Tuesday, May 26, 2015

Gaya Hidup Sihat


Apakah yang dimaksudkan dengan gaya hidup sihat..?
         
Gaya hidup sihat dikaitkan dengan konsep mengamalkan gaya hidup yang sihat di dalam diri seseorang itu. Media massa, sering kali menyiarkan berita tentang gaya hidup yang sihat ini. Diantara contoh gaya hidup yang sihat ialah mengamalkan diet yang mencukupi, minum air yang cukup, bersenam. Bijak menangani stress, mengamalkan tidur yang berkualiti. Mengaplikasikan terapi aromaterapi dan penjagaan kulit.

Pertama, aspek pemakanan yang seimbang menjadi penentu di dalam gaya hidup yang sihat. Pemakanan seimbang terutamanya pengambilan buah-buahan seperti anggur, epal, jambu batu dan sebagainya dapat membantu badan daripada diserang oleh penyakit. Selain itu, seseorang itu boleh mengambil makanan berdasarkan piramid makanan yang seimbang. Makanan yang berkolesterol tinggi seperti kek, coklat, ais krim patut dikurangkkan pengambilannya kerana makanan yang sebegini merupakan penyebab penyakit-penyakit kronik seperti kanser usus, penyakit jantung, obesiti dan sebagainya.


Selain itu, untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat ialah dengan mengelakkan diri daripada merokok. Rokok mengandungi pelbagai bahan yang membahayakan nyawa manusia dan seterusnya membawa maut. Misalnya, sebatnag rokok mengandungi nikotin, tar, karbonb dioksida, bahan pelarut dan sebagainya. Kesan merokok ialah seperti mengalami penuaan yang cepat, kanser tiroid, kanser jantung, katarak mata, gigi menjadi kuning dan pelbagai penyakit kronik yang lain.


Langkah yang seterusnya ialah dengan mengamalkan amalan tidur yang berkualiti. Badan manusia memerlukan rehat yang mencukupi. Oleh itu, badan manusia memerlukan tidur yang sekurang-kurangnya lebih daripada 8 jam sehari. Tidur yang cukup membolehkan otak mendapat rehat dan aliran oksigen yang secukupnya. Selain itu, elakkan daripada tidur yang berlebiahan kerana tidur berlebihan menyebabkan badan menjadi lemah. Penyakit yang timbul akibat kurang mendapat tidur yang mencukupi ialah penyakit insomnia. Penyakit insomnia ini dikaitkn dengan kesukaran untuk tidur pada waktu malam.


Kesimpulannya, dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat, seseorang itu akan mendapat pelbagai manfaat. Selain itu, dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat ini, dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit. Bak kata pepatah “sediakan paying, sebelum hujan”.

Sekian, terima kasih.
Oleh, Abdul Salim bin Mohd Haris
40339

1 comment: