Assalamualaikum W.B.T & Salam sejahtera.
Saya tahu ramai dalam kalangan kita yang tidak suka atau malas untuk membuat refleksi atau jurnal terutama diri saya sendiri walau pun kita tahu penulisan refleksi sangat ditekankan oleh semua lecturer kaunseling. Tambah-tambah lagi kita sudah didedahkan untuk menulis refleksi pada semester pertama iaitu dalam kelas Basic Helping Skills. Tetapi kita buat endah tak endah je kan? Time due date hantar baru nak sibuk-sibuk busykan diri buat refleksi.hehe
Di kesempatan ini saya nak share sedikit tentang kepentingan membuat refleksi untuk kita yang bakal jadi kaunselor ni. :)
Sebelum tu, saya nak kita memahami terlebih dahulu apa sebenarnya 'refleksi'? Refleksi ialah satu proses mengingat dan merenung kembali pengalaman dan aktiviti yang telah dialami serta menganalisis dan menilai kelebihan dan kekurangannya yang bertujuan memikirkan cara memperbaiki dan mengubahsuai untuk panduan dan kegunaan di masa hadapan.
Rasional Membuat Refleksi:
1. Dapat mengimbas kembali segala perasaan yang timbul dalam situasi tertentu.
2. Membezakan antara perasaan dan fakta (gambaran yang lebih objektif dan rasional terhadap sesuatu perkara).
3. Pelatih mejadi lebih peka dan prihatin terhadap dunianya dan dunia orang lain.
4. Pelatih menjadi lebih senang menerima dan kurang menghakim.
5. Pelatih dapat menyediakan diri untuk menghadapi cabaran masa hadapan.
Kepentingan Membuat refleksi:
1. Membuat penilaian kendiri.
2. Berfikir secara analitik, kritis dan kreatif.
3. Menganalisis aktiviti kaunseling yang telah dijalankan.
4. Mencari alternatif dalam membuat keputusan.
5. Mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.
6. Mengubah tingkah laku.
Setakat ini sahaja perkongsian yang saya rasa amat berguna untuk kita ketahui bagi menambah lagi minat dalam penulisan refleksi.
By: Amin
Great Reflection Amin! :)
ReplyDeleteYeap, menulis jurnal adalah salah satu proses pembelajaran yang baik dalam menjadi seorang kaunselor.