Persahabatan
Umpama Sejambak Bunga
Melalui kehidupan di universiti adalah suatu
pengalaman yang berharga yang akan disematkan di dalam hati dan sanubari hingga
ke akhir hayat setiap individu. Universiti bukanlah hanya suatu pusat atau
tempat untuk belajar mengenai akademik semata-mata, malah ia mengajar apa itu
‘kehidupan’. Ia suatu kenangan yang manis dan terpahat di hati.
Bergelar seorang pelajar kaunseling dan melalui
beberapa fasa dalam diri yang berjaya mengubah diri ini dari seorang yang kerap
menangis apabila menghadapi masalah kepada seseorang yang mampu untuk duduk dan
memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Ia mendidik diri
ini secara tidak langsung bahawa diri kita adalah apa yang kita fikirkan.
Selain itu, suatu yang sangat manis adalah apabila
menjadi sebahagian daripada keluarga kaunseling di sini. Bersama
pensyarah-penyarah yang sangat baik hati, banyak membantu, sentiasa membimbing
pelajar dari sudut sahsiah, akademik mahupun berkaitan program dan sebagainya.
Tidak dilupakan rakan-rakan yang sentiasa bersama susah senang, gelak ketawa
beersama dan juga menangis bersama adalah suatu hadiah yang sangat manis.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mempertemukan diri ini dengan insan-insan yang
hebat ini.
Persahabatan itu ibarat sejambak bunga, ia melitupi
kuntuman bunga yang lain dalam satu bekas. Begitulah keakraban kami yang
sentaiasa bersama dari tahun satu hingga sekarang dan dengan izin Allah hingga
ke akhir hayat. Tidak dapat dilupakan pengalaman yang sentiasa mengendalikan
program bersama-sama, belajar dari masing-masing kelebihan dan kekurangan dan
juga menerimanya dengan baik. Benarlah bahawa, seandainya kita mengikat sesuatu
dengan hati, nescaya keikhlasan dan kasih sayang yang terbina itu amat tinggi
dan mahal. Kami erbeza etnik, berbeza budaya, berbeza dialek dan percakapan
juga latar belakang keluarga yang berbeza, namun itu bukan suatu halangan dalam
menyatukan hati dan jiwa kami semua dalam istilah persahabatan.
Norsapika
bt Dzulkifli (49887),
Pelajar Kaunseling,
Universiti Malaysia Sarawak.
Pelajar Kaunseling,
Universiti Malaysia Sarawak.
Gambar bersama rakan sekelas di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuching.
No comments:
Post a Comment