Friday, March 7, 2014

minda yang positif, bagaimana?

assalamualaikum kawan-kawan yang baik hati... hyep hyep :)
dila nak share something bagaimana inginkan minda yang positif. sebelum tu, tanya diri kita, minda kita ni penuh dengan perkara yang positif ke negatif? 100% positif ke, atau sebaliknya. hanya kita sendiri yang tahu kan, check it..Sekiranya minda kita ni dipenuhi dengan terlalu banyak perkara negatif, kita akan memupuk tabiat berfikiran negatif. Sehingga pemikiran negatif, menjadi dominan… itu yang bahaya. 
source : Google images
contohnya, kita dengar kawan-kawan bersembang, bergosip:  
kenapa ek artis tu pakai tudung, sebelum ni seksi bukan main kan? 
selalunya apa yang kita fikirkan. sering kali negatif, contohnya:
  • nak cari publisiti murah la tu.  
  •  buang masa, tak bergaya langsung.... 
Betul tak agak-agak? bila kita didedah dengan terlalu banyak perkara negatif, maka, negatif lah pemikiran kita. Ini menjadikan berfikir negatif  itu mudah. bagaimana nak tangani...jom kita tengok tips-tips berikut, tips untuk berfikiran positif yang boleh memberikan kita nafas baru untuk meneruskan perjuangan hidup. 
      1.      Kenal pasti pemikiran negatif yang ada dalam diri sebelum ia menjadi akar umbi. Jika rasa mood kembali suram, berhentilah daripada berfikir tentang mereka sebelum anda tunduk kepada mereka. Kawal emosi anda, jangan biarkan emosi mengawal anda.
      2.      Berkawan dengan orang yang berfikiran positif. Secara tidak langsung, anda juga akan berfikiran positif.
      3.      Orang yang berfikiran negatif boleh menjangkiti orang lain. Jadi, jauhkan diri anda daripada orang yang selalu berfikiran negatif.
      4.      Rajinkan diri untuk mengemas dan menyusun barang-barang anda. Anda harus dikelilingi oleh benda-benda yang anda suka dan membuatkan anda rasa hebat. Contohnya  gambar keluarga, buku kegemaran, pokok hiasan, gambar kesenian atau apa saja yang bermakna buat anda.
      5.      Jika ada seseorang memberitahu anda yang anda tidak boleh melakukan sesuatu, maka ambillah ia sebagai cabaran dan buktikan kepada mereka yang anda boleh melakukannya. Ini adalah peluang kepada anda yang mana mereka tidak boleh atau takut untuk melakukannya. Jika anda menunjukkan mereka ia boleh dibuat, mungkin mereka mendapat sumber inspirasi daripada anda atas kejayaan yang anda perolehi. Anda boleh menjadi contoh kepada mereka untuk mereka berfikiran positif.
      6.      Apabila anda merasa sangat kecewa dengan kehidupan anda atas segala nasib malang yang menimpa anda, anda harus mengingatkan diri anda bahawasanya semua itu adalah dugaan daripada Tuhan yang hanya menguji kita. Yakin bahawa pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

       dila rasa itu sahaja yang dapat dikongsikan kali ni dan moga bermanfaat untuk kawan-kawan..
       inshaAllah. :)

source : Google images

      with lots of love , 
      aidilla



No comments:

Post a Comment