Thursday, March 20, 2014

Kebaikan Melaksanakan kerja dengan Lebih Awal

Adakah anda pernah fikir apa baiknya sekiranya kita dapat menyiapkan tugasan dengan lebih awal??
Apa kebaikannya pula jika dapat melaksanakan kerja atau tugasan dengan lebih awal?
Kalau dari sudut diri sendiri, kita mungkin berasa lebih lega dan tenang sebab kerja telah selesai daripada tarikh yang ditetapkan.
 Kita lihat dari sudut pemandangan orang lain pula, apa yang orang lain akan fikirkan tentang tugasan diri anda yang dapat diselesaikan lebih awal dari yang sepatutnya??

Anda ingin tahu ke??                                                     
Sila lah baca dengan teliti ya….


1. RAJIN
Orang lain akan anggap kita seorang pelajar yang rajin. Mungkin juga orang lain akan merasakan kita seorang yang laju dan cekap membuat kerja yang telah diberikan.

2. BIJAK
Orang lain akan percaya kita mempunyai sistem pengurusan masa yang bijak. Tentulah orang lain akan beranggapan kita bukan tergolong dalam kategori pelajar yang suka bergosip/bersembang.

3. SERIUS
Orang lain akan merasakan kita telah berikan perhatian yang serius terhadap tugas kita. Setiap tugasan yang diberikan, kita telah berikan sepenuhnya masa untuk diselesaikan tanpa menangguhnya.

4. KEPERCAYAAN
Orang lain melihat kita sebagai orang yang boleh diberikan kepercayaan untuk tugasan yang mustahak. Tidak mustahil suatu masa nanti kita akan lebih didahulukan untuk mengendalikan urusan-urusan yang penting.

Ini adalah salah satu criteria yang perlu dimiliki oleh pelajar supaya dapat menyiapkan tugasan tanpa menangguhkan tugasan yang diberikan…
Saya merupakan salah seorang yang amat tidak suka menangguhkan tugasan, jadi semua tugasan saya akan siapkan lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan, terutamanya tugasan yang diberikan oleh pensyarah seperti assignment tanpa mengira individu atau kumpulan..
Apa rasa dan perasan saya pula sekiranya saya dapat siapkan tugasan dengan awal dan cepat??
Anda ingin tahu??
Sila terus membaca la….
Sebenarnya saya akan berasa lega dan bebas daripada tekanan..Saya dapat melakukan aktiviti yang saya suka seperti berjalan-jalan, shopping dan sebagainya tanpa gangguan tugasan.. Yang inilah saya nak…Saya percaya kawan-kawan sekalian juga ingin berasa lega dan bebas melakukan perkara yang anda suka tanpa gangguan..Betulkan?? Kita juga boleh dapatkan pandangan daripada pensyarah tugasan yang kita buat untuk penambahbaik sekiranya ada kesilapan supaya kita akan memperolehi markah yang diiginkan….
Jadi, kawan-kawan yang saya sayangi, marilah kita sama-sama hilang tabiat yang suka buat kerja last minit…Haha..Rajin-rajin lah……




Rujukan:     http://makudestory.blogspot.com/2013/03/kebaikan-melaksanakan-kerja-lebih-awal.html


Mei



Belajar Cara Mudah



Buah cempedak di dalam pagar
Ambil galah tolong jolokan
Saya budak baru belajar
Kalau silap boleh tunjukkan

Adakah anda risau tak dapat belajar? Runsing? Bosan?
Mari semua,saya Madline Bernai ingin berkongsi suatu topik dengan anda semua. Saya berharap ia dapat membantu kalian semua. Topik yang saya nak kongsikan ialah “ Belajar Cara Mudah”.
Jangan sesekali anda menganggap diri anda seorang pelajar yang bodoh sekiranya anda gagal dalam peperiksaan. Kebanyakkan pelajar gagal bukan kerana mempunyai otak  yang  bodoh, tetapi kerana dia tidak menggunakan daya kepintarannya dengan sebaik mungkin, di samping tidak menitik beratkan teknik belajar yang teratur dan berkesan. Bagaimana dengan anda? Pernah gagal? Sebenarnya anda tidak bodoh. Setiap insan mempunyai kebolehannya tersendiri dan begitu juga dengan anda. Cubalah diri anda kenalpasti apa keistimewaan anda. Pasti ada. Belajar adalah suatu kerja yang memerlukan teknik agar ia lebih mudah untuk dikuasai dan ia akan menjadi senang dan menyeronokkan. Mari kita bincangkan beberapa teknik yang dapat membantu diri kita.

