Thursday, March 17, 2016

Kasih Sayang dalam Kehidupan Universiti

Kasih Sayang dalam Kehidupan Universiti
Assalamualaikum Dr. dan rakan-rakan sekalian,
Saya Noor Aini binti Arzat (47970) dan ini merupakan entri dan perkongsian saya berkenaan kasih sayang dalam kehidupan universiti. J
            Pada pendapat saya, kehidupan di universiti adalah satu kehidupan bermasyarakat dan pelajar yang tinggal di dalam kehidupan ini tidak dapat lari daripada bermasyarakat. Sebagai contoh, pelajar-pelajar UNIMAS yang tinggal di dalam kolej. Bahkan, pelajar-pelajar yang tinggal di luar kampus seperti di rumah-rumah sewa juga tidak lari daripada kelompok masyarakat. Malahan, bukan sahaja pelajar-pelajar UNIMAS yang mengalami kehidupan sebegini, pelajar-pelajar dari institusi lain seperti program matrikulasi, politeknik dan sekolah berasrama juga mengalami situasi ini. Apabila tinggal di dalam kehidupan bermasyarakat pula, semestinya kita tidak dapat lari dari menjalinkan hubungan kasih sayang sesama rakan bahkan sesama pensyarah. Pada sudut pandangan saya pula, kasih sayang merupakan sesuatu yang sangat subjektif yang sangat sukar diungkapkan. Kasih sayang mungkin dapat diluahkan melalui kata-kata, namun ia adalah amat sukar digambarkan dan tentu sekali ia tidak dapat dilihat kecuali melalui perbuatan dan juga tingkah laku. Terdapat sesetengah manusia yang amat sukar untuk meluahkan rasa kasih mereka melalui kata-kata atas alasan ego dan malu.
            Berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa terlibat di dalam sesi kelompok semasa berada di semester 3, sejujurnya sudah terbit perasaan sayang terhadap ahli kelompok yang lain dan bahkan kepada kaunselor yang membantu kami. Semasa ingin menamatkan sesi, saya amat berharap agar sesi tersebut tidak berakhir dan saya berharap agar sesi tersebut dapat dilanjutkan kerana di sepanjang sesi yang kami lalui, kami semua tidak pernah gagal untuk mendapatkan sesuatu yang baru sama ada berkenaan diri kami sendiri atau perkara yang melibatkan ahli-ahli kelompok yang lain. Kami juga tidak pernah gagal untuk mencuba dan mempraktikkan perkara-perkara yang kami perolehi dalam sesi tersebut walaupun sukar dan mengambil masa yang agak panjang untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu intervensi yang dicadangkan. Sesi kelompok tersebut memberi saya semangat untuk terus mengambil berat dan menghargai rakan-rakan di sekeliling saya.
            Pengalaman kedua saya pula adalah semasa saya tinggal di kolej, sejujurnya semasa berada pada semester kedua di tahun satu, saya merasa amat sunyi walaupun pada hakikatnya saya tinggal di dalam kehidupan bermasyarakat di dalam kolej tersebut. Saya kurang berinteraksi dengan rakan-rakan serumah saya menyebabkan saya merasa kehilangan dan sejujurnya, saya tidak dapat mewujudkan perasaan kasih dan sayang terhadap rakan-rakan serumah saya walaupun sedikit dan hal ini berlainan pula dengan rakan-rakan serumah yang saya miliki kini. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana saya dikurniakan rakan-rakan serumah yang amat memahami lebih-lebih lagi kerana kami berada di dalam program yang sama. Oleh hal yang demikian, saya selesa untuk meluahkan perasaan atau kekeliruan yang saya alami bersama mereka.

