Thursday, April 17, 2014

Kelebihan Kaunseling Kelompok

Definisi Kaunseling Kelompok             




               
       www.googleimage.com                                                        www.googleimage2.com


Kaunseling kelompok merupakan satu perkhidmatan pertolongan psikologikal yang membantu individu normal berkembang secara holistic mengikut potensi mereka. Tujuan kaunseling kelompok adalah membaiki sikap dan tingkah laku klien yang tidak berkesan atau tidak mendatangkan faedah. Mengikut corey (1990) kaunseling kelompok bertujuan mencegah serta memulih. Hansen et al (1976) menjelaskan, tujuan mencegah adalah supaya klien dapat mengatasi masalah yang dihadapi sebelum masalah tersebut menjadi serius, mana kala tujuan memulih pula adalah bagi klien yang sedang mengalami masalah yang serius di mana kaunseling kelompok merupakan satu proses intervensi untuk menukar kelaluan.



Kelebihan Kaunseling Kelompok
Kaunseling kelompok mempunyai beberapa kelebihan tertentu. Antara kelebihan kaunseling kelompok ialah:

1. Kaunseling kelompok lebih menjimatkan masa dan usaha. Tidak banyak klien yang dapat dibantu oleh kaunselor melalui kaunseling individu. Dengan membentuk program kelompok yang baik seseorang kaunselor kelompok dapat membantu ahli menjelaskan nilai atau menyelesaikan masalah di samping melayan ahli yang memerlukan tumpuan individu. Pendekatan ini sesuai digunakan di institusi yang mempunyai kekangan masa dan kemudahan seperti sekolah, penjara dan pusat kesihatan mental.

2. Kehadiran ahli yang ramai dapat memainkan peranan sebagai sumber dalam berkongsi maklumat, menyumbangkan pelbagai pandangan atau meneroka nilai peribadi individu yang lain. Pandangan dan pendapat yang berbeza dapat menjadikan sesuatu pengalaman itu lebih menarik dan lebih rapat dan berkait dengan realiti hidup.

3. Ahli kelompok dapat memberikan sokongan yang lebih luas berbanding dengan kaunseling individu terutama sekali untuk masalah yang berkaitan dengan konflik antara perseorangan. Ahli dalam kelompok berpeluang menyelesaikan masalah itu dalam setting sosial yang berstruktur. Mereka dapat mencuba dan melatih tingkahlaku baru dan memperoleh sokongan dan maklumbalas daripada ahli yang lain.


4. Ahli kelompok dapat meletakkan masalah mereka dalam perspektif dan memahami persamaan atau perbezaan masalahnya dengan masalah orang lain.

5. Ahli kelompok juga dapat mengenali keperibadian dirinya supaya dapat mewujudkan perasaan sejiwa (belonging) hasil daripada penyertaaan dalam kelompok. Seseorang ahli itu juga akan dihormati dan diterima oleh ahli-ahli kelompok lain.


                                                                               


Disediakan oleh:
Ting Kah Kiong
39167









No comments:

Post a Comment