Tuesday, March 25, 2014

MEMBENTUK PERSONALITI POSITIF.....miz dilla fadillah

  



 MEMBENTUK PERSONALITI                       POSITIF.......

*      Seorang kaunselor harus mempunyai sikap yang positif dan menjadi contoh kepada masyarakat. Sikap positif boleh dilihat melalui personaliti serta penampilan kita. Untuk Berjaya anda harus dikelilingi oleh orang yang positif. Kita juga perlu bijak mengawal emosi. Orang yang selalu panas baran adalah orang yang sentiasa tidak tenang dalam kehidupannya. Kita boleh belajar mengawal amarah dengan berfikir dahulu sebelum bertindak. Carilah buku-buku motivasi dan dapatkan bahan-bahan di internet. Semakin bertambah ilmu kecemerlangan diri semakin positif dan matang fikiran kita.

Anda boleh mencipta katajaya anda sendiri misalnya:
  • ·         Orang lain boleh,aku juga boleh!!!!!!
  • ·         “I can do it! !!!!!!!!
  • ·         “Im the best!!!!!!


Positifkah kita apabila kita berkata :

Ø  Mulai hari ini aku tidak malas lagi…
Ø  Aku tidak mahu mengantuk di dalam kelas…
Ø  Aku tidak mahu melawan cakap orang tua aku…
Ø  Mulai hari ini aku tidak mahu tinggal solat lagi…

Positifkah kita??? Jawapannya ialah tidak!! Jawapan di atas akan menggambarkan bagaimana kita melawan orang tua, mengantuk di dalam kelas dan sebagainya. Kalaulah ini yang tergambar maka inilah yang akan terhasil!!! kita menghasilkan sesuatu yang negatif padahal hasrat kita baik kerana kita mengfokuskan kepada apa yang kita tidak mahu! Penerangan lebih lanjut sila layari http://www.laman-map.com/e-Majalah/artikel/motivasi/.htm.


Oleh sebab itu kita perlu mengubah gambaran minda kita kepada gambaran yang positif seperti:
  • Ø  Mulai hari ini aku seorang yang rajin!!!!
  • Ø  Mulai hari ini aku akan fokus didalam kelas!!!!
  • Ø  Aku dengar cakap orang tua!!!!
  • Ø  Mulai hari ini aku solat lima waktu!!!!!!


                       

                            MEMBENTUK PERSONALITI POSITIF!

                          Sebahagiannya adalah kata-kata dari mohamadisamuddin.blogspot =)

·         Sikap positif teserlah dari personaliti yang positif. Sikap positif juga boleh dipupuk apabila dikelilingi oleh orang yang positif.

·         Jika kita selalu risau tentang apa yang bakal datang, kita hanya membuang masa dan menghabiskan saat gembira kita.

·         Jika kita selalu memikirkan apa yang orang lain katakan pada kita, selamanya kita akan duduk dalam penjara yang dibina oleh kita sendiri.

·         Lebihkan bermimpi dikala kamu sedang berjaga.

·         Tiada satu manusia pun boleh mengawal kegembiraan kamu kecuali kamu.

·         Usahlah selalu ingin menang dalam segala perdebatan. Belajar untuk "setuju untuk tidak setuju".

·         Usah ingatkan perkara yang dah berlalu, usah ungkit kesalahan lalu orang di sekelilingmu, kerana itu akan merosakkan kegembiraan semasa.

·         Usah berbuat berlebihan, setiap orang ada batas tersendiri.

·         Jangan bandingkan kehidupan kamu dengan orang lain, kerana kamu tidak pernah tahu apa yang orang lain lalui dalam hidup mereka.

·         Jangan sering berprasangka negatif terhadap sesuatu yang kamu tidak boleh kawal, teruskan optimis dengan sesuatu yang kamu sedang lakukan.

·         Kematangan bukan diukur hanya dengan cara dia berfikir tetapi lihat cara dia menyelesaikan masalah.


                       



Memahami Bahasa Badan

Memahami Bahasa Badan

Mungkin ramai yang dah tahu tentang bahasa tubuh kan.. tapi saya tetap kongsikan juga untuk sesiapa yang dah tak berapa nak ingat lagi mesej dari nonverbal yang pernah kita belajar masa sem1 dulu dalam Basic Helping Skill..Harap bermanfaat untuk kalian ye..

Menurut Dr. Albert Mehrabian dalam bukunya Silent Messages, hanya 7% daripada kata-kata yang menyampaikan maksud, 38% pula daripada nada suara dan 55% daripada bahasa tubuh. Antara maksud yang disampaikan melalui bahasa tubuh adalah seperti di bawah ;


Mimik muka

Mimik muka memainkan peranan yg besar dalam komunikasi bukan lisan. Bayangkan berape banyak maklumat yang boleh disampaikan melalui mimik muka seperti senyuman ataupun berkerut dahi. Manakala komunikasi bukan lisan dan gerak-geri badan boleh berubah secara mendadak dari segi budaya.

Retrieved from http://akutersepit.blogspot.com/2009/03/jenis-jenis-bahasa-badan.html

Rupa luaran(Appearance)
Pemilihan warna, pakaian, fesyen rambut, dan faktor-faktor lain mempengaruhi rupa adalah juga dipertimbangkan satu cara komunikasi tanpa lisan. Penyelidikan terhadap psikologi warna telah menunjukkan yang perbeza warna boleh menggambarkan perasaan yang berbeza. Rupa dan keterampilan seseorang juga boleh merubah reaksi fisiologikal, pandangan orang, dan tafsiran orang ramai.

Menutup mulut
Apabila seseorang yang bercakap dengan tiba-tiba menutup mulutnya adalah disebabkan perkara yang dikatanya adalah tidak benar.
Mengusap Bahagian Hidung
Tindakan refleks ini dapat mengesan bahawa seseorang tersebut sedang berbohong. Dia akan mengusap bahagian hidungnya secara samar lambat. Tapi ia tidak semestinya betul kerana kemungkinan hidung gatal atau mencium bau yang busuk.

Anak mata
Orang yang tidak jujur dengan percakapannya akan sering mengelak daripada memandang orang yang sedang mendengarnya. Terdapat tiga jenis anak mata yang boleh memberi maksud tersirat
I.                   Anak mata ke kanan- Dia sedang mereka cerita
II.                Anak mata ke kiri- Dia sedang teringat atau cuba mengingatkan sesuatu.
III.             Anak mata ke atas- Dia sedang berimaginasi
Mata membesar pula menunjukkan bahawa dia berminat dengan apa yang akan diperkatakan.

Gelak Terpaksa
Orang yang pura-pura ketawa adalah mungkin disebabkan gementar ataupun menjaga hati orang yang sedang bercakap dengannya.

Jari-jemari disilangkan ketika duduk
Menunujukkan bahawa orang tersebut sedang bingung dalam membuat keputusan.

Menggigit bibir
Menurut Carol Kinsey Goman, apabila seseorang menggigit, menghisap, atau menjilat bibir menunjukkan bahawa seseorang tersebut dalam keadaan yang tertekan atau kerisauan. Dengan melakukan cara ini seseorang tersebut cuba untuk menenangkan diri.

Menyembunyikan tangan
Menyembunyikan tangan ke belakang, ke poket, atau di pangkuan menunjukkan bahawa seseorang itu tidak jujur ataupun sedang berbohong. Ia seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu daripada orang lain.

Menggaru tengkuk
Perbuatan menggaru tengkuk serta memalingkan muka ke tempat lain ketika bercakap dengan orang lain menunjukkan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Tangan didagu dengan kepala dan badan tegak
Perbuatan ini menunjukan bahawa seseorang itu sedang menganalisis atau mempertimbangkan apa yang dikatakan oleh orang lain.

Memukul tubuh sendiri (kepala,dahi, paha)
Menunjukkan bahawa seseorang tersebut sedang lupa sesuatu atau menyalahkan diri sendiri.

Anggukan kepala
Bahasa tubuh ini menandakan bahawa seseorang itu bersetuju, menyokong, atau suka dengan apa yang dikatakan oleh orang lain.


Setakat ini sahaja perkongsian saya. Korang boleh retrieve kt link ni http://wuddan.mywapblog.com/arti-dari-bahasa-tubuh.xhtml untuk mengetahui lebih banyak lagi bahasa badan. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam memahami bahasa tubuh klien-klien anda. Lepas ni boleh la tengok bahasa tubuh rakan-rakan kita masa bercakap. Boleh la detect dorang jujur ke tak kan..