1.       Mengatur Jadual

Kenalpasti jumlah masa anda yang perlu diatur. Lebih daripada separuh masa anda terpaksa dihabiskan untuk memenuhi keperluan asasi seperti makan,minum,mandi,tidur dan sebagainya. Bakinya perlu diperuntukkan untuk belajar dan sebahagian lagi untuk aktiviti-aktiviti ringan yang digemari oleh anda seperti rekreasi,berbual,hobi dan lain-lain. Tempoh masa belajar mungkin berbeza dan anda mesti lebih memerlukan masa  yang lama untuk subjek yang susah kerana ia dapat membantu anda lebih memahami subjek tersebut. Subjek yang lebih susah elok dilakukan pada masa segar seperti awal pagi. Walaupun begitu,janganlah anda memaksa diri untuk belajar sampai larut malam; selesaikan sebelum tengah malam.

2.       Tempat yang sesuai

Carilah tempat yang sesuai dan bebas daripada sebarang gangguan yang boleh mencuri perhatian anda. Anda harus memastikan tempat pilihan anda itu dapat menenangkan fikiran kerana fikiran yang tenang saja dapat menerima pelajaran sepenuhnya. Bukan itu saja, minda dan mood juga dapat dipengaruhi oleh cahaya, udara dan cuaca, justeru, tempat  pilihan anda sepatutnya selesa dan jangan berlebihan seperti di atas tilam, kerana sekali kepala diletakkan di bantal…habis! Anda akan terlena…

3.       Memulakan

Isu yang selalu dihadapi di sini ialah untuk mula mendapat mood belajar. Janganlah anda menunggu tanpa melakukan apa-apa, kerana mood tidak akan datang begitu saja. Lakukanlah sesuatu seperti warming up. Antaranya ialah, semak semula nota kuliah berkenaan topik yang sedang anda pelajari sekarang. Anda boleh menulis semula pin-poin penting yang anda ingati kerana ia adalah cara baik untuk mendapat mood untuk belajar.

4.       Tumpuan

Anda harus memberikan penuh tumpuan dalam masa yang sekejap saja, mungkin dalam 10 minit kemudian anda rehat sekejap. Anda boleh meneruskannya sehingga anda dapat memberikan tumpuan yang lebih lama. Anda perlu rehat sebentar selepas seketika belajar (sekitar satu jam). Anda juga boleh membuat nota dengan cuba mengingati apa yang sudah anda pelajari.

5.        Menggarap Buku

Satu strategi yang dikenalpasti berkesan untuk menggarap suatu bahan bacaan ialah SQ3R (survey,question,read,recall dan review). Anda mesti melakukan tinjauan (survey) sepintas lalu untuk mendapatkan gambaran teks yang hendak digarap. Dari sini,timbul soala-soalan(question) dalam kepala anda. Seterusnya barulah anda mula membaca (read) untuk menjawab persoalan tersebut. Selesai membaca anda perlu mengingat semula (recall) poin-poin penting. Akhirnya anda harus semak semula (review) untuk melihat sejauh mana anda dapat petik perkara penting daripada teks. Formula ini dapat digunakan sama ada untuk membaca artikel dan buku.

6.       Membuat Nota
Anda perlu menggunakan formula tadi  iaitu SQ3R  dan nota perlu mengandungi idea-idea utama dan idea-idea penyokong. Nota hendaklah jelas, mudah difahami dan dibaca. Gunakanlah simbol yang sesuai dan sepatutnya konsisten,tidak berubah-ubah. Tambahan lagi,anda juga boleh menggunakan brain-mapping kerana ia amat membantu diri anda dalam memahami apa yang anda pelajari.

