Rasa macam gelap. Tak ada masa depan. Down. Ya, aku sangat
sangat sangat jatuh sejak akhir-akhir ni. Makin lama, makin mudah bermain
emosi. Rasa nak putus asa, rasa nak berhenti melangkah. Rasa nak terus saja
terbaring di jalan ni. Taknak bergerak, walau sikit.
*tampar diri sendiri*
Bangunlah. Bangun. Jalan juang ni bukan jalan untuk orang
yang lembik. Bangun. Gelap yang kau nampak tu, sebab kau pakai cermin mata
gelap. Bukan sebab pandangan kau memang gelap. Tak. Itu cuma cermin mata yang
kau pakai.
Diri,
Assignment biar tak
bersentuh. Tapi benda lain boleh pula buat, kan? Study malas. Tapi main facebook, twitter dan instagram
duapulohpat jam boleh pulak kan? Exam buat nak tak nak, baca buku satu dua muka
surat kira okay lah kan. Tapi.. result nak gempak. Benda lain semua nak
seronok. Bila masuk gear study, cukup ala kadar.
*lempang diri sendiri
lelaju*
*tulis surat untuk diri sendiri*
“Anda bercita-cita
tinggi.
Anda, anda tahu tak
cita-cita tanpa usaha tu, nama lainnya adalah BERANGAN?
Dan sangat layaklah
kalau saya nak kata pada anda, "Boleh jalanlah kau dengan mimpi kau
tu."
Nak sambut macam mana
kata-kata saya tu? Nak terus pergi berangan dan teruskan bermimpi? Atau nak
pergi mula bergerak dan jadikan angan-angan dan mimpi tu satu kenyataan?
Anda, saya sayang anda. Sebab anda adalah saya.
Anda, saya sayang anda. Sebab anda adalah saya.
Sebab itu saya tegur.
Sebab teguran ni untuk saya dan anda.
Sekian,
Luahan Hati Anda”
Sekian,
Luahan Hati Anda”
Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.
Susah kan nak lawan diri dari malas? Situasi di atas merupakan satu situasi yang pernah berlaku di dalam diri
saya dan mungkin pernah berlaku di dalam diri anda. Hiburan dan study, dua
contoh situasi yang paling dekat dengan diri kita sebagai pelajar. Bila malas,
study ditinggalkan dan hiburan dilayan. Kesian study.
Hm. Macam mana ye nak buang raksasa malas ni?
Haa, saya cadangkan berapa tips untuk melawan rasa malas. Let’s
check it out.
- Kuatkan azam - bila hajat anda lebih kuat dari hajat raksasa malas, anda akan menang. Hahah. Azam anda adalah bergantung pada niat anda.
- Mendapat bantuan orang lain – Anda boleh mengalahkan rasa malas dengan mendapat bantuan tenaga dari adik beradik atau kawan anda. Contohnya, anda boleh meminta mereka untuk mendisiplinkan anda. Setiap kali, anda cuba bermain atau berehat, minta mereka tegur anda dan heret anda ke meja membaca.
- Ingat pada diri anda, buat sesuatu kerana Allah, bukan kerana orang lain atau terpaksa.
- Ingat pada tanggungjawab. Ingat muka orang yang tersayang.
- Ingat masa depan dan kerjaya serta peluang di hadapan, jika aku tak buat dan malas nak buat aku akan terlepas peluang.
- Ingat pada diri sendiri, jika aku tak belajar hari ini bila lagi, sedangkan masa semakin suntuk.
- Tanamkan sikap positif dalam diri dan buang sikap buruk dan malas.
- Berada di samping orang-orang yang positif.
- Berani berkata tidak pada perkara-perkara yang melalaikan anda.
- Hati kena kuat, semangat kena kental.
Moga bermanfaat ye kalian. Ingat, tidak senang
nak jadi orang yang senang dan tidak susah nak jadi orang yang susah. Pilihan di
tangan anda.
You choose your own way
love,
eyfaarahim
No comments:
Post a Comment