Gambar 1: Gambar bersama rakan-rakan serumah
            Apabila menyebut tentang rakan-rakan, tentu sekali kami sebagai pelajar universiti tidak dapat lari dari rakan-rakan kaunseling atau rakan-rakan sekelas kami. Berdasarkan pemerhatian saya selama berada di dalam program ini iaitu selama hampir dua tahun, saya merasa amat bangga dan bersyukur kerana hubungan kami semua kelihatan amat erat dan kami selesa menceritakan permasalahan kami walaupun tidak secara keseluruhan. Hal ini berkemungkinan kerana rasa percaya yang wujud dalam diri kami yang telah dipupuk semenjak berada di semester 1 lagi.

Gambar 2: Gambar bersama rakan sekelas
            Perkara terakhir yang menjadi “highlight” saya pada entri ini adalah kasih sayang terhadap Tuhan tidak kira di mana kita berada sama ada di dalam atau di luar universiti. Namun begitu, saya akan memfokuskan hal ini di dalam skop yang kecil iaitu di dalam universiti. Bayangkan andai kita tidak hidup di dalam kasih sayang dan rahmat Tuhan. Apa yang akan terjadi kepada kita? Pada pandangan saya, kasih sayang adalah motivasi yang sangat kuat untuk kita melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, kita semua sebagai pelajar datang ke universiti dan belajar dengan bersungguh-sungguh kerana menyayangi ibu bapa kita. Bagaimana pula dengan Tuhan? Tentu sekali ia mempunyai konsep yang sama dan oleh sebab itu, selain melimpahkan kasih sayang kepada sesama manusia, kita juga perlu memupuk perasaan cinta yang sedalam-dalamnya terhadap Tuhan yang Maha Mencipta. Bayangkan andai rahmat dan kasih sayang Tuhan tidak sampai kepada kita semasa kita sedang menuntut ilmu di universiti. Saya yakin kita semua akan menghadapi masalah yang sangat besar dalam menerima ilmu.
            Tuhan mengajar kita untuk berkasih sayang dan melalui kursus kaunseling, saya yakin bahawa kita semua dapat mewujudkan perasaan sayang kita sesama manusia dengan mudah melalui profesion kita yang Insyaallah dapat membantu ramai manusia yang memerlukan pertolongan di luar sana. Atas kasih sayang Tuhan kita berada di tempat kita dan atas kasih sayang Tuhan juga kita berada di universiti mewujudkan dan melimpahkan kasih sayang sesama manusia.

Gambar 3: Gambar Hiasan
            Rasulullah SAW sendiri menegaskan tentang kepentingan berkasih sayang melalui sabdanya yang membawa maksud “Demi diriku yang berada di tangan-Nya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dinamakan beriman sehingga kamu berkasih sayang.” Ini menunjukkan bahawa dalam Islam sendiri manusia amat dituntut untuk berkasih sayang tidak kira sesama manusia, haiwan atau alam semula jadi. Oleh hal yang demikian, terdapat 3 elemen kasih sayang yang perlu diwujudkan seandainya kasih sayang ingin dibina dalam kalangan masyarakat terutama dalam kalangan masyarakat universiti.
            Elemen yang pertama ialah kasih dan sayang itu sendiri. Andai kasih sayang ingin dibina dalam kalangan rakan-rakan dan warga universiti, kasih dan sayang perlulah diwujudkan. Untuk mewujudkan perasaan kasih dan sayang pula, setiap individu yang digelar warga universiti perlulah mewujudkan sikap saling membantu tidak kira bantuan atau pertolongan yang diberikan itu besar atau kecil. Bantuan yang kecil yang dihulurkan juga kadangkala menimbulkan perasaan berterima kasih yang banyak dan seterusnya mewujudkan perasaan kasih sayang. Tidak sukar untuk menghulurkan bantuan semasa berada di dalam universiti. Sebagai contoh, membantu pensyarah atau rakan-rakan mengangkat barang juga merupakan satu bentuk bantuan.
            Bagi pelajar-pelajar kaunseling seperti kita semua pula, sudah tentu perkataan “membantu” itu sudah sinonim dengan diri kita kerana tugas seorang kaunselor sudah tentu adalah untuk membantu kliennya. Sifat menolong ini secara tidak langsung telah menepati elemen kedua dalam membina kasih sayang dalam kalangan warga universiti iaitu simpati atau belas kasihan. Dengan adanya perasaan simpati, sudah tentu seseorang individu akan menghulurkan bantuan kepada orang lain dan seterusnya mewujudkan perasaan kasih sayang. Elemen ketiga yang perlu diwujudkan untuk memupuk kasih sayang dalam kalangan warga universiti pula ialah penggunaan akal dan bukan nafsu atau emosi semasa membuat sebarang keputusan.
            Pergaduhan atau salah faham sesama rakan adalah perkara biasa seandainya diri kita digelar sebagai seorang rakan atau sahabat. Namun, sikap bersangka buruk perlulah dielakkan untuk mengekalkan perasaan kasih sayang yang wujud sesama rakan. Hal ini kerana, bersangka buruk membawa kesan yang amat negatif dalam diri sesorang dan seterusnya boleh menyebabkan perbalahan yang besar yang mungkin boleh mengundang perasaan dendam dan tidak berpuas hati dalam diri seseorang individu terhadap individu yang lain. Oleh yang demikian, 3 elemen kasih sayang yang telah dibincangkan di atas perlulah dicontohi dan dijadikan titik panduan yang positif bagi kita semua dengan tujuan untuk mewujudkan dan mengekalkan kasih sayang yang telah dibina.

