Assalammualaikum dan salam sejahtera semua, saya Nur Masriana binti Suwadi (48339), minggu ini merupakan giliran saya untuk menulis di blog ini. Saya berharap agar anda semua "enjoy" membaca penulisan saya dan sebarang komen bolehlah disuarakan. Terima kasih. Selamat membaca.
Apabila kita
bercakap mengenai cinta, apa yang terlintas difikiran kebanyakkannya adalah
cinta terhadap manusia seperti cinta kepada ibubapa, keluarga, kawan-kawan
mahupun kekasih. Topik seperi ini pada pandangan saya telah menjadi “cliché”
kerana saya pasti ramai yang berkongsi tentang cinta kepada manusia. Jadi saya
ingin berkongsi topik yang agak lain daripada topik biasa iaitu cinta terhadap
alam sekitar. Mungkin tidak ramai yang bercerita mengenai topik ini kerana
sebagai manusia biasa kita kebiasaannya tidak terlalu peka terhadap kepentingan
alam sekitar kepada diri kita. Sebelum saya berkongsi dengan lebih mendalam
mengenai topik ini, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman pertama saya
mendaki Gunung Santubong, Sarawak bersama rakan-rakan iaitu seramai lapan orang
pada cuti “good Friday” pada baru-baru ini yang mempunyai ketinggi 3060m. Saya
sangat bersyukur kerana berpeluang mendaki Gunung ini sehingga ke puncak
walaupun beberapa kali kami ingin berputus asa kerana keadaan fizikal yang
tidak begitu “fit” kerana jarang melakukan senaman. Hal ini merupakan kejayaan
buat kami kerana selamat sampai di puncak gunung tanpa sebarang kecederaan
walaupun sampai dalam keadaan yang sangat letih.
Gambar
1: Bersama rakan-rakan di puncak Gunung Santubong, Sarawak.
Apa yang ingin
saya kaitkan dengan cinta kepada alam sekitar dengan pengalaman saya mendaki
gunung adalah sepanjang saya berada berada di dalam hutan tersebut, saya dapat
melihat dan merasai setiap keindahan alam sekitar yang Tuhan ciptakan di atas
bumi ini. Saya merasa amatlah rugi sekirannya alam sekitar yang indah ini
dikotori oleh tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab. Saya dapat
merasai setiap batu-batuan, tumbuh-tumbuhan dan tanah dengan secara langsung kerana
saya bersentuhan dengan makhluk Tuhan yang tidak bernyawa ini apabila saya
memerlukan sokongan untuk mendaki ke atas. Sebagai pelajar di alam universiti
ini, bagi saya, amatlah penting untuk kita belajar untuk mencintai alam sekitar
kerana alam sekitar juga memberi kita sesuatu ilmu yang perlu kita terokai
untuk dapatkan ilmu tersebut sebab itu pentingnya kita mencintai alam sekitar.
Kita perlu sedaya upaya untuk menjaga alam sekitar dengan baik supaya lebih
banyak rahsia alam yang akan kita pelajari. Dari alam universiti lagi kita
perlu mendidik diri supaya cintakan alam sekitar supaya apabila kita dewasa
kelak dan mempunyai anak-anak, kita boleh menjadi contoh yang baik kepada
mereka.
Mencintai alam
sekitar mampu memberi rasa tenang kepada diri iaitu dengan melihat kehijauaan
daun-daun dan mendengar deruan air yang mengalir. Perasaan yang sama semasa
saya dalam perjalanan ke puncak gunung iaitu perasaan tenang dan tidak terlalu memikirkan
masalah yang ada kerana terleka menghayati keindahan alam sekitar di sekeliling
saya sewaktu itu. Pada sekitar tahun 2007, terdapat berita mengenai projek
“santubong cable car” yang bernilai 50 juta ringgit. Kesan daripada projek “cable car” ini akan memusnahkan keindahan
yang ada pada gunung tersebut. Saya percaya bahawa jika projek ini dijalankan
pasti banyak tumbuh-tumbuhan di hutan tersebut akan dimusahkan dengan begitu
kejam. Hal ini terjadi kerana kurangnya kecintaan kepada alam sekitar dan hanya
memikirkan tentang keuntungan semata-mata. Jika anda berpeluang mendaki Gunung
Santubong ini anda akan melihat terdapat papan notis yang bertulis “Save Gunung
Santubong from Cable car project”. Hal ini sangat jelas mengatakan bahawa hanya
manusia yang betul-betul mencintai alam sekitar yang akan mempertahanankan
keindahan alam ini. Jika kita mempunyai ilmu pasti kita akan jelas bahawa
projek sebegini akan memberi banyak kesan negatif daripada kesan positif. Saya
amat bersyukur kerana projek ini masih tidak dijalankan kerana menurut laporan
berita pada tahun 2014 oleh Borneo post online, Datuk Amar Abang Johari Tun
Openg iaitu menteri pelancongan negeri Sarawak, mengatakan bahawa untuk
menjalankan projek ini pihak penganjur perlu mengambil tahu akan risiko projek
ini dijalankan.
Kesimpulannya,
saya menyeru supaya kita sama-sama menjaga alam sekitar dengan menanamkan sifat
cinta akan alam sekitar dalam diri sendiri kerana mencintai alam sekitar mampu
menyelamatkan keindahan alam ini.
Gambar
2: Tumbuh-tumbuhan hijau
Nurkilan,
Nur Masriana binti Suwadi
Rujukan
Santubong Cable Car Project
(2014, May 10). Santubong cable car project needs EIA report-Abg Jo. Borneo
Post Online, retrieved from http://www.theborneopost.com2014/05/10/santubong-cable-car-project-needs-eia-report-abg-jo/
No comments:
Post a Comment