Monday, May 25, 2015

Bagaimana Menjadi Kurang Emosional




Bagaimana menjadi kurang emosional ?.....

Sekiranya anda mengetahui bagaimana manusia menghukum ke atas anda, sudah pasti pandangan dan fikiran-fikiran anda akan berubah dalam banyak perkara yang anda lakukan. Sekiranya anda mengetahui bahawa di antara kebanyakan perkara yang menjadikan manusia menjauhi pergaulan dengan anda ialah dengan sebab sikap emosional yang anda bergaul dengannya bersama mereka.
Walaupun anda mempunyai sudut-sudut keistimewaan dn sifat-sifat tingkahlaku yang baik nescaya  anda akan mencari jalan keluar dari emosional ini. Sekiranya keyakinan diri anda tinggi nescaya ia mampu secara langsung menguasai diri anda dengan secepat mungkin untuk mengawal emosional ini sebagai ganti dari  menguasai anda.

Biarlah saya mengingati anda dan mengatakan kepada anda bahawa watak emosional ialah watak yang menjadikan anda merasakan bahawa di sana terdapat sesuatu perkara yang menekan atasmu sehingga menjadikan anda segera mengeluarkan hukum-hukum, terburu-buru dalam tindakan–tindakan anda, hilang objektif yang dituntut, dan watak emosional menjadikan anda bergaul dengan perkara-perkara dengan bebanperseorangan . Ia juga menjadikan kita marah , merasa jemu , putus asa dan hilang kepercayaan dengan orang lain.

Emosional ini menyebabkan kesempitan bagi kita untuk bergaul dengan orang lin kerana dengan faktor emosional kita boleh sahaja menumpukan perhatian atas kekurangan mereka dan mengkritik mereka secara besar-besaran sehingga hilang kepercayaan mereka kepada kita.
Peryelesaianya ialah berhenti bersama diri dan berdamai denganya dan terlebih dahulu membina kadar keyakinan setelah diri kita menyambutnya. Keadaan ini menjadikan kita lebih tenang memikul bebanan –bebanan tanpa sebarang tekanan kejiwaan serta kita memandang bentuk itu secara sempurna dalam beragai situasi dan tidak mengambil perkara-perkara itu secara perseorangan. Jangan memberikan tempat bagi kekerasan dan kekasaran tetapi ketenangan adalah karakter yang berkuasa dalam pergaulan kita dengan manusia.

Pada hakikatnya bahawa seluruh manusia mempunyai sikap emosional dan penerimaan dalam satu waktu. Tetapi jika emosionalnya mengalahkan penerimaannya maka dia menjadi emosional dan jika penerimaanya mengalahkan emosionalnya maka dia menjadi penyambut. Oleh itu, anda mesti memperhatikan waktu yang anda merasakan padanya bahawa anda menjadi emosional dan mempunyai perasaan hilang kesabaran.

Maka bangunlah untuk berwudhuk dan solat kepada Allah, mintalah agar Dia memberi Hikayat kepada dirimu dan menukarkan keadaan emosionalmu dengan keadaaan yang lain. Terbuti secara ilmiah bahawa dengan semata-mata mengambil air wudhuk dan solat dapat memadamkan api kemarahan, ia menjauhkan perasaan- perasaan bermusuhan dan bertekadlah menggantikan emosional dengan ketenangan nescaya anda akan mendapati emosional itu hilang daripada anda.

Percayalah bahawa watak penerimaan tidak melayakkan anda untuk berjaya dalam pergaulan dengan orang lain semata-mata, bahkan ia juga melayakkan anda untuk memasuki dunia harta benda dan pekerjaan-pekerjaan kerana apabila akal anda dalam ketenangan dan kejelasan maka tanpa diragukan anda membuka saluran bagi kekayaan dan kebahgiaan.

Setiap kali anda menjauhi emosional ia akan memberikan kepada anda ksempatan yang lebih untuk berjya dalam kehidupan, maka sikap penerimaan tanpa diragukan menjadikan anda menikmati keyakinan dan kekuatan dalam pergaulan dengan manusia.

Karya By:
Ahmad muslim bin basir, 40046

No comments:

Post a Comment