Adakah
anda pernah fikir apa baiknya sekiranya kita dapat menyiapkan tugasan dengan
lebih awal??
Apa
kebaikannya pula jika dapat melaksanakan kerja atau tugasan dengan lebih awal?
Kalau
dari sudut diri sendiri, kita mungkin berasa lebih lega dan tenang sebab kerja
telah selesai daripada tarikh yang ditetapkan.
Kita lihat dari sudut pemandangan orang lain
pula, apa yang orang lain akan fikirkan tentang tugasan diri anda yang dapat diselesaikan
lebih awal dari yang sepatutnya??
Anda ingin tahu ke??
Sila
lah baca dengan teliti ya….
1. RAJIN
Orang lain akan anggap kita seorang pelajar yang rajin. Mungkin juga orang lain akan merasakan kita seorang yang laju dan cekap membuat kerja yang telah diberikan.
2. BIJAK
Orang lain akan percaya kita mempunyai sistem pengurusan masa yang bijak. Tentulah orang lain akan beranggapan kita bukan tergolong dalam kategori pelajar yang suka bergosip/bersembang.
3. SERIUS
Orang lain akan merasakan kita telah berikan perhatian yang serius terhadap tugas kita. Setiap tugasan yang diberikan, kita telah berikan sepenuhnya masa untuk diselesaikan tanpa menangguhnya.
4. KEPERCAYAAN
Orang lain melihat kita sebagai orang yang boleh diberikan kepercayaan untuk tugasan yang mustahak. Tidak mustahil suatu masa nanti kita akan lebih didahulukan untuk mengendalikan urusan-urusan yang penting.
Ini adalah salah satu criteria yang perlu dimiliki oleh pelajar
supaya dapat menyiapkan tugasan tanpa menangguhkan tugasan yang diberikan…
Saya merupakan salah seorang yang amat tidak suka menangguhkan
tugasan, jadi semua tugasan saya akan siapkan lebih awal daripada tarikh yang
ditetapkan, terutamanya tugasan yang diberikan oleh pensyarah seperti
assignment tanpa mengira individu atau kumpulan..
Apa rasa dan perasan saya pula sekiranya saya dapat siapkan
tugasan dengan awal dan cepat??
Anda ingin tahu??
Sila terus membaca la….
Sebenarnya saya akan berasa lega dan bebas daripada
tekanan..Saya dapat melakukan aktiviti yang saya suka seperti berjalan-jalan,
shopping dan sebagainya tanpa gangguan tugasan.. Yang inilah saya nak…Saya
percaya kawan-kawan sekalian juga ingin berasa lega dan bebas melakukan perkara
yang anda suka tanpa gangguan..Betulkan?? Kita juga boleh dapatkan pandangan
daripada pensyarah tugasan yang kita buat untuk penambahbaik sekiranya ada
kesilapan supaya kita akan memperolehi markah yang diiginkan….
Jadi, kawan-kawan yang saya sayangi, marilah kita sama-sama
hilang tabiat yang suka buat kerja last minit…Haha..Rajin-rajin lah……
Rujukan: http://makudestory.blogspot.com/2013/03/kebaikan-melaksanakan-kerja-lebih-awal.html
Mei
No comments:
Post a Comment