Kasih Sayang dalam kehidupan di Universiti
Selamat sejahtera dan salam perpaduan,
Saya, Lawrence Sengkuai Anak Henry merupakan pelajar kaunseling 3rd Batch. Terima kasih dan syukur kerana telah memberi saya kesempatan ini untuk berkongsi pengalaman hidup sepanjang bergelar mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak yang dicintai. Saya berasa bersyukur dan gembira kerana telah diberi peluang dan takdir telah menentukan saya untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda ini di UNIMAS dalam bidang kaunseling. Sebaik-baik kita merancang tapi perancanganNya adalah lebih baik. Disini terciptalah dan bermula kisah kasih sayang dalam kehidapan saya di sebuah universiti yang indah walaupun banyak cabaran yang perlu ditempuhi sepanjang empat semester ini.
Gambar 1: G-10
Gambar di atas menunjukkan G10 yang telah wujud sejak dari semester satu lagi yang terdiri daripada enam orang pelajar iaitu Zara, Kak Nisa. Kak Atiey, Anie, Farid dan saya sendiri. Kasih sayang diantara kami telah wujud atas kerjasama yang baik dan banyak masa yang diluangkan bersama hampir setiap minggu untuk menyiapkan tugasan berkumpulan bagi kursus falsafah kaunseling ini. Kasih sayang yang lahir daripada kami ini adalah hasil daripada komitmen yang tinggi dan persefahaman dalam bantu membantu dalam sepanjang semester satu. Akhirnya, kumpulan ini telah kekal sehingga ke hari ini di mana kami sudah seperti adik beradik kerana ada kalanya kami gurau senda dan “gaduh” antara satu sama lain. Sungguh banyak kenangan manis dan pahit yang telah dilalui oleh kami di sebuah universiti ini.
Gambar 2: Pelajar kaunseling tahun 2 bersama Dr.Amalia dan Puan Salmah pensyarah UNIMAS, Puan Hartinie pegawai psikologi di PULAPOL
Manakala gambar 2 merupakan gambar pada semester keempat ini dimana semua pelajar kaunseling tahun 2 semester 2 wajib untuk mengambil kursus ini. Pelbagai cabaran dan pengalaman yang diperolehi dalam proses pembelajaran sebagai seorang pelajar UNIMAS. Kasih sayang dalam hubungan persahabatan yang terjalin dikalangan pelajar ini telah mewujudkan satu suasana belajar yang produktif serta dapat meningkatkan kemahiran kaunseling. Saya rasa gembira kerana semua pelajar tahun dua dapat mengikuti program psikopendidikan ini bersama dengan pensyarah iaitu Dr.Amalia Madihie dan Puan Salmah.
Gambar 3: Pelajar kaunseling yang mengikuti program mobiliti pertukaran pelajar semester lepas di Universiti Utara Malaysia (UUM)
(Jasriati, Zeniefor, Grace, Rabiatun, Suzi, Lim dan saya)
Pengalaman hidup adalah bukan sesuatu yang kita nantikan tetapi sesuatu yang dicari. Saya dapat merasakan suasana belajar di UUM di mana kami dapat mengenali pelajar kaunseling di sana dan pensyarah-pensyarah. Proses pembelajaran tidak mudah berhenti dalam hidup ini kerana belajar tidak mengira masa dan di mana kita berada. Banyak pengalaman dan cabaran yang kami lalui selama satu semester berada di sana dan kasih sayang di universiti ini banyak memberi kekuatan kepada kami.
Titanium Gold & Gold - Tioga Art & Crafts
ReplyDelete› titanium-gold- › titanium-gold- Nov 22, 2019 — Nov 22, 2019 Discover the world of titanium titanium wood stoves gold, created for an exhibition titanium (iv) oxide at titanium aftershokz the titanium fishing pliers Tate Modern, London, titanium iphone case United Kingdom. Discover the world of titanium gold