Sekian sahaja entri saya, terima kasih. J











Rujukan:

Siti Norlina, M., Ahmad Kilani, M., & Zulkifli, H. (2004). Budaya penyayang dalam         kehidupan masyarakat Islam: Antara teori dan praktis. Retrieved from         repo.uum.edu.my/1804/1/7.pdf

Tuesday, May 26, 2015

WHAT FRIENDSHIP IS ALL ABOUT?

Assalamualaikum & Hi! :)
 
I've been attracted to this topic since it involves in our everyday lives. What friendship is all about? What does friendship mean to you? Does friendship mean a lot to you? Does it affects you in your everyday life? ^_^

Here goes the link that I would like to share on the definition of friendship (ps: it's just only a wikipedia website :D so yeah) 
http://en.wikipedia.org/wiki/Friendship

In my opinion, friendship is about human relationships that involves emotions, behavior reactions and cognitive functioning. It affects our body system biologically, spiritually and in reality, the person surrounds us who color the rainbows to our daily skies. Friendship is truly valuable, so one should appreciate it at most. 

How do you appreciate your friends? How do you struggles in your friendship? I am sure each of us has our own value and style in friendship. We met friends since our babies' days. Agree with me? It means that we've been exposed to make friends since we were still kiddos! wohoo.. I can't imagine how you guys make friends during our kids days haha..

Here it goes again, a link that I would love to share about making friends :)
https://www.psychologytoday.com/basics/friends

Friendship isn't about whom you have known the longest, who came first or who cares the best...It's about who came & never left... What do you think? I would like to share my idea on how to appreciate your college friends. Yeah, it's about your college friends and I guess it can be apply to your high school friends as well :D 
Here are the 8 tips from Nani, your fav future counselor ;) hehe :p (8 is my favourite number btw)

1. Cherish every moment whenever you are with your friends. 
    Even they're not your so-called close  friends, enjoy every moment with them!
 

2. Open up yourself to new friends.
    Be open to everyone. Chin up and smile. Be warm to people. It helps to improve your interaction skills too ;)

3. Accept the flaws.
    You should thank them for showing their flaws, or else you are a friend with fake friends. Mhmm...

4. Have a heart-to-heart talk.
    This is the best way to know more about your friends and smooth-en your relationship. This is the time when you should be frank to tell your friends something that you've kept so long. 

