Tuesday, March 25, 2014

MEMBENTUK PERSONALITI POSITIF.....miz dilla fadillah

  



 MEMBENTUK PERSONALITI                       POSITIF.......

*      Seorang kaunselor harus mempunyai sikap yang positif dan menjadi contoh kepada masyarakat. Sikap positif boleh dilihat melalui personaliti serta penampilan kita. Untuk Berjaya anda harus dikelilingi oleh orang yang positif. Kita juga perlu bijak mengawal emosi. Orang yang selalu panas baran adalah orang yang sentiasa tidak tenang dalam kehidupannya. Kita boleh belajar mengawal amarah dengan berfikir dahulu sebelum bertindak. Carilah buku-buku motivasi dan dapatkan bahan-bahan di internet. Semakin bertambah ilmu kecemerlangan diri semakin positif dan matang fikiran kita.

Anda boleh mencipta katajaya anda sendiri misalnya:
  • ·         Orang lain boleh,aku juga boleh!!!!!!
  • ·         “I can do it! !!!!!!!!
  • ·         “Im the best!!!!!!


Positifkah kita apabila kita berkata :

Ø  Mulai hari ini aku tidak malas lagi…
Ø  Aku tidak mahu mengantuk di dalam kelas…
Ø  Aku tidak mahu melawan cakap orang tua aku…
Ø  Mulai hari ini aku tidak mahu tinggal solat lagi…

Positifkah kita??? Jawapannya ialah tidak!! Jawapan di atas akan menggambarkan bagaimana kita melawan orang tua, mengantuk di dalam kelas dan sebagainya. Kalaulah ini yang tergambar maka inilah yang akan terhasil!!! kita menghasilkan sesuatu yang negatif padahal hasrat kita baik kerana kita mengfokuskan kepada apa yang kita tidak mahu! Penerangan lebih lanjut sila layari http://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/motivasi/.htm.


Oleh sebab itu kita perlu mengubah gambaran minda kita kepada gambaran yang positif seperti:
  • Ø  Mulai hari ini aku seorang yang rajin!!!!
  • Ø  Mulai hari ini aku akan fokus didalam kelas!!!!
  • Ø  Aku dengar cakap orang tua!!!!
  • Ø  Mulai hari ini aku solat lima waktu!!!!!!


                       

                            MEMBENTUK PERSONALITI POSITIF!

                          Sebahagiannya adalah kata-kata dari mohamadisamuddin.blogspot =)

·         Sikap positif teserlah dari personaliti yang positif. Sikap positif juga boleh dipupuk apabila dikelilingi oleh orang yang positif.

·         Jika kita selalu risau tentang apa yang bakal datang, kita hanya membuang masa dan menghabiskan saat gembira kita.

·         Jika kita selalu memikirkan apa yang orang lain katakan pada kita, selamanya kita akan duduk dalam penjara yang dibina oleh kita sendiri.

·         Lebihkan bermimpi dikala kamu sedang berjaga.

·         Tiada satu manusia pun boleh mengawal kegembiraan kamu kecuali kamu.

·         Usahlah selalu ingin menang dalam segala perdebatan. Belajar untuk "setuju untuk tidak setuju".

·         Usah ingatkan perkara yang dah berlalu, usah ungkit kesalahan lalu orang di sekelilingmu, kerana itu akan merosakkan kegembiraan semasa.

·         Usah berbuat berlebihan, setiap orang ada batas tersendiri.

·         Jangan bandingkan kehidupan kamu dengan orang lain, kerana kamu tidak pernah tahu apa yang orang lain lalui dalam hidup mereka.

·         Jangan sering berprasangka negatif terhadap sesuatu yang kamu tidak boleh kawal, teruskan optimis dengan sesuatu yang kamu sedang lakukan.

·         Kematangan bukan diukur hanya dengan cara dia berfikir tetapi lihat cara dia menyelesaikan masalah.


                       



No comments:

Post a Comment