Sekian..
Jumpalila bt Amit :)

Thursday, March 20, 2014

Kebaikan Melaksanakan kerja dengan Lebih Awal

Adakah anda pernah fikir apa baiknya sekiranya kita dapat menyiapkan tugasan dengan lebih awal??
Apa kebaikannya pula jika dapat melaksanakan kerja atau tugasan dengan lebih awal?
Kalau dari sudut diri sendiri, kita mungkin berasa lebih lega dan tenang sebab kerja telah selesai daripada tarikh yang ditetapkan.
 Kita lihat dari sudut pemandangan orang lain pula, apa yang orang lain akan fikirkan tentang tugasan diri anda yang dapat diselesaikan lebih awal dari yang sepatutnya??

Anda ingin tahu ke??                                                     
Sila lah baca dengan teliti ya….


1. RAJIN
Orang lain akan anggap kita seorang pelajar yang rajin. Mungkin juga orang lain akan merasakan kita seorang yang laju dan cekap membuat kerja yang telah diberikan.

2. BIJAK
Orang lain akan percaya kita mempunyai sistem pengurusan masa yang bijak. Tentulah orang lain akan beranggapan kita bukan tergolong dalam kategori pelajar yang suka bergosip/bersembang.

3. SERIUS
Orang lain akan merasakan kita telah berikan perhatian yang serius terhadap tugas kita. Setiap tugasan yang diberikan, kita telah berikan sepenuhnya masa untuk diselesaikan tanpa menangguhnya.

4. KEPERCAYAAN
Orang lain melihat kita sebagai orang yang boleh diberikan kepercayaan untuk tugasan yang mustahak. Tidak mustahil suatu masa nanti kita akan lebih didahulukan untuk mengendalikan urusan-urusan yang penting.

Ini adalah salah satu criteria yang perlu dimiliki oleh pelajar supaya dapat menyiapkan tugasan tanpa menangguhkan tugasan yang diberikan…
Saya merupakan salah seorang yang amat tidak suka menangguhkan tugasan, jadi semua tugasan saya akan siapkan lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan, terutamanya tugasan yang diberikan oleh pensyarah seperti assignment tanpa mengira individu atau kumpulan..
Apa rasa dan perasan saya pula sekiranya saya dapat siapkan tugasan dengan awal dan cepat??
Anda ingin tahu??
Sila terus membaca la….
Sebenarnya saya akan berasa lega dan bebas daripada tekanan..Saya dapat melakukan aktiviti yang saya suka seperti berjalan-jalan, shopping dan sebagainya tanpa gangguan tugasan.. Yang inilah saya nak…Saya percaya kawan-kawan sekalian juga ingin berasa lega dan bebas melakukan perkara yang anda suka tanpa gangguan..Betulkan?? Kita juga boleh dapatkan pandangan daripada pensyarah tugasan yang kita buat untuk penambahbaik sekiranya ada kesilapan supaya kita akan memperolehi markah yang diiginkan….
Jadi, kawan-kawan yang saya sayangi, marilah kita sama-sama hilang tabiat yang suka buat kerja last minit…Haha..Rajin-rajin lah……




Rujukan:     http://makudestory.blogspot.com/2013/03/kebaikan-melaksanakan-kerja-lebih-awal.html


Mei



Belajar Cara Mudah



Buah cempedak di dalam pagar
Ambil galah tolong jolokan
Saya budak baru belajar
Kalau silap boleh tunjukkan

Adakah anda risau tak dapat belajar? Runsing? Bosan?
Mari semua,saya Madline Bernai ingin berkongsi suatu topik dengan anda semua. Saya berharap ia dapat membantu kalian semua. Topik yang saya nak kongsikan ialah “ Belajar Cara Mudah”.
Jangan sesekali anda menganggap diri anda seorang pelajar yang bodoh sekiranya anda gagal dalam peperiksaan. Kebanyakkan pelajar gagal bukan kerana mempunyai otak  yang  bodoh, tetapi kerana dia tidak menggunakan daya kepintarannya dengan sebaik mungkin, di samping tidak menitik beratkan teknik belajar yang teratur dan berkesan. Bagaimana dengan anda? Pernah gagal? Sebenarnya anda tidak bodoh. Setiap insan mempunyai kebolehannya tersendiri dan begitu juga dengan anda. Cubalah diri anda kenalpasti apa keistimewaan anda. Pasti ada. Belajar adalah suatu kerja yang memerlukan teknik agar ia lebih mudah untuk dikuasai dan ia akan menjadi senang dan menyeronokkan. Mari kita bincangkan beberapa teknik yang dapat membantu diri kita.

