Memahami Bahasa Badan
Mungkin ramai yang
dah tahu tentang bahasa tubuh kan.. tapi saya tetap kongsikan juga untuk
sesiapa yang dah tak berapa nak ingat lagi mesej dari nonverbal yang pernah
kita belajar masa sem1 dulu dalam Basic Helping Skill..Harap bermanfaat untuk
kalian ye..
Menurut Dr. Albert
Mehrabian dalam bukunya Silent Messages, hanya 7% daripada kata-kata yang
menyampaikan maksud, 38% pula daripada nada suara dan 55% daripada bahasa tubuh.
Antara maksud yang disampaikan melalui bahasa tubuh adalah seperti di bawah ;
Mimik muka
Mimik muka memainkan
peranan yg besar dalam komunikasi bukan lisan. Bayangkan berape banyak maklumat
yang boleh disampaikan melalui mimik muka seperti senyuman ataupun berkerut
dahi. Manakala komunikasi bukan lisan dan gerak-geri badan boleh berubah secara
mendadak dari segi budaya.
Retrieved from http://akutersepit.blogspot.com/2009/03/jenis-jenis-bahasa-badan.html
Rupa luaran(Appearance)
Pemilihan warna,
pakaian, fesyen rambut, dan faktor-faktor lain mempengaruhi rupa adalah juga
dipertimbangkan satu cara komunikasi tanpa lisan. Penyelidikan terhadap
psikologi warna telah menunjukkan yang perbeza warna boleh menggambarkan
perasaan yang berbeza. Rupa dan keterampilan seseorang juga boleh merubah
reaksi fisiologikal, pandangan orang, dan tafsiran orang ramai.
Menutup mulut
Apabila seseorang
yang bercakap dengan tiba-tiba menutup mulutnya adalah disebabkan perkara yang
dikatanya adalah tidak benar.
Mengusap Bahagian Hidung
Tindakan refleks ini
dapat mengesan bahawa seseorang tersebut sedang berbohong. Dia akan mengusap
bahagian hidungnya secara samar lambat. Tapi ia tidak semestinya betul kerana
kemungkinan hidung gatal atau mencium bau yang busuk.
Anak mata
Orang yang tidak
jujur dengan percakapannya akan sering mengelak daripada memandang orang yang
sedang mendengarnya. Terdapat tiga jenis anak mata yang boleh memberi maksud
tersirat
I.
Anak mata
ke kanan- Dia sedang mereka cerita
II.
Anak mata
ke kiri- Dia sedang teringat atau cuba mengingatkan sesuatu.
III.
Anak mata
ke atas- Dia sedang berimaginasi
Mata membesar pula
menunjukkan bahawa dia berminat dengan apa yang akan diperkatakan.
Gelak Terpaksa
Orang yang pura-pura
ketawa adalah mungkin disebabkan gementar ataupun menjaga hati orang yang
sedang bercakap dengannya.
Jari-jemari disilangkan ketika duduk
Menunujukkan bahawa
orang tersebut sedang bingung dalam membuat keputusan.
Menggigit bibir
Menurut Carol Kinsey
Goman, apabila seseorang menggigit, menghisap, atau menjilat bibir menunjukkan
bahawa seseorang tersebut dalam keadaan yang tertekan atau kerisauan. Dengan melakukan
cara ini seseorang tersebut cuba untuk menenangkan diri.
Menyembunyikan tangan
Menyembunyikan tangan
ke belakang, ke poket, atau di pangkuan menunjukkan bahawa seseorang itu tidak
jujur ataupun sedang berbohong. Ia seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu
daripada orang lain.
Menggaru tengkuk
Perbuatan menggaru
tengkuk serta memalingkan muka ke tempat lain ketika bercakap dengan orang lain
menunjukkan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
Tangan didagu dengan kepala dan badan tegak
Perbuatan ini
menunjukan bahawa seseorang itu sedang menganalisis atau mempertimbangkan apa
yang dikatakan oleh orang lain.
Memukul tubuh sendiri (kepala,dahi, paha)
Menunjukkan bahawa
seseorang tersebut sedang lupa sesuatu atau menyalahkan diri sendiri.
Anggukan kepala
Bahasa tubuh ini
menandakan bahawa seseorang itu bersetuju, menyokong, atau suka dengan apa yang
dikatakan oleh orang lain.
Setakat ini sahaja
perkongsian saya. Korang boleh retrieve kt link ni http://wuddan.mywapblog.com/arti-dari-bahasa-tubuh.xhtml
untuk mengetahui lebih banyak lagi bahasa badan. Semoga perkongsian ini dapat
membantu anda dalam memahami bahasa tubuh klien-klien anda. Lepas ni boleh la
tengok bahasa tubuh rakan-rakan kita masa bercakap. Boleh la detect dorang
jujur ke tak kan..
Sekian..
Jumpalila bt Amit :)
No comments:
Post a Comment