“Kasih Sayang Dalam Kehidupan
Universiti”
Assalamualaikum
kepada pembaca dan rakan-rakan blogger..
saya dahulukan tema pada kali ini dengan sepotong ayat daripada ayat suci
al-Quran:
“Dialah
Allah, yang Mencipta sekalian makhluk; yang mengadakan (daripada tiada kepada
ada), yang Membentuk rupa (makhluk-Nya menurut yang dikehendaki-Nya); bagi-Nya
nama-nama yang sebaiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepada-Nya segala yang
ada di langit dan bumi; dan Dialah yang tiada banding-Nya, lagi Maha Bijaksana.
”
(surah al-Hasyr
59:ayat 24)
Alhamdulillah, Allah telah mencukupkan semua yang kurang,
malah di setiap ujian yang berlaku juga ada hikmahnya. Masuk ke alam universiti
bermakna saya akan mempunyai keluarga baru. Bukan satu tapi banyak. Bukan
sebangsa tetapi pelbagai bangsa. Bukan sekampung tapi seluruh dunia.
Alhamdulillah kerana saya masih dapat mempunyai keluarga dimana sahaja. Satu
hari nanti, saya akan merindui keluarga ini. Allah, betapa sedihnya hati ini
mengingatkan perkara ini kerana saya sangat mencintai keluarga ini kerana-Mu ya
Allah.
Menjadi impian sejak kecil untuk masuk ke alam universiti
kerana saya dapat meneroka tempat yang baru. Belum pun terfikir akan makna
Kasih Sayang yang akan hadir selepas menjejakkan kaki di Menara gading kononnya.
Tidak dapat saya nafikan bahawa insan-insan di sekeliling saya merupakan insan
yang saya sayangi tidak kira keluarga kaunseling, kawan serumah yang
bertukar-tukar setiap semester, kawan yang berlainan kos, kelab nasyid, kelab
olahraga, kelab bola jaring, para pensyarah dan banyak lagi malah termasuklah
kawan yang baru berkenalan biarpun seminit. Dalam erti kata yang lebih mudah, kasih sayang dalam kehidupan universiti
Malaysia Sarawak. Asalkan mereka berada dengan saya dan mampu berkasih
sayang itulah bagi saya perasaan kasih dan sayang. Kasih sayang bukan bermaksud
cinta tapi asalkan kita menghargai mereka dan itulah yang saya pegang sehingga
hari ini. bak kata pepatah “diam-diam ubi berisi” yang mana mereka ini sentiasa
ada dalam doa setiap hari. Kepada pembaca juga, saya juga menyanyangi kamu..
Gambar
1: persekitaran unimas dan logo unimas
Sumber
dari internet
Selain
itu, kasih sayang juga bukan hanya dalam satu universiti sahaja. Pada semester
lepas saya telah terpilih menjalani pertukaran selama satu semester di UUM,
Kedah. Ini merupakan pengalaman yang takkan saya lupakan. Kita biasa dengar
perkenalan sesaat tapi untuk melupakannya memakan masa bertahun-tahun. Mustahil
kenangan ini saya lupakan dalam hidup ini malah ia akan sentiasa dikenang sampai
bila-bila. Pada ketika menulis blog ini juga hadir perasaan sayu kerana ia
seperti mengingati kembali detik-detik manis di sana. Allahu, rindunya pada
sahabat-sahabat dan pensyarah di UUM. Semoga mereka sentiasa di bawah jagaan-Mu
ya Allah dan diberikan kesihatan serta berjumpa lagi suatu hari nanti. Tidak
saya nafikan banyak halangan dan cabaran semasa di sana, hati sentiasa merintih
untuk menghabiskan semester di sana kerana ingin cepat balik. Tapi apabila
perasaan kasih dan sayang ini hadir, hati kembali merintih lagi kerana
mengingatkan waktu perpisahan yang hampir tiba. Kehidupan sebagai pelajar di
Universiti Utara Kedah sangat berlainan daripada UNIMAS di mana saya menjalani
praktikum dengan pelajar Kaunseling tahun 4 dan dibahagi ke setiap agensi.
Agensi yang telah memilih saya adalah Pusat Kaunseling UUM. Pengarah pusat
kaunseling, staf dan juga pelajar yang menjalani praktikum yang terdiri pelajar
Master sana adalah sebahagian daripada keluarga saya dan saya sangat menyayangi
mereka.
Gambar
2: bersama pelajar praktikum di Pusat Kaunseling, UUM
Dari kiri: kak Mira(master), kak Ana(master), kak
Marina(master), abg Awie, voon. Suzi (saya) dan kak Hasanah
Bukan itu sahaja,
kepada sahabat-sahabat yang ditugaskan untuk menjaga mobiliti UNIMAS di sana.
Mereka banyak memberikan pertolongan kepada saya dan kawan-kawan yang lain
bermula sahaja kami melangkah masuk ke UUM. kami belajar bersama, makan bersama
sehinggalah bersukan bersama. Mereka lah keluarga UUM yang sentiasa berkasih
sayang sehinggalah kini. Suatu hari nanti, jika dipanjangkan umur dan murah
rezeki harap kita akan berjumpa lagi. Perpisahan bukan bermakna kasih dan
sayang itu akan terputus malah ia boleh disalurkan melalui doa. Sayang hangpa
semua…
gambar 3: bersama sahabat-sahabat UUM, keluarga
di Terengganu, pensyarah UUM dan juga pengarah Pusat Kaunseling UUM
Akhir kata daripada
saya, kasih sayang dalam kehidupan universiti ialah apabila kita mampu
menghargai insan-insan disekeliling kita. Hal ini kerana, setiap tahun akan hadir
wajah baru dan akan ada yang pergi. Kasih dan sayang ini akan saya hargai
sampai bila-bila dan takkan dilupakan kerana mereka adalah yang teristimewa
dalam diri saya. Bukan mudah kasih sayang ini hadir kerana universiti menemukan
kami di sini. Sayang UNIMAS, sayang UUM, dan sayang semuanya.. semoga kasih
sayang ini terus hadir! Lihatlah dengan penuh kasih sayang nescaya kita akan
saling berkasih sayang.. UHIBBUKIFILLAH..
Suzilawati binti Kamsun
49130
Reference
Ibnu, R. (2015). Kembali bertuhan.
No comments:
Post a Comment