7.       Peperiksaan

Ulangkaji secara berkumpulan. Sekurang-kurangnya dua orang pelajar diperlukan untuk melakukannya. Bertemulah dua atau tiga kali seminggu. Sebelum perbincangan,siapkan diri anda dengan membaca tajuk yang berkenaan. Semasa perbincangan,ambil bahagaian secara aktif dengan mendengar pandangan kawan,beri pandangan anda dan bandingkannya. Anda juga perlu melatih diri menyelesaikan jawapan dalam masa yang ditetapkan. Masa ini termasuklah tempoh menyiapkan kerangka, menulis jawapan penuh dan membuat semakan terakhir. Pada  hari-hari terakhir sebelum peperiksaan, lapangkan masa secukupnya untuk rehat dan rekreaksi. Lakukan sesuatu yang menggembirakan. Pastikan anda telah bersiap sedia dengan segala persiapan yang perlu,terutama alat-alat tulis, sehari sebelum peperiksaan. Tidur awal. Justeru,bersiaplah dari awal…..sekarang juga!

Moga anda semua seronok membaca perkongsian tersebut. Jika anda semua ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai info berkenaan, anda boleh membaca buku “Peningkatan Minda” yang disunting oleh Fazilah Idris dan Nur Atiqah Tang Abdullah di CAIS UNIMAS.

Wednesday, March 19, 2014

COUNSELOR SELF-CARE

Hello, Ellie will share about counselor self-care.


sources:  https://www.google.com.my/search?q=counselor+self+care

It is important to acknowledge when you feel overwhelmed or distressed. As a professional, it is necessary for you to pay attention to your personal behaviors, body rhythm and physical health.  There are counselor self care:

Resting

The adult human body requires between 7 to 8 hours of rest for robust health. Sleep deprivation affects the mind and body and can increase stress levels, moodiness and irritation and negatively impact mental alertness and physical energy. At the end of the day, it is essential to find ways to relax and let go. Establish a routine before going to bed and make sure to get enough “Deep Sleep,” allowing for brain rejuvenation. If not enough “Deep Sleep” is accomplished the body will compensate by shortening other sleep cycles, including the REM cycle. If this cycle is shortened, the brain does not have an opportunity to process and integrate emotions, memories and stress from that day, leaving you emotionally deprived.

 Eating Well

Good nutrition fuels the body and provides the building blocks that help a person handle the stresses of everyday life. Counseling requires considerable physical and mental energy; consuming foods such as fruits and vegetables will ensure you are functioning at the highest level of fitness. With a busy schedule, short lunches, paper work and counseling sessions it is easy to skip meals, eat unhealthy meals or snacks and over-consume caffeinated beverages. These things add little nutritional value, if any, to personal well being. The goal is to consume a balanced diet, eating foods from each food group, drinking lots of water and eating three balanced meals a day, along with healthy snacks. By eating the proper foods the body is able to restore lost vitamins, minerals and nutrients, an essential part of maintaining your overall health.

Exercising

Exercising improves individual physical fitness and mental well being.  During exercise endorphins are released, decreasing stress levels and improving endurance, health, mental clarity and fitness. It is suggested that individuals spend 30 minutes a day doing some form of moderate exercise. Activities such as taking a walk, jogging, riding a bike, swimming or aerobic classes and weight training improve physical fitness and increase energy levels.  In addition to the physical benefits, exercise has also been proven to stimulate memory.

Relaxing and Renewing

On occasion it is crucial to do something for yourself. As a counseling professional, you spend your time caring for others. It is vital to remember you must also care for yourself. This can be accomplished by participating in exercises such as yoga, prayer, meditation, Tai chi and reflective writing. These techniques allow you to escape from the busy world and become one with your soul, giving you time to recharge your spirit.

