Assalamualaikum,
Salam Sejahtera & Salam UNIMAS ku sayang !
Terlebih
dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya Dr.
Amalia serta saudari & saudara semua kerana telah sudi memberi peluang
kepada saya untuk berkongsi nukilan blog saya pada kali ini. Nukilan blog saya
adalah mngenai Kasihku di Sarawak, Sayangku di UNIMAS!
Perkataan
kasih sayang sering kita dengar dari bibir ke bibir masyarakat tidak kira umur,
bangsa, agama, pegangan mahupun warna kulit ianya sering disebut dari golongan
muda , golongan dewasa dan sehinggalah golongan tua. Kasih sayang merupakan
suatu fitrah yang amat bernilai dalam diri manusia. Ia adalah suatu aktiviti
mental yang rasional dan logikal. Setiap individu hendaklah mengendalikan
hubungan dengan penuh tanggungjawab sehingga tercapai matlamat kebahagiaan di
dalam kehidupannya. Kebolehan dalam mencurahkan kasih sayang merupakan asas
dalam pembinaan keluarga bahagia. Ini kerana setiap anggota keluarga mampu menunjukkan
kasih sayang sesama mereka bagi mengeratkan hubungan.
Kasih
sayang sangat penting untuk menjamin kesejahteraan masyarakat. Kesediaan
mengambil berat, memberi perhatian, tolong-menolong, bertolak ansur dan menjaga
kebajikan adalah antara ciri-ciri penting untuk melahirkan masyarakat dan
keluarga yang harmoni. Kasih sayang adalah antara sifat yang dituntut oleh
Islam. Jika masyarakat kita kurang mengamalkan sikap penyayang bererti mereka
tidak mengamalkan Islam secara keseluruhannya.
Bercerita
dengan perihal kasih sayang di universiti, kasih sayang teramatlah penting
untuk menjamin kesejahteraan perhubungan kita sesama mahasiswa. Kasih sayang
yang ingin saya tekankan disini adalah kesediaan kita sebagai mahasiswa
universiti untuk mengambil berat, memberi perhatian, tolong-menolong, bertolak
ansur dan menjaga kebajikan bersama-sama dengan mahasiswa yang lain. Hal ini
adalah untuk melahirkan mahasiswa yang hormani dan aman damai tanpa ada
perselisihan faham yang kita tidak mahukan.
Hal
ini juga adalah bertujuan untuk kita sebagai mahasiwa merapatkan hubungan
dengan keluarga baru kita di universiti. Bercerita tentang keluarga baru di
universiti iaitu UNIMAS, saya sangat beruntung dan bersyukur dapat dipertemukan
dengan keluarga baru saya iaitu keluarga “3rd Batch Counselling UNIMAS”!
Sejujurnya ini adalah kali pertama saya berjauhan dari keluarga saya yang
berada di Limbang, dan inilah juga kali pertama saya keluar dari tempat
kelahiran saya walaupun sama negeri namun daerah berlainan. Berjauhan dengan keluarga
sendiri memang menyedihkan lebih-lebih lagi saya seorang anak perempuan bongsu
didalam keluarga yang tidak pernah berjauhan dengan keluarga dalam tempoh yang
lama.
Kesedihan
ini dapat dibendung dengan kehadiran keluarga baru saya di UNIMAS, kehadiran
rakan-rakan sekelas, serumah dan seuniversiti serba sedikit dapat mengubat
kerinduan keluarga yang jauh. Hubungan yang erat telah membuat kami semua
menjadi satu keluarga yang bahagia walaupun kami berlaian agama, bangsa,
jantina serta pegangan kami tetap menjadi sebuah keluarga yang saling kasih
mengasahi antara satu sama lain layaknya seperti adik beradik didalam satu
rumah “3rd Batch Counselling UNIMAS”.
Sesi Pengambaran Tahun 2, Semester
1.
Gambar 1: Keluarga “3rd Batch
Counselling UNIMAS”, UNIMAS
Sesi Pengambaran Tahun 2, Semester
2.
Gambar 2 : Keluarga “3rd Batch
Counselling UNIMAS”, UNIMAS
Selain daripada
keluarga “3rd Batch Counselling UNIMAS”, saya juga mempunyai sebuah keluarga
rapat yang terdiri daripada 9 orang kawan-kawan rapat saya di universiti dari
saya masuk sehinggalah sekarang. Saya telah menganggap mereka seperti adik
beradik saya kerana dengan merekalah saya meluah, bermanja, meluang masa
bersama dan melakukan pelbagai aktiviti bersama walaupun kami berasal dari
negeri yang berbeza namun kasih sayang antara kami sangat erat. Perhubungan kasih sayang antara kami ini telah
membuat kami selalu merancang melakukan aktiviti bersama sebagai contoh keluar
shopping bersama, pergi bercuti bersama, bersiar-siar di sekitar Kuching bersama
serta pelbagai aktiviti lagi kami lakukan bersama. Walaupun masing-masing sibuk
dengan tugasan namun kami akan mencari satu masa yang dimana kami semua free
untuk keluar meluangkan masa bersama.
Keluarga yang
saya maksudkan adalah keluarga “ Cheersleader ” saya ! terima kasih girls
kerana kamu semua sudi menerima saya seperti keluarga kamu walaupun kita
berbeza negeri. Saya berharap hubungan keluarga kita lebih erat dengan kasih
sayang dari segi kesediaan mengambil berat, memberi
perhatian, tolong-menolong, bertolak ansur dan menjaga kebajikan antara satu
sama lain. Dengan adanya keluarga ini saya dapat merasa dengan kehadiran
seorang kakak dan kehadiran seorang adik yang tidak akan saya dapat rasakan di
rumah (anak bongsu) . Saya sangat beruntung dan bersyukur telah dipertemukan
dengan kamu semua di Universiti Malaysia Sarawak ini.
Gambar ketika bersiar-siar ke
Taman Sahabat, Kuching
Gambar 3 : Keluarga
“Cheersleader”.
Gambar ketika bercuti ke
Saratok
Gambar 4 : Keluarga
“Cheersleader”.
Kesimpulanya,
kasih sayang yang terjalin antara kami semua tidak kira didalam keluarga “3rd
Batch Counselling UNIMAS”, UNIMAS mahupun keluarga “Cheersleader” saya adalah hubungan kasih sayang
persahabatan antara kami untuk menjadikan keluarga ini lebih dimeriahkan dan
dieratkan dengan kasih sayang yang kami curahkan bersama-sama dalam membina
keluarga yang bahagia ini. Sikap mengambil berat,
memberi perhatian, tolong-menolong, bertolak ansur dan menjaga kebajikan semua
ahli keluarga juga salah satu faktor terbina keluarga ini. Pelbagai pengalaman
manis ataupun kenangan pahit yang telah dilalui bersama banyak mengajar kita
erti persahabatan yang sejati dan membuatkan kita sehati sejiwa dalam membina
keluarga dengan aman dan damai.
Sekian
nukilan dari saya, Terima
Kasih.
Yang
Ikhlas,
Nurul
Asyikin Binti Wasli
49956
Rujukan
:
Mat
Saat Baki. (1987). Cinta Dan Kasih Sayang – Siri Keluarga Bahagia.Cet.1, Kuala Lumpur:
Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
Blog yang baik, mempunyai perjalanan kisah yang jelas. Hasil nukilan yang sempurna
ReplyDeleteBlog yang baik, mempunyai perjalanan kisah yang jelas. Hasil nukilan yang sempurna
ReplyDelete