5. Send warm, appreciation messages to your friends.
    Nawww.... it always touches me the most when my friends did this to me. You'll feel the best friend on earth. To have yours, you are the one should try first sending to them. It tighten the relationship that your friends will never forget chuuu~

6. Have a trip!
    This might be the memorable, best-est you will never forget in your life. Having a day trip is more than enough. Hey, you guys need time together too... (jangan asyik fikir pasal girlfriend or boyfriend je ok). And, it'll be more interesting if it's a backpacked-trip! Oh, I miss mine :D

7. Be forgiving.
   As mentioned on #3, to accept the flaws, you should be forgiving too. Don't put grudge on them. Don't be envy on their success. Remember, behind every successful man is their friends! Wohooo~~ You guys should be proud of yourself ;)

8. Encouragement.
    Hey, don't be stingy to spread your positive vibes to your friends. Encourage others will satisfy you more. At the end of the day, there's something that you've contribute to friends and society :D

In a nutshell, appreciate your friends despite of their background and so forth. It helps you to satisfaction of life in your later days. No regrets :D 
ENJOY ;)

A poem dedicated to whom has shared their lives with me. Stay safe wherever you are :)


Ode to Friendships
 
They're the few people who accept silence over conversation
A relationship like this denies silly promises and persuasion
You don't feel the need to second guess thoughts or measure words
Their love comes in wholes, not halves, not thirds
They're the ones that guide you through when fate takes a turn
Fights, small and large, end in forgiveness, never a burn
You forget about first impressions and the feelings they brought
You're grateful for who they are and you forgive 'em for what they're not



With love,
Siti Nurul Ainani Binti Hassan.








Kesihatan dan Kecantikan diri dari dalaman….
Pelajar perempuan selalunya mengabaikan diri mereka mungkin di sebabkan oleh tugasan pembelajaran yang banyak. Malah ada di antara mereka kini memilih untuk mengambil supplemen untuk mendapatkan badan dan wajah yang cantik. Kecantikkan dan kesihatan tubuh badan yang sebenar boleh diperolehi dengan penjagaan kecantikkan dalaman diri. Bagi saya kaunselor perlu menjaga penampilan diri dan kesihatan diri. Disini saya ingin berkongsi beberapa tips.
1.Minum banyak air
Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.Jangan asyik minum TC Special je dekat Pavillion ye kawan-kawan.. :P Bagi yang ingin menguruskan badan sesuai sangat la ambil banyak air ye.. Seelok-eloknya 8gelas air sehari.
2.     Bersenam
 Berjalan dari rumah ke kelas boleh juga dianggap satu senman yang baik ye,,,so Jgn malas utk ke kelas...lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah anda terutama yang sudah berjaga lama untuk membuat assgment. :)

3.    Pastikan Tidur yg cukup
Jgn asyik berjaga waktu malam... assignment tu memang la kadang kadang menganggu tidur kita oleh itu pastikan anda melakukan pengurusan masa yang betul supaya tidak menganggu waktu tidur anda. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dari usia anda. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk tidur anda boleh mengambil minuman seperti susu untuk membantu anda lebih rilek..atau bagi yang muslim bolehlah mengambil wudhuk dan membaca al-Quran,, tetapi seperti saya saya akan mendengar lagu-lagu yang tenang atau membaca artikel ilmiah ianya dapat membuatkan saya lebih cepat untuk mengantuk

4.    Rehatkan kulit sebelum tidur.
Sebelum tidur pastikan anda mencuci wajah anda seelok-eloknya dengan air suam sebelum menggunakan sebarang pencuci muka dan membilasnya kembali dengan air biasa bagi menutup pori yang telah terbuka atau anda juga boleh mengguna air sejuk untuk membilas wajah anda. Ini dapat membantu anda memprolehi wajah yang segar keesokkannya.

5.  Makan yg cukup tapi bukan berlebihan.
Jgn sebab nak jimat atau kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.


6.    Manjakan diri
Bagi pelajar perempuan, anda boleh melakukan aktiviti memanjakan diri dengan melakukan aktivti kebersihan diri seperti mencuci kaki dengan merendamkan kaki kedalam air suam , memotong kuku, dan melakukan facial muka, Disini and boleh mendapatkan tips yang lebih lanjut  

7.   Elakkan stress.
-    Stress mempercepatkan proses penuaan malah menyebabkan gangguan kerja lain, lakukan aktiviti yang boleh membantu anda mengurangkan stress seperti riadah, bersukan, saya selalunya akan keluar bermain bowling bersama-sama rakan-rakan sekiranya menghadapi stress.