 Personal Counseling

Having others to share your thoughts and feelings with can help you maintain a healthy lifestyle. Supervisors and colleagues can provide advice and support through difficult circumstances. It is recommended that helping professionals seek professional counseling, as you will continually face subjects or situations which will require you to address unresolved feelings and emotions.

  Reflecting

Think about your life, what is important and what is not. A person rarely gets everything they want. Be careful not to dwell in negativity. The mind is powerful. The more negative our thoughts about things, the more our actions become negative or more reflective of those thoughts. We behave as we think. Learn to live a joyful life, doing your best and let the rest take care of itself!  Strive to do well in all things and be thankful. It is important to remember things could be a whole lot worst, no one is perfect, and as long as there is life, there is another chance. There are a number of exercises that can be used throughout the day to allow you to stop and reflect on things. A good way to prepare your mind and body for reflection is learning to take a good breath and listening to soft music.

Time Management

Use the time you have wisely. It is critical to use a calendar and prioritize those things in your life that must be done. Remember, no one can do everything and no matter how hard you try you will never be able to make everyone in your life happy. Commit only to those things you feel passionate about and learn to say no to things that do not fit into your plans and priorities. Organize your day, but remain flexible. No matter what our plans include, things will occur to change those plans. Being prepared to make necessary adjustments lessens the pressure you may feel.

Humor

Laugh until it hurts. It is difficult to be sad and happy at the same time. Laughter releases endorphins, which are responsible for improving your mood and helping you to relax. Learn to laugh at yourself and find humor in life stressors. Do not take things so seriously that you miss out on the beauty of laughter and the opportunity to see things through a different lens. On occasion, engage in an amusing comedy show or film and always keep a book of good jokes on hand.


sources:  https://www.google.com.my/search?q=counselor+self+care

Tuesday, March 18, 2014

The Skill of Self Confidence


Source: Retrieved from:
http://www.youtube.com/watch?v=w-HYZv6HzAs

The video is about The Skill of Self Confidence by Dr. Ivan Joseph.
Self confidence can be practice!
I think it is pretty good to share it with this future counselor! :).. 
From my point of view, I define that >>
Self confidence is very personal and it is among of our individual ability.
Self confidence IS REALLY NEEDED to live up our profession and personal skill conducting the session.
It is really basic need of a good counselor!.
Imagine that counselor lack of this skill, the very first moment you enter the counseling setting,  pretty sure there  will be shaky leg !..Just thinking.."If only I can pass this moment>>:("..
So, dare to find where is your self-confidence  ..then you will find that you are  actually a great person!

So dear future counselor,..
Don't let YOUR CLIENT have no CONFIDENCE looking at YOU! :)

Recommended link..
http://www.ted.com/watch/topics


Coursemate,
Carol

Friday, March 7, 2014

minda yang positif, bagaimana?

