Tuesday, May 26, 2015

Alexsandra Simbah(40480)

PUNCA PASANGAN SUKAR BERKOMPROMI


Dalam banyak aspek perkahwinan, suami isteri harus berkompromi ataupun bertolak ansur termasuklah dalam perkara yang mungkin dianggap mudah. Kalau tidak, rumah tangga mungkin boleh porak poranda hanya perkara kecil jika masing-masing mahu mengikut kehendak sendiri. Realitinya memang ada pasangan yang sukar diajak berunding atau terumbang ambing semata-mata tidak mahu mengalah. Akhirnya pasangan mereka terpaksa beralah dan makan hati sendirian.

1) Faktor Persekitaran Keluarga
Sikap sukar bertolak ansur ini boleh ada berlaku baik pada suami mahupun isteri. Mengapa ia berlaku? Salah satu daripada penyebabnya adalah kerana faktor persekitaran keluarga yang berperanan dalam pembentukan karakter seseorang. Baik suami dan isteri mungkin dibesarkan dalam persekitaran keluarga yang membolehkan egonya berkembang. Sebagai contoh mungkin pasangan menjadi anak tunggal dalam keluarga. Segala keinginannya dipenuhi dengan mudah tanpa sebarang penolakan, begitu juga dengan kata-katanya sentiasa diiyakan. Justeru apabila dewasa dan berkahwin sikap ini terbawa-bawa dalam rumah tangga. Ia akan menyebabkan pasangan menjadi sukar bertolak ansur dengan suami mahupun isteri sendiri. sikap ego menyebabkan dia berasa dirinya punya penyelesaian tersendiri terhadap masalah yang dihadapi tanpa mengira persetujuan dari pasangan.
2) Rasa Tidak Selamat Dan Malu
Selain daripada faktor persekitaran keluarga, sikap pasangan yang sukar berkompromi juga mungkin disebabkan oleh daripada perasaan tidak selamat terhadap rumah tangga sendiri. Perasaan ini menyebabkan mereka tidak mahu bertolak ansur demi menyelamatkannya. Sikap ini boleh juga timbul kerana pasangan sebenarnya tidak memahamu masalah yang dihadapi tetapi malu untuk mengakuinya. Mereka mahu menutup sikap tersebut dengan memaksa pasangan mengikut kehendaknya atau jalan penyelesaian pilihannya.
3) Kerap Bertengkar
Menghadapi pasangan yang sukar berkompromi sememangnya menyakitkan. Ada pasangan yang boleh bersabar dengan sikap tersebut da nada juga yang tidak mahu berhadapan dengannya. Sekiranya tidak mampu menghadapi sikap pasangan sebegini rumah tangga pasti berantakan kerana masing-masing mahu memenangkan kehendak sendiri. sikap ini harus dijauhi setelah berkahwin. Ia hanya akan mengundang pertengkaran yang kerap antara pasangan suami isteri. Akibatnya ada pasangan yang sanggup mengundur diri ataupun berpisah kerana tidak tahan dengan keadaan tersebut.
4) Jangan Memendam Rasa
Walaupun pasangan sukar bertolak ansur dalam banyak perkara tapi adalah kurang tepat jika anda menyalahkan dirinya semata-mata. Janganlah menunjukkan pasangan sebagai orang yang sukar diajak berbincang meskipun hakikatnya begitu. Kompromi terhasil melalui dua belah pihak iaitu suami dan isteri. Oleh itu lihatlah pula dari aspek diri anda sendiri, jangan hanya menyalahkan dirinya. sebagai wanita, selalunya anda berasa haus mengalah dan menerima apa saja keputusan yang dibuat oleh pasangan meskipun tidak bersetuju dengannya. Atau kadang-kadang anda mengalah hanya untuk menghindari konflik dengan pasangan. Perkara inilah sebenarnya yang akan menyebabkan anda tertekan dan meledak suatu hari nanti.
5) Cari Jalan tengah
Apabila masalah muncul dalam rumah tangga dan kata sepakat sukar dicapai hingga terjadi konflik maka yang harus dilakukan ketika itu adalah fokus kepada masalah. Ada baiknya anda memberanikan diri utnuk mencari jalan tengah. Sesekali anda perlu beradu pendapat untuk mengajar pasangan agar tidak terlalu ego dalam menyelesaikan masalah. Sebagai isteri, tindakan anda ini bukan untuk melawab suami atau menimbulkan keributan tapi utnuk menghindari tekana batin pad dri yang memberi kesan buruk di kemudian hari.
6) Mengalahkan Ego
Seterusnya apabila segalanya selesai, jadikan apa yang telah berlaku sebagai proses pembelajaran bagi anda berdua. Sebagai isteri, anda juga harus mampu berfikir secara rasional agar masalah anda dapat diselesaikan secara win-win solution. Bagi pasangan khususnya kaum lelaki, kompromi dapat dijadikan sebagai latihan untuk mengalahkan ego agar anda mahu mendengar kata-kata isteri. Paling penting adalah anda berdua mahu membuka diri untuk melakukan perubahan. Mungkin sukar mengubah sikap tapi anda harus melakukannya demi keharmonian rumah tangga yang anda bina.

2 comments: