Tuesday, May 26, 2015

Oleh: Gloria Anak Dennis (41317)
Hari Gawai
Hari Gawai merupakan salah satu perayaan di Sarawak. Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat etnik Sarawak iaitu masyarakat Iban dan Bidayuh. Perayaan Gawai ini disambut pada akhir bulan Mei iaitu 31 Mei atau awal bulan Jun setiap tahun. Ia disambut meriah oleh masyarakat di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman air tuakdan bersuka ria.
Tuak diperbuat daripada sejenis beras dipanggil "Beras Pulut". Beras tersebut akan di rendam bersama air di dalam tempayan atau dikenali sebagai "Tajau". Proses tersebut akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ia boleh diminum dan beras tersebut juga akan menjadi sejenis makanan dipanggil "Nasi Tapai". Namun pada masa kini proses pembuatan tuak berlainan sedikit iaitu selain dibuat menggunakan beras pulut, ia juga dicampur dengan gula pasir supaya rasanya manis. Biasanya Tuak akan dihidangkan pada perayaan tertentu seperti perayaan Gawai Dayak, Gawai Hantu,Gawai Burung dan sebagainya. Selain daripada masyarakat Iban, terdapat juga masyarakat lain seperti Bidayuh, Orang Ulu juga membuat tuak dengan cara mereka sendiri. Tuak juga boleh membawa kesan yang mudarat seperti mabuk, khayal,muntah sekiranya diminum berlebihan.Gambar di bawah menunjukkan gambar air tuak yang disediakan semasa hari Gawai.

Gambar 1: Air Tuak
Hari Gawai turut dimeriahkan dengan tarian Ngajat. Ngajat merupakan satu tarian semasa menyambut perayaan Hari Gawai di kalangan orang Iban di Sarawak.Ngajat ini dipersembahkan oleh kaum lelaki dan perempuan.  Kaum lelaki akan memakai pakaian tradisional seperti ‘sirat’, ‘gagung’ atau baju burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan tetapi tidak dijahit pada bahagian kiri dan kanan seperti dalam Gambar 2. Penari juga akan memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung.
Gambar 2: Kaum Lelaki
Manakala kaum perempuan menggunakan pakaian yang dikenali sebagai Ngepan. Ia merupakan pkian tradisional suku kaum Iban. Asal usul Ngepan dipercayai berasal daripada seorang gadis yangbernama Kumang pada zaman dahulu. Kumang merupakan seorang wanita yang pandai membuat sebarang kerja wanita seperti bertenun, ngebat, membuat anyaman dan lain-lain. Selain itu, beliau dahulu bukan sahaja terkenal dengan kecantikan beliau tetapi beliau mempunyai sikap yang baik kepada orang lain.
Kemahiran yang ada pada Kumang telah menghasilkan pakaian tersebut telah menjadi rujukan sebagai pakaian tradisional bagi masyarakat iban. Lengkap dengan perhiasaan perak, tembaga, manik dan kain yang dibuat daripada pelbagai corak telah menjadikan Kumang sebagai model bagi pakaian tradisional ini.
Secara keseluruhannya, pengekalan pakaian tradisional ini amat penting supaya generasi masa kini dan hadapan dapat mengetahui budaya pakaian tradisional kaum Iban teruntamanya pakaian tradisional perempuan kaum Iban di Sarawak. Keunikan dan keistemewaan yang ada pada pakaian ini menunjukkan ketinggian budaya sebagai pakaian kebudayaan masyarakat Iban di Malaysia.
Ngepan Iban yang dikenakan semasa perayaan khas seperti Pekit Kumang, biasanya dipakai lengkap bersama beberapa hiasan seperti sugu tinggi, tali mulung, rawai, tumpa bentuk. Buah pauh, gerunchung (gelang kaki), lampit, selampai dan tango.
Gambar 3: Pakaian Ngepan

Sekian, terima kasih.






2 comments:

  1. Perkongsian yang sangat menarik, teringin untuk saya melihat dan merasai perayaan gawai di sarawak,,sebelum menamatkan pengajian di UNIMAS. Satu perayaan yang unik dalam budaya di negara kita (fatin)

    ReplyDelete
  2. Tidak sabar saya mau balik bergawai. Jumpa family.. Ngabang ( berkunjung) ke rumah saudara dan kawan2. (Shindy)

    ReplyDelete