Assalamualaikum dan salam
sejahtera buat semua pembaca. Saya Jasriati Bt Adi (47067) pelajar kaunseling
tahun 2 di Universiti Malaysia Sarawak. Selamat membaca J
'SOKONGAN'
Kehidupan
universiti yang sangat mencabar menuntut kita untuk sering mendapatkan sokongan
daripada orang sekeliling. Sokongan ini walau dalam bentuk apa sekalipun akan
memberi kesan yang mendalam pada diri seseorang. Tidak dinafikan sekuat mana
seseorang pasti mereka mempunyai seseorang yang istimewa dalam hidup untuk
menyalurkan sokongan kepada mereka.
Sokongan ini boleh terjadi
dalam bentuk apa sekalipun. Namun, dalam hasil tulisan ini, saya akan
memfokuskan kepada sokongan dalam bentuk ‘kasih sayang’. Bagaimana sokongan
dalam bentuk kasih sayang ini memmberi kesan kepada seseorang? Daripada siapa
kasih sayang ini kita peroleh? Apakah kaitan sokongan dalam bentuk kasih sayang
ini terhadap kehidupan di universiti?
Pada pendapat saya,
kehidupan di universiti sebagai seorang pelajar adalah sangat mencabar. Setiap
hari dilalui dengan pelbagai ragam rakan sekelas dan orang sekeliling yang
kadang-kadang merupakan orang asing kepada kita. Jauh sekali perbezaan
kehidupan universiti dan semasa berada di sekolah. Perbezaan ini menyebabkan
sesetengah daripada kita sukar untuk menyesuaikan diri. Malah terdapat beberapa
rakan saya hampir berputus asa untuk meneruskan pengajian. Setiap hari saya
perhatikan wajah setiap seorang rakan-rakan saya. Gembira, teruja namun
terdapat juga yang muram, sedih dan memendam perasaan. Setiap orang mempunyai
latar belakang yang berbeza. Kehidupan yang dilalui juga berbeza. Namun, selagi
mana bergelar seorang pelajar di universiti apa yang kita hadapi setiap hari
adalah sama. Kuliah, tugasan, projek, kawan-kawan yang menggembirakan,
pensyarah yang pelbagai dan macam-macam lagi.
Kehidupan di universiti
ini kadang-kadang menjadi sangat berat dan sukar atas sebab pelbagai faktor.
Emosi sebagai seorang pelajar boleh berubah pada bila-bila masa. Ada ketika
kita memerlukan seseorang malah ada ketika kita ingin bersendirian. Saya yakin
dan percaya sekalipun kita ingin bersendirian pasti jauh di sudut hati
mengharapkan seseorang untuk memberi perhatian kepada kita.
Oleh itu, di sini saya ingin
menekankan bahawa sokongan itu amatlah penting. Kita mungkin tidak mampu untuk
menyalurkan sokongan dalam bentuk wang ringgit namun, nilai kasih sayang yang
kita terapkan dalam diri dan salurkan kepada orang lain sedikit sebanyak
membantu untuk memulihkan semangat seseorang. Sekalipun seseorang itu sedang
bergembira jangan dianggap mereka tidak memerlukan sokongan kita. Untuk terus
maju ke depan dan mengekalkan kejayaan yang diperoleh, mereka masih memerlukan
sokongan orang sekeliling.
Sokongan ini boleh kita
peroleh daripada kawan-kawan dan juga pensyarah. Ini adalah kerana mereka adalah
orang yang paling dekat dengan kita semasa di universiti khususnya. Namun,
tidak kita lupa bahawa ibubapa di kampung juga memberikan kita sokongan yang
tidak pernah putus walaupun dikejauhan. Kerana sokongan dan kasih sayang mereka
merupakan salah satu sebab untuk kita sebagai pelajar terus bersemangat
meneruskan pengajian di universiti.
Mengikut pengalaman
sendiri, mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan penyarah adalah sesuatu
yang sangat bermakna. Kasih sayang yang mereka salurkan merupakan semangat
untuk terus meneruskan kehidupan universiti yang sangat mencabar. Apa yang kita
lalui sebagai pelajar telah dilalui oleh pensyarah kita. Oleh itu, segala
nasihat yang mereka berikan itu adalah amat berharga kerana mereka bercakap
melalui pengalaman yang telah mereka lalui.
Sebagai kesimpulan,
sokongan berbentuk kasih sayang adalah elemen kasih sayang yang dapat saya
rasai sepanjang melalui kehidupan di universiti. Tiada yang lebih bermakna
daripada mendapat sokongan daripada orang sekeliling lebih-lebih lagi ketika
dalam keadaan yang mendesak dan tertekan. Kehidupan universiti menjadi indah
apabila kasih sayang itu dapat dirasai daripada orang di sekeliling kita. Ini
menjadi semangat untuk kita terus berjuang menghadapi hari-hari sepanjang di
universiti.
Gambar Hiasan
‘The
most beautiful thing cannot be seen or even touched, but it can be felt by
heart’
Terima Kasih kerana membaca.
Jasriati Adi
47067
No comments:
Post a Comment