assalamualaikum kawan-kawan yang baik hati... hyep hyep :)
dila nak share something bagaimana inginkan minda yang positif. sebelum tu, tanya diri kita, minda kita ni penuh dengan perkara yang positif ke negatif? 100% positif ke, atau sebaliknya. hanya kita sendiri yang tahu kan, check it..Sekiranya minda kita ni dipenuhi dengan terlalu banyak perkara negatif, kita akan memupuk tabiat berfikiran negatif. Sehingga pemikiran negatif, menjadi dominan… itu yang bahaya. 
source : Google images
contohnya, kita dengar kawan-kawan bersembang, bergosip:  
kenapa ek artis tu pakai tudung, sebelum ni seksi bukan main kan? 
selalunya apa yang kita fikirkan. sering kali negatif, contohnya:
  • nak cari publisiti murah la tu.  
  •  buang masa, tak bergaya langsung.... 
Betul tak agak-agak? bila kita didedah dengan terlalu banyak perkara negatif, maka, negatif lah pemikiran kita. Ini menjadikan berfikir negatif  itu mudah. bagaimana nak tangani...jom kita tengok tips-tips berikut, tips untuk berfikiran positif yang boleh memberikan kita nafas baru untuk meneruskan perjuangan hidup. 
      1.      Kenal pasti pemikiran negatif yang ada dalam diri sebelum ia menjadi akar umbi. Jika rasa mood kembali suram, berhentilah daripada berfikir tentang mereka sebelum anda tunduk kepada mereka. Kawal emosi anda, jangan biarkan emosi mengawal anda.
      2.      Berkawan dengan orang yang berfikiran positif. Secara tidak langsung, anda juga akan berfikiran positif.
      3.      Orang yang berfikiran negatif boleh menjangkiti orang lain. Jadi, jauhkan diri anda daripada orang yang selalu berfikiran negatif.
      4.      Rajinkan diri untuk mengemas dan menyusun barang-barang anda. Anda harus dikelilingi oleh benda-benda yang anda suka dan membuatkan anda rasa hebat. Contohnya  gambar keluarga, buku kegemaran, pokok hiasan, gambar kesenian atau apa saja yang bermakna buat anda.
      5.      Jika ada seseorang memberitahu anda yang anda tidak boleh melakukan sesuatu, maka ambillah ia sebagai cabaran dan buktikan kepada mereka yang anda boleh melakukannya. Ini adalah peluang kepada anda yang mana mereka tidak boleh atau takut untuk melakukannya. Jika anda menunjukkan mereka ia boleh dibuat, mungkin mereka mendapat sumber inspirasi daripada anda atas kejayaan yang anda perolehi. Anda boleh menjadi contoh kepada mereka untuk mereka berfikiran positif.
      6.      Apabila anda merasa sangat kecewa dengan kehidupan anda atas segala nasib malang yang menimpa anda, anda harus mengingatkan diri anda bahawasanya semua itu adalah dugaan daripada Tuhan yang hanya menguji kita. Yakin bahawa pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

       dila rasa itu sahaja yang dapat dikongsikan kali ni dan moga bermanfaat untuk kawan-kawan..
       inshaAllah. :)

source : Google images

      with lots of love , 
      aidilla



Tuesday, March 4, 2014

Kepentingan Membuat Jurnal Refleksi.

Assalamualaikum W.B.T & Salam sejahtera.

Saya tahu ramai dalam kalangan kita yang tidak suka atau malas untuk membuat refleksi atau jurnal terutama diri saya sendiri walau pun kita tahu penulisan refleksi sangat ditekankan oleh semua lecturer kaunseling. Tambah-tambah lagi kita sudah didedahkan untuk menulis refleksi pada semester pertama iaitu dalam kelas Basic Helping Skills. Tetapi kita buat endah tak endah je kan? Time due date hantar baru nak sibuk-sibuk busykan diri buat refleksi.hehe
Di kesempatan ini saya nak share sedikit tentang kepentingan membuat refleksi untuk kita yang bakal jadi kaunselor ni. :)

Sebelum tu, saya nak kita memahami terlebih dahulu apa sebenarnya 'refleksi'? Refleksi ialah satu proses mengingat dan merenung kembali pengalaman dan aktiviti yang telah dialami serta menganalisis dan menilai kelebihan dan kekurangannya yang bertujuan memikirkan cara memperbaiki dan mengubahsuai untuk panduan dan kegunaan di masa hadapan.

Rasional Membuat Refleksi:

1. Dapat mengimbas kembali segala perasaan yang timbul dalam situasi tertentu.
2. Membezakan antara perasaan dan fakta (gambaran yang lebih objektif dan rasional terhadap sesuatu perkara).
3. Pelatih mejadi lebih peka dan prihatin terhadap dunianya dan dunia orang lain.
4. Pelatih menjadi lebih senang menerima dan kurang menghakim.
5. Pelatih dapat menyediakan diri untuk menghadapi cabaran masa hadapan.

Kepentingan Membuat refleksi:

1. Membuat penilaian kendiri.
2. Berfikir secara analitik, kritis dan kreatif.
3. Menganalisis aktiviti kaunseling yang telah dijalankan.
4. Mencari alternatif dalam membuat keputusan.
5. Mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.
6. Mengubah tingkah laku.