8.  Kurangkan kerisauan.
-    Anggap diri anda seorang yang hebat. Beryakinan dalam melakukan apa jua. Sebagai kaunselor pelatih memang la banyak isu-isu klien yang dikongsikan yang ada kalanya buat kita kepenatan dan tekanan rilek,,,setiap perkara ada penyelesaian.

9.    Ketawa dan senyum
lakukan aktiviti yang dapat membuat anda ketawa dan senyum ianya juga merupakan tips awet muda.  Anda hanya menambahkan kedutan di muka sekiranya asyik bermuram, awas pastikan ia tidak akan mempengaruhi hari-hari anda bertemu klien nanti.


Oleh: nur fatin shahirah bt mat noor 43131



Kebaikan & Keburukan Sesi Kaunseling secara Atas Talian (Online Counselling Session)

Zaman kini semakin canggih dan hampir kesemua pekerjaan boleh dilakukan secara atas talian. dan sektor kaunseling juga dipengaruhi unsur-unsur atas talian sehingga di luar negara sudah lama menyediakan perkhidmatan sesi kaunseling atas talian ini. kini, beberapa universiti di Malaysia juga sudah mula menawarkan perkhidmatan ini

apa Kebaikan sesi kaunseling atas talian ini

ØIanya sangat mudah untuk dicapai oleh sesiapa sahaja yang mahu menggunakan kaedah ini. Kaedah ini mampu mengatasi tembok halangan kepada individu yang sukar untuk membuat sesi kaunseling. 

ØSangat mudah untuk digunakan oleh ahli terapi dan klien. sesuai untuk mereka yang seharian sibuk dan susah untuk berjumpa dengan kaunselor, bila-bila masa 24 jam

ØBayaran servis mampu dimiliki untuk mana-mana klien kerana ianya lebih ekonomi kepada kedua-dua pihak; klien dan kaunselor. 

ØKaedah ini mampu mengurangkan konsep stigma sosial yang mengaitkan sesi kaunseling dengan wajib untuk perjumpaan secara terus; menunggu di ruang menunggu, daftar, berjumpa dengan individu lain. Ada juga individu yang sangat tidak selesa untuk bercakap secara berdepan. Kaedah ini dapat membantu mereka untuk berkomunikasi dengan kaunselor

ØKaedah ini juga dapat memberi kesan komunikasi secara terbuka tanpa kerisauan akan sifat perkauman, sifat prejudis, memilih jantina, umur, saiz atau paras rupa - dapat meningkatkan kejujuran dalam komunikasi 

Apa pula kelemahan sesi kaunseling atas talian ini?

ØTiada cue verbal dan bukan verbal. Verbal dan bukan verbal sangat penting dalam berkomukasi dan ianya memberi maklumat penting kepada kaunselor atau ahli terapi bagi analisa tingkah laku, nada, riak muka dan sebagainya. 

ØAspek kerahsiaan dan keselamatan masih diragui kerana mana fail-fail atau maklumat disimpan berpotensi diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti fraud, hacking, dan sebagainya  

ØTahap keberkesanan masih belum memuaskan kebanyakan ahli terapi dan kaunselor. Medium ini belum mampu memberi keberkesanan atau suasana terapeutik di mana ianya penting dalam sesi kaunseling. Medium ini juga mampu mendorong kepada diagnosis yang tidak tepat kerana ahli terapi atau kaunselor tidak dapat tahu keadaan sebenar klien yang mereka sendiri tidak pernah lihat. 

ØSukar dijalankan jika tiada rangkaian internet tidak kukuh, tiada gajet . Mesti tiba-tiba server boleh crashing, rangkaian internet faltering dan sebagainya.

