Monday, May 25, 2015

KISAH TIDUR

 

KECELARUAN TIDUR
 
            Jangan sesekali memandang remah terhadap masalah kecelaruan tidur ini kerana dengan tidur yang tidak cukup boleh menyebabkan masalah besar kepada kesihatan tubuh badan kita. Ramai yang menganggap tidur yang tidak cukup hanya masalah kecil namun kesan jangka jika dibiarkan ia akan mempengaruhi kesihatan. 

1. Insomnia (sukar tidur)
Insomnia ialah mereka merasakan tidak cukup tidur atau tidur tidak nyenyak pada waktu malam dan kurang aktif pada siang hari. 

Simptom insomnia
      Sukar tidur
      Sering terjaga waktu malam
      Sering terjaga awal daripada waktu tidur sebenar
      Gelisah
      Gangguan terhadap ingatan
       Mimpi menakutkan
          Rasa sedih ketika terjaga

Jenis Insomnia
Insomnia sementara iaitu mengalami kesukaran tidur sementara.  
Insomnia jangka pendek iaitu 2 hingga 4 minggu sukar tidur. 
Insomnia kronik adalah kesulitan tidur yang dialami hampir setiap malam dalam tempuh 1 bulan atau lebih.   
Cara mengatasi insomnia
Jauhi alkohol dan kafein 
Tidur apabila mengantuk 
Banyakan aktiviti riadah bagi mengeluarkan peluh
          Baca bahan bacaan atau dengar muzik
          Elak tidur ketika lampu dipasang

2. Parasomnia (berjalan ketika tidur, bangun menangis pada waktu malam)

3. “Narcolepsy” (kecenderungan tidur di persekitaran sepi)

Simptom
Terlebih tidur
          Otot tiba-tiba lemah

Cara mengatasi “Narcolepsy”
Elakkan pekerjaan yang memerlukan perjalanan jauh 
Kawal masa tidur
          Lelap seketika

4 Fakta Menarik Tentang Tidur
Perkara berlaku ketika tidur

1. Ketika kita tidur otak akan berehat, sel-sel rosak dibaiki dan hormon-hormon tertentu                  dikeluarkan.

2. Masa tidur bergantung pada umur iaitu:
          Bayi : 16 jam
          3-18 tahun: 10 jam
          19-55 tahun: 8 jam
          Lebih 55 tahun : 6 jam
       
      3. Posisi anda tidur boleh menunjukkan personaliti anda:

     i) Bayi: kasar tetapi hati sentiasa terbuka, tahan lasak, agak sensitif, ada kalanya pemalu dan mudah dipujuk.
     ii) Tidur mati: bersosial dan mudah bergaul dengan rakan-rakan yang mudah dipercayai
     iii) Mengiring biasa: suka berpura-pura untuk nampak boleh diharapkan, berfikiran terbuka, bersikap sinis, jenis syak wasangka dan degil tanpa mahu mendengar kepada keputusan yang telah dibuat.
    iv) Tentera: suka menyendiri, agak pendiam, tidak cerewet , dan memandang tinggi pada diri dan orang lain.
    v) Meniarap: kurang suka menerima kritikan dan menghiburkan, sukakan aktiviti luar dan agak tergopoh gapah dalam tugasan.
    vi) Starfish: pendengar terbaik, orang yang prihatin, gemar membantu dan tidak suka jika perbuatan mereka diberi penghargaan.

     4. Tanpa makan, manusia mampu hidup selama lebih kurang 14 hari tetapi tanpa tidur manusia hanya mampu bertahan selama 10 hari.
      
     Oleh : KAKNITTHA A/P INAN 41628


2 comments:

  1. Pada pendapat saya, tidur yang teratur dan baik sangat penting bagi saya iaitu tidur sekurang-kurangya 8 jam sehari. sekiranya saya tidak mempunyai tidur yang cukup saya akan mudah mudah mengalami moodswing, stress meningkat dan mudah terdedah dengan penyakit seperti gastrik dan migrain. (Alexsandra 40480)

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan perkongsian di atas, saya sendiri mengakui mempunyai pola tidur yang tidak menentu. Kadang-kadang menyebabkan saya mengalami pening kepala. Saya juga kadang-kadang terlebih tidur jika tidak mempunyai apa-apa aktiviti atau kerja. Namun, hal demikian juga tidak boleh diamalkan kerana tidur yang berlebihan juga adalah tidak baik. Saya sekarang cuba untuk tidur lebih awal dan mendapatkan masa tidur yang cukup.

    (Nornikman Ag. Kati - 40166)

    ReplyDelete