Monday, May 4, 2015

Peranan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di Sekolah

Peranan Pembimbing Rakan Sebaya [PRS]

 Gambar bersama kaunselor sekolah, barisan fasilitator dan peserta kursus PRS SK Haji Abdul Kadir  Hassan Kuching.
 Gambar barisan fasilator bersama kaunselor sekolah, Encik Azizi.

Definisi Rakan Sebaya:
Rakan sebaya disifatkan sebagai seseorang yang menyediakan penerimaan, keselamatan dan kesetiaan. Rakan yang sebenarnya tidak akan menceritakan sesuatu perkara yang buruk di belakang kita. Mereka juga akan datang jika memerlukan mereka. Rakan akan memahami bukan sahaja diri anda tetapi juga masalah yang dihadapi (Felthem, 1997).

Definisi Pembimbing Rakan Sebaya:
Pembimbing rakan sebaya adalah individu yang masih bersekolah yang menggunakan konsep dan kemahiran menolong untuk membantu pelajar-pelajar lain, kadang-kadang orang dewasa, menjelajah beberapa alternatif di dalam satu-satu keadaan dan membuat keputusan yang berkesan dan bertanggungjawab (Myrick & Bowman, 1981).

Peranan Pembimbing Rakan Sebaya [PRS]:
Menurut Ea, Nachiappan dan Mukti (2011), pembimbing rakan sebaya memainkan beberapa peranan yang penting. Antaranya ialah:
        i.     Mengesan jenis-jenis perkhidmatan kaunseling serta program-program yang diperlukan oleh pelajar-pelajar.
      ii.         Penghubung kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Misalnya, pembimbing rakan sebaya akan  menunjukkan kes-kes tertentu kepada guru kaunseling sekolah.
    iii.            Bertindak sebagai saluran tidak formal bagi pelajar-pelajar yang ingin mencurah perasaan.

Zulkifli Yusof (1988) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam buku Panduan Pelaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah, tugas-tugas lain Pembimbing Rakan Sebaya ialah:
        i.            Berhubung dengan pelajar yang sebaya dan mengenal mereka yang bermasalah.
      ii.            Memberi penjelasan mengenai dadah, arak, merokok, hubungan jantina dan rogol. Sekiranya perlu pembimbing rakan sebaya akan merujuk masalah kepada guru bimbingan dan kaunseling dengan persetujuan mereka.
    iii.            Membantu pelajar yang menghadapi masalah akademik.
     iv.            Membantu melatih kumpulan sebaya untuk persediaan sebagai kaunselor sebaya.
       v.            Bertindak sebagai tutor membantu pelajar-pelajar yang sebaya dalam bidang akademik.
     vi.            Membantu dalam aktiviti-aktiviti orientasi para pelajar baharu, mengelolakan kelab bimbingan sekolah, perpustakaan bimbingan, papan kenyataan bimbingan dan aktiviti-aktiviti lain yang ada kaitan dengan bimbingan kerjaya/ pekerjaan.

     *Saya telah membuat kajian mengenai peranan PRS di sekolah dalam tugasan research methology. Oleh itu, saya ingin mengongsikan dapatan saya. Saya dulu ialah mantan PRS sekolah dan pengerusi di sekolah saya dan pernah mengikuti beberapa kursus PRS. Baru-baru ini, saya telah mengikuti kursus PRS di SK Haji Kadir Abdul Hassan dan telah melihat kesungguhan kaunselor sekolah untuk memperkasakan peranan PRS di sekolah dalam membantu rakan sebaya dan kaunselor sekolah.  PRS umpama kaunselor sebaya untuk rakan sebaya di sekolah. So, mari bantu diri untuk bantu orang lain.

            Terima Kasih..

Sumber:
Cowie. H. & Wallace. P. (2000), Peer Support In Action, London: SAGE Publications.
Ee, A. M., Nachiappan, S., & Mukti, T. A. (2011), Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling,               Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Zulkifli Yusof. (1988), Panduan Pelaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di     Sekolah, Kuala Lumpur: Times Books  International.
Zuraidah Abdul Rahman. (1998), Boleh Saya Tolong Anda, Kuala Lumpur: Times Books         International.

Dipost oleh:
Viana Mah,44531


3 comments:

  1. Tahniah Viana di atas perkongsian entri yang pertama pada tahun ini! =)

    Yeap, sungguh besar peranan PRS. Seperti perumpamaan berkawan dengan si tukang minyak wangi, harumnya mewangi melekat, berkawan dengan si tukang besi, melekatla bau besinya pada kita. Diharap para PRS akan sentiasa berbau harum mewangi dan dapat mengajak rakan pelajar yang lain ke arah kebaikan.

    Untuk makluman, antara pengasas PRS di sekolah adalah Pn Zuraidah Abdul Rahman yakni barisan tenaga pengajar di Jabatan Kaunseling, UNIMAS suatu ketika dahulu.

    ReplyDelete
  2. Good job efung. Sentiasa la menyokong PRS okey. And terima kasih sebab gambar saya ada masuk sekali. hehe

    -Gloria-

    ReplyDelete
  3. Ambo nk cari hk sussman. Definisi dio gano..

    ReplyDelete