Monday, February 24, 2014

TIPS-TIPS UNTUK MENJADIKAN SESI KELOMPOK 'MANTAP'

Assalamualaikum dan salam sejahtera...hye all!!!..

di sini  saya nak share kat korang suma tentang...



TIPS-TIPS UNTUK MENJADIKAN SESI KELOMPOK 'MANTAP'

1. Pandai berjenaka

Korang kena pandai buat lawak cikit dalam kelompok tapi kena pastikan lawak tu sesuai dan memang funny nanti takut nampak syok sendiri pulak..kikiki

2. Kreativiti

Haa..ni boleh jadi bonus untuk korang..kalo korang sorang yang kreatif..bukan apa..ni suma untuk pastikan sesi yang korang handle tak bosan,mendatar dan slow..so korang kena banyak fikir idea dan create sesuatu yang baru untuk sesi..then baru nampak berkesan..try jangan tak try..

3. Kesungguhan

Dalam setiap perkara yang kita lakukan kat dunia ni mesti ada semangat dan bersungguh-sungguhkan kan?? so kena aplikasi kat dalam kelompok..tunjukkan korang betul-betul bersemangat nak mendengar dan membantu klien...fokus..fokus!!

Beware!! kalo ada klien yang perasaan kita acuh tak acuh dengan isu klien..konflik nanti! 

4. Kejujuran

Hmm..panjang kalau nak story pasal jujur nie..tapi apa yang dapat saya bebel kat sini anda kena bersifat asli dan jujur dengan klien..jangan tipu-tipu..kaunselor pun manusia..contoh kalau ada klien cakap dia tak berus gigi lagi,,kalo kita pun sama..cakap la..'la..yaka..saya pun sama..'(gurauu ja.haha) 

Jujur ni penting supaya klien tahu bahawa kaunselor pun bukan malaikat dan macam manusia lain yang pernah buat silap..dan yang paling penting supaya klien tak rasa ditipu dan kata kita berpura-pura. ;)

5. Beretika

Ini yang paling-paling PENTING!! sebagai kaunselor kita mesti memegang etika dan jadikan sebagai pokok utama dalam kelompok. Setiap apa yang kita buat dalam kelompok haruslah dilakukan tanpa melanggar etika kaunseling! be aware! kadang-kadang benda yang nampak biasa kita akan terlepas pandang.

Etika juga bantu kita lebih alert dan supaya kita dapat jaga batas dan apa-apa sahaja perkara yang boleh menggugat profession seorang kaunselor.

Sekian sahaja dari saya.
Sebarang kekurangan harap diampunkan.
Have a nice day sumaa!!
semoga kita berjaya menjadi kaunselor yang profesional nanti yaa!
Assalamualaikum w.b.t.. :)

Oleh,
Fatin Atiqah binti Aliffin.

No comments:

Post a Comment