1.       Mengatur Jadual

Kenalpasti jumlah masa anda yang perlu diatur. Lebih daripada separuh masa anda terpaksa dihabiskan untuk memenuhi keperluan asasi seperti makan,minum,mandi,tidur dan sebagainya. Bakinya perlu diperuntukkan untuk belajar dan sebahagian lagi untuk aktiviti-aktiviti ringan yang digemari oleh anda seperti rekreasi,berbual,hobi dan lain-lain. Tempoh masa belajar mungkin berbeza dan anda mesti lebih memerlukan masa  yang lama untuk subjek yang susah kerana ia dapat membantu anda lebih memahami subjek tersebut. Subjek yang lebih susah elok dilakukan pada masa segar seperti awal pagi. Walaupun begitu,janganlah anda memaksa diri untuk belajar sampai larut malam; selesaikan sebelum tengah malam.

2.       Tempat yang sesuai

Carilah tempat yang sesuai dan bebas daripada sebarang gangguan yang boleh mencuri perhatian anda. Anda harus memastikan tempat pilihan anda itu dapat menenangkan fikiran kerana fikiran yang tenang saja dapat menerima pelajaran sepenuhnya. Bukan itu saja, minda dan mood juga dapat dipengaruhi oleh cahaya, udara dan cuaca, justeru, tempat  pilihan anda sepatutnya selesa dan jangan berlebihan seperti di atas tilam, kerana sekali kepala diletakkan di bantal…habis! Anda akan terlena…

3.       Memulakan

Isu yang selalu dihadapi di sini ialah untuk mula mendapat mood belajar. Janganlah anda menunggu tanpa melakukan apa-apa, kerana mood tidak akan datang begitu saja. Lakukanlah sesuatu seperti warming up. Antaranya ialah, semak semula nota kuliah berkenaan topik yang sedang anda pelajari sekarang. Anda boleh menulis semula pin-poin penting yang anda ingati kerana ia adalah cara baik untuk mendapat mood untuk belajar.

4.       Tumpuan

Anda harus memberikan penuh tumpuan dalam masa yang sekejap saja, mungkin dalam 10 minit kemudian anda rehat sekejap. Anda boleh meneruskannya sehingga anda dapat memberikan tumpuan yang lebih lama. Anda perlu rehat sebentar selepas seketika belajar (sekitar satu jam). Anda juga boleh membuat nota dengan cuba mengingati apa yang sudah anda pelajari.

5.        Menggarap Buku

Satu strategi yang dikenalpasti berkesan untuk menggarap suatu bahan bacaan ialah SQ3R (survey,question,read,recall dan review). Anda mesti melakukan tinjauan (survey) sepintas lalu untuk mendapatkan gambaran teks yang hendak digarap. Dari sini,timbul soala-soalan(question) dalam kepala anda. Seterusnya barulah anda mula membaca (read) untuk menjawab persoalan tersebut. Selesai membaca anda perlu mengingat semula (recall) poin-poin penting. Akhirnya anda harus semak semula (review) untuk melihat sejauh mana anda dapat petik perkara penting daripada teks. Formula ini dapat digunakan sama ada untuk membaca artikel dan buku.

6.       Membuat Nota
Anda perlu menggunakan formula tadi  iaitu SQ3R  dan nota perlu mengandungi idea-idea utama dan idea-idea penyokong. Nota hendaklah jelas, mudah difahami dan dibaca. Gunakanlah simbol yang sesuai dan sepatutnya konsisten,tidak berubah-ubah. Tambahan lagi,anda juga boleh menggunakan brain-mapping kerana ia amat membantu diri anda dalam memahami apa yang anda pelajari.

7.       Peperiksaan

Ulangkaji secara berkumpulan. Sekurang-kurangnya dua orang pelajar diperlukan untuk melakukannya. Bertemulah dua atau tiga kali seminggu. Sebelum perbincangan,siapkan diri anda dengan membaca tajuk yang berkenaan. Semasa perbincangan,ambil bahagaian secara aktif dengan mendengar pandangan kawan,beri pandangan anda dan bandingkannya. Anda juga perlu melatih diri menyelesaikan jawapan dalam masa yang ditetapkan. Masa ini termasuklah tempoh menyiapkan kerangka, menulis jawapan penuh dan membuat semakan terakhir. Pada  hari-hari terakhir sebelum peperiksaan, lapangkan masa secukupnya untuk rehat dan rekreaksi. Lakukan sesuatu yang menggembirakan. Pastikan anda telah bersiap sedia dengan segala persiapan yang perlu,terutama alat-alat tulis, sehari sebelum peperiksaan. Tidur awal. Justeru,bersiaplah dari awal…..sekarang juga!

