Friday, May 15, 2015

Apakah TRAUMA Kaunseling?



Trauma adalah  suatu keadaan mental disebabkan oleh satu kejutan serius, yang membawa kesan yang berpanjangan. Pengalaman yang tidak selesa menyebabkan individu merasa resah dan sedih.  Reaksi kepada trauma adalah pengalaman trauma akan menghasilkan kejutan emosi dan boleh menyebabkan individu mengalami masalah emosi. Rawatan yang diperlukan adalah kaunseling dengan pendekatan kognitif-tingkahlaku, terapi berkumpulan. Individu akan bercakap tentang pengalaman yang dialami dalam situasi yang terkawal  serta memberi peluang kepada mangsa untuk bercerita tentang kejadian boleh mengurangkan simptom post traumatic stress disorder.

SIMPTOM KRISIS/TRAUMA

1) Reaksi Emosi - Kebimbangan, ketakutan, panik, serangan panik, rasa bersalah, marah, kecewa, kebas dan kejutan
2) Reaksi kognitif - Keasyikan dengan peristiwa, keliru, kurang daya tumpuan dan perhatian, disorientation, keliru imej dan tempat, flashback, mimpi buruk, hilang kepercayaan, paranoid, sangka negatif, sukar mengingat peristiwa, pemikiran obsesi dan ketidakupayaan untuk memahami reaksi sendiri
3) Reaksi Tingkah Laku - Menarik diri, keletihan, sikap acuh tak acuh, mengelak aktiviti sosial, penggunaan dadah, marahkan Tuhan, menangis, anti-sosial, tidak memberi respond dan histeria.
4) Reaksi Fisiologi - Pening, berpeluh, menggeletar, loya, cirit-birit, hilang selera makan, sakit badan, masalah penghadaman, masalah hubungan seksual.

OBJEKTIF

  1. Untuk mengurangkan stress/ketegangan dan kekecewaan di tempat kerja
  2. Untuk meningkatkan keyakinan mengenai kemahiran dan kebolehan di tempat kerja
  3. Untuk menstabilkan emosi dan meningkatkan produktiviti
  4. Untuk mengurangkan kebimbangan dan tingkahlaku yang tidak diingini
  5. Untuk mengurangkan dan mengikis sikap dan perasaan negatif
  6. Untuk mengurangkan penderitaan emosi yang disebabkan oleh kejadian traumatik

INTERVENSI KRISIS DAN KAUNSELING TRAUMA

Jika berlaku peristiwa traumatik, intervensi krisis dijalankan 24 hingga 27 jam selepas peristiwa traumatic berlaku yang dikenali sebagai ‘trauma debrifing’.  Bantuan awal dari aspek psikologi perlu diberikan. Kaunseling trauma akan diberikan selepas 4 minggu, jika terdapat symptom krisis seperti ketidakseimbangan emosi, kognitif, tingkah laku dan reaksi fisiologi. Jika selepas kaunseling trauma, klien pulih selepas 8 hingga 12 minggu selepas peristiwa traumatic tersebut, maka klien dianggap pulih tetapi jika sebaliknya klien perlu rujukan Post Traumatic Stress Disorder  kerana mengalami stres yang teruk dan perlu dirujuk kepada pakar perubatan.

THE SIX – STEP MODEL

Mendengar                                                     Tindakan
Definasi Masalah                                             Mencari alternatif
Keselamatan                                                    Perancangan
Sokongan                                                         Komitmen


Kaunseling trauma memerlukan latihan yang khusus berikut:
1. Kenal pasti klien yang telah/sedang mengalami peristiwa traumatik
2. Kenal pasti simptom-simptom trauma iaitu mungkin PTSD
3. Berkebolehan membuat rujukan ke tempat yang betul untuk kaunseling atau intervensi yang spesifik


PROSES KAUNSELING TRAUMA
L1: Pengesahan trauma
L2: Penceritaan semula
L3: Menormalkan simptom
L4: Penerokaan aspek psikososial dan alternatif
L5: Menggalakkan penguasaan diri
L6: Perancangan dan susulan

oleh: Aswin Kaur A/P Shabag Singh, 40632

No comments:

Post a Comment