan rakan-rakan yang lain akan di menjadi hidangan tengah hari buaya. hehe. (dalam hati Tuhan saja tau)
Sewaktu mendaki masing-masing menunjukkan ciri-ciri leader di
mana ada yang menjadi penunjuk arah, ada yang mengepalai rombongan mendaki,
kemahiran yang ada digunakan dengan sebaik mungkin. Walaupun di awal perjalanan
salah seorang daripada kawan saya mengalami kesesakan nafas “semput di awal perjalanan” kerana
pertama kali melakukan aktiviti yang sedikit lasak, kami menunjukkan sikap
prihatin antara satu sama lain di mana kami bersama-sama memberikan semangat serta
merawatnya. Antara teknik yang digunakan yang dapat saya kaitkan dengan
leadership style dalam situasi ini di mana teknik clarification dan questioning
digunakan, iaitu bertanya tentang keadaan rakan kami sama ada dia ok atau
tidak, adakah dia boleh meneruskan pendakian atau tidak. Penggunaan intonasi
suara yang sedikit lembut tetapi menunjukkan ekspresi muka yang prihatin dan
ingin tahu juga ditunjukkan apabila berada dalam situasi sedemikian. Bukan
semasa buat sesi sahaja boleh menggunakan kemahiran kaunseling, di dalam hutan
pun berguna juga..
Sempat juga kawan saya berdrama di dalam hutan, saya masih ingat
lagi kata-katanya di dalam keadaannya yang termengah-mengah “ korang pergilah,
jalan laa dulu, tinggalkan jer ak kat sini, aku dah tak larat nak jalan”
Walaupun rakan saya meminta saya dan rakan-rakan yang lain untuk
meninggalkannya di situ, disebabkan dia sudah berputus asa dan tidak larat
untuk meneruskan pendakian namun saya dan rakan yang lain tidak berbuat demikian,
bagi saya dan rakan yang lain, susah senang lalui bersama-sama sekiranya dia
tidak dapat meneruskan perjalanan,bermakna saya dan rakan yang lain juga akan membatalkan
pendakian. Setelah berehat selama beberapa minit rakan saya itu, kembali pulih
dan bersemangat untuk meneruskan pendakian.
Dalam perjalanan menuju ke destinasi, saya dapat lihat ramai
pelancong dari luar negara yang turut menyertai pendakian tetapi kami daripada trax
yang berlainan. Yang paling menarik adalah apabila salah seorang dari kami
menegur pelancong dari luar negara itu, dan kami bersembang-sembang dengan
mereka, Pelancong itu menyatakan bahawa ini merupakan kali pertama mereka
sampai Borneo dan mereka kagum dengan keindahan alam di Borneo. Kawan saya,
yang tadi kelemahan tiba-tiba kembali bersemangat. “perlu jumpa warga asing”
baru bersemangat katanya.
Kami meneruskan perjalanan
sehingga ke destinasi kami iaitu Pulau Pandan Kecil, dari sini kami dapat
melihat pemandangan yang sangat indah dan cantik,Pengalaman mengajar kita erti
sebuah kehidupan.
Sekian :D
Nukilan oleh Hasnadira Binti Mohd Nor (41384)
tragis cerita tu...hahaha....by the way Bako is a nice place n very nature
ReplyDelete-Aini Jariah Ahmad
Kaknittha, cerita kak juga la terbaik.hahaha. watak samping, Jaja n Dira yang berdrama adalah watak menarik hati saya. anyway, good job
ReplyDelete-Gloria -
Pengalaman yang kaknitha kongsikan memang menarik minat saya untuk pergi ke tempat tu. Good sharing kak.
ReplyDelete-Viana Mah-
Saya ni orang sarawak, tapi belum lagi menjelajah negeri sendiri.. Suatu hari nanti........... BAKO..MU TUNGGU AKU DATANG (Shindy)
ReplyDelete