Thursday, April 10, 2014

GAYA HIDUP SIHAT



Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu , institusi keluarga dan juga masyarakat. Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga tahap kesihatan seseorang. Antara contoh amalan gaya hidup sihat ialah seperti makanan yang seimbang, aktiviti senaman, tidur atau rehat yang mencukupi, cara pergaulan dengan manusia di sekeliling, kebersihan dari segi mental, fizikal dan persekitaraan dan banyak lagi. Kesemua amalan gaya hidup yang positif ini membawa banyak manfaat dan kebaikan dalam kehidupan seharian kita yang dipenuhi dengan halangan terutamanya untuk menjaga kesihatan.

Kepentingan Gaya Hidup Sihat.

a) Memastikan tahap kesihatan yang baik

       Kebaikan utama gaya hidup yang sihat ialah amalan yang membina ini sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contohnya, gaya hidup sihat selalu memberi faedah kepada kecergasan fizikal. Misalnya , dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap, kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan bertenaga terutamanya dalam melakukan kerja dan aktiviti harian. Senaman seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik, berjalan dan berlari memastikan tubuh kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur. Pada masa yang sama, sistem imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina. Senaman ini juga penting untuk seseorang kerana dapat membantu individu untuk menjadi lebih tenang. Selain daripada itu, amalan gaya hidup yang sihat juga menggurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya. Sebagai contohnya, apabila kita sering melakukan senaman ataupun mengambil makanan dengan kadar nutrisi yang betul, maka kita dapat mengelakkan diri daripada pendedahan kepada penyakit berbahaya. Misalnya, penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung sering mencari mangsa yang kurang mengamalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan makan makanan yang berkolestrol. Kesihatan ini bergantung bagaimana seseorang itu melakukan aktiviti harian dan pengambilan makanan kerana itu akan mempengaruhi tahap kesihatan seseorang itu. Kaunselor haruslah menjaga kesihatan kerana ia akan mempengaruhi suasana semasa melakukan sesi kaunseling.


                                                        smkpenghulusaad.wordpress.com

b) Menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan

       Seterusnya, gaya hidup sihat juga menjamin kestabilan kesihatan mental serta sentiasa mengawal ataupun mengurangkan tekanan. Sebagai contohnya, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda. Ini sangat penting kepada kaunselor kerana kaunselor selalu mendangnar pelbagai isu yang dihadapi oleh kliennya dan menerima aura negative yang dibawa oleh klien sehingga boleh menyebabkan tekanan serta keletihan selepas membuat sesi kaunseling. Oleh itu, rakan-rakan haruslah bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur untuk proses metabolism juga dapat dijalankan dengan lancar. Berikutan dengan itu, gaya hidup sihat yang lain seperti pemikiran positif mampu memberi jalan penyelesaian bagi kemelut–kemelut yang serius tanpa mengadapi tekanan yang berlebihan.

c) Mendisiplinkan masyarakat

     Pada masa yang sama, gaya hidup yang sihat juga melahirkan insan yang disiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitaraannya. Misalnya, seseorang yang mengamalkan gaya yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga persekitaraanya. Apa yang dilakukan ini akan memupuk dan membentuk disiplin yang tinggi dalam masyarakat dan kita sebagai seorang kuanselor haruslah mempunyai disiplin yang tinggi supaya masyarakat tidak pandang rendah dan negatif terhadap kaunselor.. Amalan seperti menjaga kebersihan diri serta persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-royong dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk disiplin dan peribadi seseorang. Apabila kita cuba melakukan apa yang kita rancang, ini sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk meningkatkan disiplin dan menjadi lebih peka terhadap persekitaran.

d) Sebagai seorang pelajar

            Selain itu, sebagai seorang pelajar kita haruslah bijak membahagikan masa antara belajar, rehat, dan bersenam. Ini kerana, kebanyakkan pelajar pada masa kini gagal dalam menguruskan masa kerana mereka hanya lebih memberi tumpuan kepada pelajaran sahaja sehingga mengabaikan kesihatan dan aktiviti harian. Di samping itu, gaya pembelajaran pelajar pada masa sekarang juga banyak mempengaruhi gaya hidup sihat disebabkan pelajar suka belajar sehingga lewat malam dan tidak cukup rehat yang mana akan menjejaskan kesihatan dan tumpuan pelajar terutamanya semasa belajar. Contohnya, diri saya sendiri yang selalu kurang tidur dan tidak bersedia semasa dalam kelas banyak mempengaruhi untuk saya menerima ilmu kerana keletihan dan memerlukan rehat. Oleh itu, kepada rakan yang lain bijaklah menguruskan masa dan rehat secukupnya.
            Akhir sekali, pelajar juga kurang melakukan aktiviti riadah pada waktu petang dan hanya terperap dalam bilik sahaja. Sukan juga menjadi salah satu faktor yang penting dalam kehidupan seharian kita kerana ia dapat membantu kita untuk membina keyakinan diri, mlepaskan tekanan dan yang paling penting adalah kesihatan kita menjadi lebih baik. Muda-muda lagi dah dapat sakit itulah yang berlaku pada masa sekarang. Oleh itu, janganlah kita mengabaikan aktiviti sukan ini dan lakukanlah walaupun hanya sekejap kerana ia akan membantu tubuh kita menjadi lebih cergas….


           

            Rakan-rakan semua marilah turun bersukan jangan malas-malas…. J




rujukan : http://kesihatansemua.blogspot.com/2010/09/gaya-hidup-sihat-gaya-hidup-sihat.html




                                                                                                                              AMZAR BIN AHMAD  

No comments:

Post a Comment