Assalamualaikum
dan salam sejahtera Dr Amalia dan rakan-rakan sekalian.
Saya Hartika
binti Hariono dan ini merupakan hasil penulisan blog yang pertama sepanjang
seumur hidup saya. Sepanjang saya menuntut pengajian dalam kaunseling di Unimas
in, banyak perkara yang saya telah pelajari. Sebelum belajar di Unimas, saya
mengambil dalam bidang Diploma Kejuruteraan Elektronik di Politeknik Kuching. Sejujurnya
semasa diploma dahulu, saya kurang melibatkan diri dalam aktiviti di
Politeknik. Yang ada hanyalah aktiviti kolej sahaja. Dan saya banyak menghabiskan
masa di dalam bengkel sahaja. Selain itu juga saya kurang beryakinan diri.
Apabila bercakap dengan orang ramai perasaan takut dan cemas datang secara
tiba-tiba dan mulalah saya bercakap tak menentu. Menurut Mohd Shariff, M.S.
(1999) dipetik dalam Farahiyah, M.H ( 2013) keyakinan diri seseorang itu akan bertambah jika mereka
dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali tentang apa
yang hendak dilakukan. Selepas mendapat tawaran di Unimas, baru lah saya banyak
berinteraksi dengan orang luar. Pelbagai aktiviti dan program telah saya sertai
sepanjang berada di UNIMAS ini.
Dengan mengikuti pelbagai aktiviti dan program sedikit sebanyak keyakinan diri saya bertambah. Sepanjang dua tahun saya berada di Unimas khususnya keluarga kaunseling, saya banyak menyertai program yang berfaedah dan manfaat seperti Mr Right and Mrs Right, Kem Kemantapan Diri, SPC dan lain-lain. Program yang pertama kaunseling batch 14/15 membuat program adalah Program We Share We Love We Care. Kami diberikan kepercayaan untuk membuat program di Pusat Pemulihan Dadah atau dikenali sebagai CCRC. Saya telah dipilih untuk membuat modul kerjaya. Sepanjang membuat modul tersebut, banyak cabarannya. Diantaranya adalah memikirkan idea untuk modul dan kurang tidur. Walaupun banyak cabaran dan rintangan, pengalaman sebegini yang tidak dapat dicari lagi selepas habis universiti kelak. Semasa bercakap di hadapan pelajar-pelajar CCRC, saya ada berfikir dan merasakan kurang percaya yang saya boleh berdiri dan bercakap dengan orang yang saya tidak kenal. Disitu saya merasakan tahap keberanian bertambah. Sepanjang melakukan program di CCRC, banyak perkara yang saya sedar dan pelajari. Bagi pendapat saya, mereka perlukan dorongan dan bimbingan daripada masyarakat luar. Saya amat gembira kerana berpeluang untuk membuat program tersebut dan mengenal pelajar-pelajar di CCRC dengan lebih mendalam.

Gambar
1: Semasa membuat program di CCRC untuk kali pertamanya.
Baru-baru ini,
kami telah diberikan tugasan untuk menemu bual pelatih-pelatih PULAPOL. Di sana
kami diberikan seorang klien setiap seorang. Itulah kali pertamanya saya menemu
bual orang awam. Perasaan berdebar itu ada tapi setelah beberapa saat menemu
bual klien perasaan berdebar itu hilang. Dengan program Kaunseling ini, saya dapat
belajar bercakap di khayalak ramai dan dapat meningkatkan keyakinan diri.
Gambar
2 : Selepas menemu bual pelatih-pelatih di PULAPOL
Pada
semester 2 pula saya telah menyertai subteras Siswa Bersamamu. Banyak aktiviti
yang saya dapat lakukan untuk masyarakat luar. Antara program yang saya sertai
ialah Program Meniti Kasih dan membantu masyarakat di Kampung Sebayor. Diantara
aktivivti saya sepanjang berkhidmat di Kampung Sebayor ialah membantu
pelajar-pelajar di Kampung Sebayor dengan memberikan buku-buku, membuat
aktiviti bersama pelajar dan juga mengecat dewan seberguna kampung tersebut.
Selain daripada itu, kami telah menyertai program anak angkat di Kampung Batu
Kawa. Saya telah berpeluang untuk kenal lebih rapat dengan penduduk kampung
Batu Kawa. Selain daripada program amal, kami juga ada menyertai pertandingan
seperti pertandingan bowling dan pertandingan semasa hari Kokurikulum. Pada
hari Kokurikulum, kami telah membuat persembahan dengan menyanyikan lagu.
Perasaan menyanyi di atas pentas itu agak menakutkan sedikit kerana berdiri di
atas pentas yang dikerumuni oleh orang ramai. Perasaan malu dan berdebar-debar
itu memang ada di setiap ahli. Walaubagaimanapun, itu adalah kenangan bagi kami
ahli Siswa Bersamamu. Menyertai Siswa Bersamamu banyak membantu saya dari segi
interaksi masyarakat dari luar, dapat membantu orang lain dan juga saya dapat
mengenali banyak rakan yang berlainan fakulti.
Gambar 3: Salah satu aktiviti koq Siswa Bersamamu yang
diketuai oleh Profesor Madya Dr Rusli Ahmad
Semasa
saya menetap di Kolej Bunga Raya ataupun dikenali sebagai BRC, saya juga ada
menyertai pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak kolej. Antara
aktiviti yang saya lakukan sepanjang berada di Kolej Bunga raya ialah sukaneka,
senamrobik, BRC Week, silat dan banyak lagi. Walaupun saya hanya menetap di
kolej tersebut hanya 2 semester sahaja, tapi banyak aktiviti yang saya lakukan.
Gambar
4 : Diantara aktiviti yang saya lakukan di kolej
Sedikit
sebanyak program-program yang saya sertai di universiti ini, banyak membantu
saya dari segi interaksi dengan orang ramai, membantu masyarakat luar dan dapat
berjumpa dengan pelbagai masyarakat. Selain itu juga saya dapat berkenalan
dengan banyak rakan-rakan di universiti ini. Disini saya ingin berkongsi
kata-kata motivasi daripada Jim Rohn iaitu jika anda menginginkan sesuatu anda
akan menemukan jalannya, jika tidak anda akan menemukan alasan. Setiap benda
yang kita inginkan kita hendaklah berusaha untuk mendapatkan. Diharap saya
dapat meningkatkan prestasi saya sebagai pelajar kaunseling dan menjadi
keluaran yang terbaik untuk UNIMAS dan masyarakat. Apa yang saya dapat katakan
adalah kasih sayang yang saya dapat di universiti ini tidak akan saya dapat
lupakan sampai bila-bila dan tidak dapat diganti dengan wang ringgit. Terima
kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca blog saya. Sekian terima kasih.
HARTIKA BINTI HARIONO
46938
Rujukan
Farahiyah, M.H (2013), Keyakinan Diri
Pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Di Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia Terhadap Ict, Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia
Anggraini
(2010) Kata Bijak Inggris, Kebijaksanaan Jim Rohn
http://katakatabijak.com/tag/jim-rohn/page/3
No comments:
Post a Comment