Ø paling penting, isu etika boleh timbul. Contoh;
Ø Adakah sah dari segi perundangan untuk ahli terapi wujudkan chatroom secara global dan ke negara-negara yang lain amalan perundangan kaunselornya? 
Ø Bagaimana kepastian kualiti servis tersebut?
Ø Jika kes kecemasan (cubaan bunuh diri), bagaimana untuk bertindak?


kesimpulannya, kaedah ini ada baik dan buruknya. namun, diingatkan supaya kaunselor perlu berpegang kepada etika yang ditetapkan agar kedua-dua pihak kaunselor dan klien dapat dilindungi.

Disediakan oleh,
Nur Maisarah Binti Mohtar 43222
Alexsandra Simbah(40480)

PUNCA PASANGAN SUKAR BERKOMPROMI


Dalam banyak aspek perkahwinan, suami isteri harus berkompromi ataupun bertolak ansur termasuklah dalam perkara yang mungkin dianggap mudah. Kalau tidak, rumah tangga mungkin boleh porak poranda hanya perkara kecil jika masing-masing mahu mengikut kehendak sendiri. Realitinya memang ada pasangan yang sukar diajak berunding atau terumbang ambing semata-mata tidak mahu mengalah. Akhirnya pasangan mereka terpaksa beralah dan makan hati sendirian.

1) Faktor Persekitaran Keluarga
Sikap sukar bertolak ansur ini boleh ada berlaku baik pada suami mahupun isteri. Mengapa ia berlaku? Salah satu daripada penyebabnya adalah kerana faktor persekitaran keluarga yang berperanan dalam pembentukan karakter seseorang. Baik suami dan isteri mungkin dibesarkan dalam persekitaran keluarga yang membolehkan egonya berkembang. Sebagai contoh mungkin pasangan menjadi anak tunggal dalam keluarga. Segala keinginannya dipenuhi dengan mudah tanpa sebarang penolakan, begitu juga dengan kata-katanya sentiasa diiyakan. Justeru apabila dewasa dan berkahwin sikap ini terbawa-bawa dalam rumah tangga. Ia akan menyebabkan pasangan menjadi sukar bertolak ansur dengan suami mahupun isteri sendiri. sikap ego menyebabkan dia berasa dirinya punya penyelesaian tersendiri terhadap masalah yang dihadapi tanpa mengira persetujuan dari pasangan.
2) Rasa Tidak Selamat Dan Malu
Selain daripada faktor persekitaran keluarga, sikap pasangan yang sukar berkompromi juga mungkin disebabkan oleh daripada perasaan tidak selamat terhadap rumah tangga sendiri. Perasaan ini menyebabkan mereka tidak mahu bertolak ansur demi menyelamatkannya. Sikap ini boleh juga timbul kerana pasangan sebenarnya tidak memahamu masalah yang dihadapi tetapi malu untuk mengakuinya. Mereka mahu menutup sikap tersebut dengan memaksa pasangan mengikut kehendaknya atau jalan penyelesaian pilihannya.
3) Kerap Bertengkar
Menghadapi pasangan yang sukar berkompromi sememangnya menyakitkan. Ada pasangan yang boleh bersabar dengan sikap tersebut da nada juga yang tidak mahu berhadapan dengannya. Sekiranya tidak mampu menghadapi sikap pasangan sebegini rumah tangga pasti berantakan kerana masing-masing mahu memenangkan kehendak sendiri. sikap ini harus dijauhi setelah berkahwin. Ia hanya akan mengundang pertengkaran yang kerap antara pasangan suami isteri. Akibatnya ada pasangan yang sanggup mengundur diri ataupun berpisah kerana tidak tahan dengan keadaan tersebut.
4) Jangan Memendam Rasa
Walaupun pasangan sukar bertolak ansur dalam banyak perkara tapi adalah kurang tepat jika anda menyalahkan dirinya semata-mata. Janganlah menunjukkan pasangan sebagai orang yang sukar diajak berbincang meskipun hakikatnya begitu. Kompromi terhasil melalui dua belah pihak iaitu suami dan isteri. Oleh itu lihatlah pula dari aspek diri anda sendiri, jangan hanya menyalahkan dirinya. sebagai wanita, selalunya anda berasa haus mengalah dan menerima apa saja keputusan yang dibuat oleh pasangan meskipun tidak bersetuju dengannya. Atau kadang-kadang anda mengalah hanya untuk menghindari konflik dengan pasangan. Perkara inilah sebenarnya yang akan menyebabkan anda tertekan dan meledak suatu hari nanti.
5) Cari Jalan tengah
Apabila masalah muncul dalam rumah tangga dan kata sepakat sukar dicapai hingga terjadi konflik maka yang harus dilakukan ketika itu adalah fokus kepada masalah. Ada baiknya anda memberanikan diri utnuk mencari jalan tengah. Sesekali anda perlu beradu pendapat untuk mengajar pasangan agar tidak terlalu ego dalam menyelesaikan masalah. Sebagai isteri, tindakan anda ini bukan untuk melawab suami atau menimbulkan keributan tapi utnuk menghindari tekana batin pad dri yang memberi kesan buruk di kemudian hari.
6) Mengalahkan Ego
Seterusnya apabila segalanya selesai, jadikan apa yang telah berlaku sebagai proses pembelajaran bagi anda berdua. Sebagai isteri, anda juga harus mampu berfikir secara rasional agar masalah anda dapat diselesaikan secara win-win solution. Bagi pasangan khususnya kaum lelaki, kompromi dapat dijadikan sebagai latihan untuk mengalahkan ego agar anda mahu mendengar kata-kata isteri. Paling penting adalah anda berdua mahu membuka diri untuk melakukan perubahan. Mungkin sukar mengubah sikap tapi anda harus melakukannya demi keharmonian rumah tangga yang anda bina.

