Thursday, June 9, 2016



Memori tercipta :)

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada pembaca sekalian 
Kabare? (apa khabar? : Bahasa jawa). Harapnya semua waras. Sebelum saya menulis dan berkongsi lebih panjang di dalam entri ini, elok sekiranya saya memperkenalkan diri terlebih dahulu.

Alhamdulilah, nama diberi Nurhaliza Hashim boleh panggil Liza, berasal dari Johor Bahru, mempunyai 6 orang adik beradik iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan dan saya merupakan anak yang keempat. Sebelum ini saya melanjutkan pelajaran dalam bidang sains di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan selama satu tahun dan kemudian ditawarkan untuk menyambung pengajian di dalam bidang kaunseling di Universiti Malaysia Sarawak selama 4 tahun dan sekarang saya merupakan pelajar tahun 2. Saya rasa itu sahaja serba sedikit berkenaan diri saya. Okayyy, let’s start!

Memulakan langkah sebagai anak perantau di negeri Sarawak sememangnya membuatkan perasaan bercampur baur. Jauh daripada mak abah, rumah, kawan-kawan baik menimbulkan sedikit kegusaran di hati namun dek kerana hamasah (semangat) untuk merantau dan ingin melihat tempat orang, saya cekalkan hati dan bulatkan tekad. Nawaitu di hati diperbetulkan agar perjalanan mencari ilmu di bumi Sarawak ini dipermudahkan.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sepanjang 2 tahun berada di sini telah mengajar saya berkenaan banyak perkara. Pengalaman yang tidak diajar sewaktu kuliah berlangsung, tiada silibus tertentu namun perlu dilalui juga. Banyak pahit, manis, perit yang perlu dilalui dan saat-saat beginilah saya mencari kawan, teman, sahabat untuk berkongsi rasa. 

Di dalam program kaunseling sendiri yang sekarang terdiri 58 orang rakan-rakan seperjuangan telah banyak mencipta memori antara kami. Walaupun terdapat perbezaan dari segi umur, bangsa, agama namun ianya tidak menjadi batu penghalang kepada kami untuk bekerjasama dan kasih sayang antara kami mula terjalin sejak hari pertama kami saling berkenalan. 

                                           Gambar 1 : Sahabat Kaunseling (3rd Batch)

                                           Gambar 2 : Program pertama kaunseling di CCRC

                                         Gambar 3 : Teman rapat kaunseling (kila & hannan)



Selain daripada teman-teman kaunseling, kasih sayang yang terjalin antara saya dan ahli jawatankuasa Surau Bunga Raya (SUBUR) tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.  Ukhwah yang dibina, susah senang bersama menganjurkan program, mencari dana, mengviralkan poster bagi memastikan para pelajar hadir tersimpan kemas di memori saya.  SUBUR ibarat bilik kedua saya, sahabat-sahabat umpama adik beradik sendiri. Solat berjemaah, iftar bersama di dalam talam setiap hari Isnin dan Khamis mengeratkan lagi ukhwah antara kami. Moga-moga kerja dakwah kami ini yang tidak seberapa ada nilai di sisi Allah.
                                                                                                          Gambar 4 : Rehlah SUBUR


 
 
 Gambar 5 : Program SUBUR                                           Gambar 6 : Lajnah Musolla 15/16



                                                 Gambar 7 : Kenangan menjadi fasilitator

Akhir sekali, nilai persahabatan tidak mampu dibeli dengan nilai wang ringgit. Hargailah mereka yang berada di sisi kita tika susah dan senang. 

SAHABAT. 
Uhibbuki fillah abadan abada. <3


 






                            

No comments:

Post a Comment