Moga anda semua seronok membaca perkongsian tersebut. Jika anda semua ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai info berkenaan, anda boleh membaca buku “Peningkatan Minda” yang disunting oleh Fazilah Idris dan Nur Atiqah Tang Abdullah di CAIS UNIMAS.

Wednesday, March 19, 2014

COUNSELOR SELF-CARE

Hello, Ellie will share about counselor self-care.


sources:  https://www.google.com.my/search?q=counselor+self+care

It is important to acknowledge when you feel overwhelmed or distressed. As a professional, it is necessary for you to pay attention to your personal behaviors, body rhythm and physical health.  There are counselor self care:

Resting

The adult human body requires between 7 to 8 hours of rest for robust health. Sleep deprivation affects the mind and body and can increase stress levels, moodiness and irritation and negatively impact mental alertness and physical energy. At the end of the day, it is essential to find ways to relax and let go. Establish a routine before going to bed and make sure to get enough “Deep Sleep,” allowing for brain rejuvenation. If not enough “Deep Sleep” is accomplished the body will compensate by shortening other sleep cycles, including the REM cycle. If this cycle is shortened, the brain does not have an opportunity to process and integrate emotions, memories and stress from that day, leaving you emotionally deprived.

 Eating Well

Good nutrition fuels the body and provides the building blocks that help a person handle the stresses of everyday life. Counseling requires considerable physical and mental energy; consuming foods such as fruits and vegetables will ensure you are functioning at the highest level of fitness. With a busy schedule, short lunches, paper work and counseling sessions it is easy to skip meals, eat unhealthy meals or snacks and over-consume caffeinated beverages. These things add little nutritional value, if any, to personal well being. The goal is to consume a balanced diet, eating foods from each food group, drinking lots of water and eating three balanced meals a day, along with healthy snacks. By eating the proper foods the body is able to restore lost vitamins, minerals and nutrients, an essential part of maintaining your overall health.

Exercising

Exercising improves individual physical fitness and mental well being.  During exercise endorphins are released, decreasing stress levels and improving endurance, health, mental clarity and fitness. It is suggested that individuals spend 30 minutes a day doing some form of moderate exercise. Activities such as taking a walk, jogging, riding a bike, swimming or aerobic classes and weight training improve physical fitness and increase energy levels.  In addition to the physical benefits, exercise has also been proven to stimulate memory.

Relaxing and Renewing

On occasion it is crucial to do something for yourself. As a counseling professional, you spend your time caring for others. It is vital to remember you must also care for yourself. This can be accomplished by participating in exercises such as yoga, prayer, meditation, Tai chi and reflective writing. These techniques allow you to escape from the busy world and become one with your soul, giving you time to recharge your spirit.

 Personal Counseling

Having others to share your thoughts and feelings with can help you maintain a healthy lifestyle. Supervisors and colleagues can provide advice and support through difficult circumstances. It is recommended that helping professionals seek professional counseling, as you will continually face subjects or situations which will require you to address unresolved feelings and emotions.

  Reflecting

Think about your life, what is important and what is not. A person rarely gets everything they want. Be careful not to dwell in negativity. The mind is powerful. The more negative our thoughts about things, the more our actions become negative or more reflective of those thoughts. We behave as we think. Learn to live a joyful life, doing your best and let the rest take care of itself!  Strive to do well in all things and be thankful. It is important to remember things could be a whole lot worst, no one is perfect, and as long as there is life, there is another chance. There are a number of exercises that can be used throughout the day to allow you to stop and reflect on things. A good way to prepare your mind and body for reflection is learning to take a good breath and listening to soft music.

Time Management

Use the time you have wisely. It is critical to use a calendar and prioritize those things in your life that must be done. Remember, no one can do everything and no matter how hard you try you will never be able to make everyone in your life happy. Commit only to those things you feel passionate about and learn to say no to things that do not fit into your plans and priorities. Organize your day, but remain flexible. No matter what our plans include, things will occur to change those plans. Being prepared to make necessary adjustments lessens the pressure you may feel.