ENERGY: KALAU SAYANG DIRI SENDIRI, URUSLAH DIRI DENGAN BAIK!!!

7 Cara meningkat tenaga apabila anda berasa letih atau lemah


1.      Dapatkan cahaya matahari dan udara segar.
     Pada awal waktu pagi mengambil udara dan cahaya matahari di luar rumah sekurang-kurangnya 20 minit. Hal ini anda dapat menikmati oksigen yang banyak, dan vitamin D hal dapat membantu anda berasa lebih bertenaga.

2.      Melakukan senaman ringan.
     Misalnya, melakukan senaman ringan di kawasan yang selesa dan membuat pergerakan badan dalam beberapa minit supaya diri rasa segar.
3.      Mengambil makanan yang sihat.
           Makan makanan organik yang mempunyai zat yang tinggi seperti bayam, kacang hitam, dan lada.

4.      Tidur siang singkat.
     Keletihan dan kehilangan tenaga mungkin disebabkan otak anda lelah. Jadi, tidur siang singkat bukan hanya meningkatkan tenaga tetapi baik untuk jantung dan menghilangkan stress.

5.      Mengatur emosi anda dengan tenang.
     Perasaan turut menjadi pembunuh tenaga anda. Namun, anda harus mengaturkan emosi sendiri dalam setiap situasi untuk mengurangi ketegangan serta dapat meningkat tenaga anda.
6.      Perbaiki mood anda
     Mood sangat berkaitan dengan tenaga, apabila anda berasa tidak ada mood anda harus melakukan sesuatu yang boleh menghiburkan anda misalnya, menonton video atau filem yang lucu ataupun melakukan aktiviti yang sihat di mana boleh menghiburkan hati anda.

7.      Mendengar lagu kesukaan anda.
     Apabila anda mendengar lagu kesukaan anda ia dapat meningkatkan tenaga anda. Di samping itu, mendengar lagu yang mempunyai tahap suara yang tinggi, ini dapat memberi tenaga secara efektif iaitu dapat mengalihkan perasaan lelah.

SEKIAN
OLEH: KAKNITTHA A/P INAN 41628

Siapa Aku?

Aku ingin berkongsi tujuan aku dihidupkan,
Bukan semata-mata cubaan mahupun sekadar mainan si Tuhan.