Setakat ini sahaja perkongsian yang saya rasa amat berguna untuk kita ketahui bagi menambah lagi minat dalam penulisan refleksi.

By: Amin

Saturday, March 1, 2014

Malas.


Rasa macam gelap. Tak ada masa depan. Down. Ya, aku sangat sangat sangat jatuh sejak akhir-akhir ni. Makin lama, makin mudah bermain emosi. Rasa nak putus asa, rasa nak berhenti melangkah. Rasa nak terus saja terbaring di jalan ni. Taknak bergerak, walau sikit.

*tampar diri sendiri*

Bangunlah. Bangun. Jalan juang ni bukan jalan untuk orang yang lembik. Bangun. Gelap yang kau nampak tu, sebab kau pakai cermin mata gelap. Bukan sebab pandangan kau memang gelap. Tak. Itu cuma cermin mata yang kau pakai.

Diri,

Assignment biar tak bersentuh. Tapi benda lain boleh pula buat, kan? Study malas. Tapi main facebook, twitter dan instagram duapulohpat jam boleh pulak kan? Exam buat nak tak nak, baca buku satu dua muka surat kira okay lah kan. Tapi.. result nak gempak. Benda lain semua nak seronok. Bila masuk gear study, cukup ala kadar.

*lempang diri sendiri lelaju*


*tulis surat untuk diri sendiri*


“Anda bercita-cita tinggi.

Anda, anda tahu tak cita-cita tanpa usaha tu, nama lainnya adalah BERANGAN?

Dan sangat layaklah kalau saya nak kata pada anda, "Boleh jalanlah kau dengan mimpi kau tu."

Nak sambut macam mana kata-kata saya tu? Nak terus pergi berangan dan teruskan bermimpi? Atau nak pergi mula bergerak dan jadikan angan-angan dan mimpi tu satu kenyataan?

Anda, saya sayang anda. Sebab anda adalah saya.

Sebab itu saya tegur. Sebab teguran ni untuk saya dan anda.

Sekian,

Luahan Hati Anda”



Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.

Susah kan nak lawan diri dari malas? Situasi di atas merupakan satu situasi yang pernah berlaku di dalam diri saya dan mungkin pernah berlaku di dalam diri anda. Hiburan dan study, dua contoh situasi yang paling dekat dengan diri kita sebagai pelajar. Bila malas, study ditinggalkan dan hiburan dilayan. Kesian study.

Hm. Macam mana ye nak buang raksasa malas ni?

Haa, saya cadangkan berapa tips untuk melawan rasa malas. Let’s check it out.
  1. Kuatkan azam  - bila hajat anda lebih kuat dari hajat raksasa malas, anda akan menang. Hahah. Azam anda adalah bergantung pada niat anda.
  2. Mendapat bantuan orang lain – Anda boleh mengalahkan rasa malas dengan mendapat bantuan tenaga dari adik beradik atau kawan anda. Contohnya, anda boleh meminta mereka untuk mendisiplinkan anda. Setiap kali, anda cuba bermain atau berehat, minta mereka tegur anda dan heret anda ke meja membaca.
  3. Ingat pada diri anda, buat sesuatu kerana Allah, bukan kerana orang lain atau terpaksa.
  4. Ingat pada tanggungjawab. Ingat muka orang yang tersayang.
  5. Ingat masa depan dan kerjaya serta peluang di hadapan, jika aku tak buat dan malas nak buat aku akan terlepas peluang.
  6. Ingat pada diri sendiri, jika aku tak belajar hari ini bila lagi, sedangkan masa semakin suntuk.
  7. Tanamkan sikap positif dalam diri dan buang sikap buruk dan malas.
  8. Berada di samping orang-orang yang positif.
  9. Berani berkata tidak pada perkara-perkara yang melalaikan anda.
  10. Hati kena kuat, semangat kena kental.



Moga bermanfaat ye kalian. Ingat, tidak senang nak jadi orang yang senang dan tidak susah nak jadi orang yang susah. Pilihan di tangan anda.

You choose your own way 

love,
eyfaarahim