Humor

Laugh until it hurts. It is difficult to be sad and happy at the same time. Laughter releases endorphins, which are responsible for improving your mood and helping you to relax. Learn to laugh at yourself and find humor in life stressors. Do not take things so seriously that you miss out on the beauty of laughter and the opportunity to see things through a different lens. On occasion, engage in an amusing comedy show or film and always keep a book of good jokes on hand.


sources:  https://www.google.com.my/search?q=counselor+self+care

Tuesday, March 18, 2014

The Skill of Self Confidence


Source: Retrieved from:
http://www.youtube.com/watch?v=w-HYZv6HzAs

The video is about The Skill of Self Confidence by Dr. Ivan Joseph.
Self confidence can be practice!
I think it is pretty good to share it with this future counselor! :).. 
From my point of view, I define that >>
Self confidence is very personal and it is among of our individual ability.
Self confidence IS REALLY NEEDED to live up our profession and personal skill conducting the session.
It is really basic need of a good counselor!.
Imagine that counselor lack of this skill, the very first moment you enter the counseling setting,  pretty sure there  will be shaky leg !..Just thinking.."If only I can pass this moment>>:("..
So, dare to find where is your self-confidence  ..then you will find that you are  actually a great person!

So dear future counselor,..
Don't let YOUR CLIENT have no CONFIDENCE looking at YOU! :)

Recommended link..
http://www.ted.com/watch/topics


Coursemate,
Carol

Friday, March 7, 2014

minda yang positif, bagaimana?

assalamualaikum kawan-kawan yang baik hati... hyep hyep :)
dila nak share something bagaimana inginkan minda yang positif. sebelum tu, tanya diri kita, minda kita ni penuh dengan perkara yang positif ke negatif? 100% positif ke, atau sebaliknya. hanya kita sendiri yang tahu kan, check it..Sekiranya minda kita ni dipenuhi dengan terlalu banyak perkara negatif, kita akan memupuk tabiat berfikiran negatif. Sehingga pemikiran negatif, menjadi dominan… itu yang bahaya. 
source : Google images
contohnya, kita dengar kawan-kawan bersembang, bergosip:  
kenapa ek artis tu pakai tudung, sebelum ni seksi bukan main kan? 
selalunya apa yang kita fikirkan. sering kali negatif, contohnya:
  • nak cari publisiti murah la tu.  
  •  buang masa, tak bergaya langsung.... 
Betul tak agak-agak? bila kita didedah dengan terlalu banyak perkara negatif, maka, negatif lah pemikiran kita. Ini menjadikan berfikir negatif  itu mudah. bagaimana nak tangani...jom kita tengok tips-tips berikut, tips untuk berfikiran positif yang boleh memberikan kita nafas baru untuk meneruskan perjuangan hidup. 
      1.      Kenal pasti pemikiran negatif yang ada dalam diri sebelum ia menjadi akar umbi. Jika rasa mood kembali suram, berhentilah daripada berfikir tentang mereka sebelum anda tunduk kepada mereka. Kawal emosi anda, jangan biarkan emosi mengawal anda.
      2.      Berkawan dengan orang yang berfikiran positif. Secara tidak langsung, anda juga akan berfikiran positif.
      3.      Orang yang berfikiran negatif boleh menjangkiti orang lain. Jadi, jauhkan diri anda daripada orang yang selalu berfikiran negatif.
      4.      Rajinkan diri untuk mengemas dan menyusun barang-barang anda. Anda harus dikelilingi oleh benda-benda yang anda suka dan membuatkan anda rasa hebat. Contohnya  gambar keluarga, buku kegemaran, pokok hiasan, gambar kesenian atau apa saja yang bermakna buat anda.
      5.      Jika ada seseorang memberitahu anda yang anda tidak boleh melakukan sesuatu, maka ambillah ia sebagai cabaran dan buktikan kepada mereka yang anda boleh melakukannya. Ini adalah peluang kepada anda yang mana mereka tidak boleh atau takut untuk melakukannya. Jika anda menunjukkan mereka ia boleh dibuat, mungkin mereka mendapat sumber inspirasi daripada anda atas kejayaan yang anda perolehi. Anda boleh menjadi contoh kepada mereka untuk mereka berfikiran positif.
      6.      Apabila anda merasa sangat kecewa dengan kehidupan anda atas segala nasib malang yang menimpa anda, anda harus mengingatkan diri anda bahawasanya semua itu adalah dugaan daripada Tuhan yang hanya menguji kita. Yakin bahawa pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

       dila rasa itu sahaja yang dapat dikongsikan kali ni dan moga bermanfaat untuk kawan-kawan..
       inshaAllah. :)

source : Google images

      with lots of love , 
      aidilla