Bagi aku dunia ini adalah universiti terbaik buatku,
Disinilah tempat aku menimba segala macam pengalaman,
Dari kepayahan hingga kesenangan,
dari aku kecil hingga dewasa kini,
Malah lebih lagi yang akan aku alami bila tahun memakan usiaku kelak.
aku suka mendongak kelangit bagi melihat kerdilnya diri aku berbanding keluasan langit yang luas terbentang
(http://fc01.deviantart.net/fs38/i/2008/322/3/d/menantang_langit_by_succinctsilhouette.jpg)
Guruku adalah segala benda yang aku lihat dimuka bumi ini,
Baik hidupan yang berakal mahupun tidak,
Baik mereka yang kukenal mahupun tidak,
Baik mereka itu baik mahupun buruk,
Pasti aku akan mengambil pengajaran daripada setiap apa-apa yang kulihat,
Kerana aku percaya,
Setiap kejadian itu ada hikmahnya,
Sebagai petunjuk buat diriku, serta manusia disekelilingku.
"Manakan dapat aku lihat manusia itu sama"
Aku suka memerhatikan manusia,
Pelbagai kerenah dan rencah dapat aku teliti,
Membuktikan bahawa Tuhan itu kaya dan luas kekuasaanNya dalam menciptakan,
Manakan dapat aku lihat manusia itu sama,
Sedangkan setiap fikiran sang mahkluk adalah berbeza,
Malah ibu jari terbukti menggambarkan bahawa manusia itu unik.

hidup dalam masa yang serba singkat
(http://www.pusatgratis.com/wp-content/uploads/2013/09/wallpapermotivasi_33.jpeg)
Aku percaya hidup ini hanya sementara,
Tidak akan lebih detiknya dari saat aku mengela nafas terakhir,
Untuk aku menerus kehidupan kekal abadi di alam yang tidak dapat kugambarkan,
Dibumi inilah aku mengumpul kebaikan sebagai bekal dan bentangan aku pada Cintaku.

Namun aku kecewa melihat kehancuran dunia,
Tempatku mengimani tuhan dicemari dengan tangan-tangan kotor sang penderhaka,
Aku kecewa melihat kepincangan manusia dalam menjalani kehidupan sehari-harian,
Penuh duka dan hampa kerana jauh meninggalkan pesan sang Penguasa Bumi,
Sehingga terkadang membawaku hanyut bersama dan menghilangkan rasa cintaku pada Dia,
Itulah dugaan si pelakon bumi pada akhir dunia.

impian aku berkhidmat dengan manusia sebagai kaunselor
(http://www.orangmuda.tv/wp-content/uploads/2013/09/kaunselor.jpg)
Maka aku ingin berkhidmat pada manusia,
Agar dapat membantu manusia kembali mengatur kehidupan,
Mengikut kepercayaan dan keimanan masing-masing,
Agar aku dapat menyaksikan penyatuan umat manusia,
Supaya bumi ini tidak disakiti bila dipijak,
Dan aku dapat berbekalkan kebahagian manusia lain bila menerjah kealam hakiki.

aku ada cita-cita dan harapan
(http://www.ceritamu.com/uploads/posts/HBC/files/e91eb3dc-42e0-4fac-b1a1-4b4da94035a5.jpg)
Aku mengharapkan manusia kembali kepada Tuhan,
Agar hidup ini indah teratur,
Tidak bergolak dan tidak merana,
Kerana aku cintakan keamanan,
Dan aku gemarkan keharmonian sejagat,
Usah berpecah dan berbunuhan,
Usah bermusuh dan membenci,
Kerana itu adalah barah hati,
Yang mematikan jiwa.

Pulanglah wahai manusia ke fitrah asalmu,
Kerana kelak kamu akan bersatu dan merasai balasannya.

karya asal oleh :
MUHAMAD NOR SYAKIRIN BIN MUHAMAD SA'AD
42358
SELANGOR
blog : jangan tekan