Hye,
Selamat sejahtera,
Nama
saya ialah Grace Alliun (46902), pelajar tahun 2 semester 2 dalam program
Kaunseling di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti
Malaysia Sarawak (UNIMAS). Berkaitan dengan kasih sayang dalam universiti,
sebenarnya banyak perkara yang boleh dikongsi bersama. Seperti yang kita
ketahui perkataan kasih sayang sebenarnya mempunyai maksud tersirat yang sangat
mendalam. Tanpa adanya kasih sayang dalam kehidupan seseorang individu,
pastinya individu tersebut merasa kesunyian dan merasa tiada makna untuk hidup
di dunia ini. Namun, sebenarnya kasih sayang itu boleh dicari tanpa mengira
tempat, masa dan keadaan. Kali pertama kita mendapat kasih sayang adalah
melalui kasih sayang dalam keluarga. Terutamanya daripada kedua ibu bapa kita
kerana merekalah individu yang pertama kali menunjukkan kita erti kasih sayang.
Tanpa hadirnya kasih sayang daripada ibu bapa kita, semestinya kita tidak akan
pernah lahir di dunia ini. Sejak dilahirkan, ibu bapa telah menjaga dan
membesarkan kita dengan penuh kasih sayang sehinggalah kita menjadi seorang
individu yang berguna untuk masyarakat dan negara. Kasih sayang juga terjalin antara
adik-beradik walaupun kadangkala ada pergaduhan. Namun, pergaduhan itu jugalah
yang mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara adik beradik kerana
berlakunya penerimaan tanpa syarat yang lahirnya daripada kasih sayang itu
sendiri.
Dalam
kehidupan sebagai pelajar universiti, semestinya kita akan berada jauh daripada
keluarga masing-masing. Mereka yang belajar di universiti berdekatan dengan
rumah amat bernasib baik kerana sangat mudah untuk mereka berulang-alik dari
universiti ke rumah. Bagi mereka yang jauh dari keluarga terpaksa merindui
keluarga yang jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati. Sebagai pelajar
kaunseling, saya dan kawan-kawan yang lain perlu bertahan selama empat tahun
untuk menimba ilmu yang berkaitan dengan kursus kaunseling ini. Berita baiknya,
setiap cuti semester iaitu selama satu bulan atau dua bulan kami akan bercuti
untuk balik ke pangkuan keluarga bagi meluangkan masa bersama keluarga
tersayang.
Walaupaun
berada jauh dari keluarga, kelebihan belajar di universiti adalah kita akan
bertemu dengan kawan baru yang masing-masing mempunyai latarbelakang yang
berbeza iaitu tidak kira agama, bangsa dan budaya. Walaupun saya seorang yang
suka bersendirian tidak bererti saya sama sekali tidak memerlukan orang untuk
berada disekeliling saya. Saya tidak boleh berdiri sendiri tanpa kasih sayang
dan sokongan daripada kawan-kawan dan pensyarah. Merekalah sebagai pengubat
rindu keluarga saya. Bersama dengan kawan-kawanlah tempat saya mengadu, meminta
belaian kasih sayang, meminta nasihat dan sebagainya.
Gambar
di atas adalah gambar saya bersama kawan-kawan saya sejak dari Kolej
Matrikulasi Labuan (KML) dan dipertemukan kembali di UNIMAS. Nama mereka ialah Law
(tidak berada dalam gambar), Laura, Abigail, Bani, Pamella, Aley, Rolex, Paso,
Arnold, dan Leslie. Pada setiap hari Ahad, kami akan pergi ke gereja
bersama-sama dan masa inilah kami meluangkan masa bersama-sama kerana pada
hari-hari lain masing-masing sibuk dengan pelajaran. Namun, pada hujung
semester 2 2015, empat orang kawan saya terpanggil untuk melanjutkan pelajaran
dalam bidang kejururawatan iaitu Laura, Bani, Pamella dan Aley. Kini kami hanya
tinggal tujuh orang yang masih bertahan di UNIMAS. Saya amat merindui suasana
meriah kami yang dahulu. Keadaan kini tidak sama seperti dahulu kerana ada diantara
kami yang tinggal di kolej luar dan pergi ke gereja bersama dengan kawan-kawan
baru. Namun, keadaan ini tidak mengganggu persahabatan kami kerana adanya group
whatsapp yang menghubungkan kami walaupun terpisah jauh secara fizikal. J
Gambar di atas telah diambil bersama
lima orang lagi pelajar mobiliti dari Universiti Malaysia Sabah (UMS)
bersama-sama dengan kami untuk mengambil peluang keemasan untuk belajar di
Universiti Utara Malaysia (UUM). Kami belajar di UUM hanya selama satu semester
sahaja dan saya sangat gembira kerana berpeluang untuk belajar di universiti
lain. Kawan-kawan dan staf-staf dari UUM dan pelajar mobiliti yang lain sangat
peramah dan melayan kami dengan baik dan kami berasa sangat dihargai dan
gembira kerana kini kenalan semakin ramai. Persahabatan antara kami iaitu Zen,
Atun, Suzi, Jas, Law dan Lim semakin akrab semasa berada di UUM. Walaupun
kadangkala berlaku salah faham antara kami, namun salah faham itu jugalah yang
membuatkan kami lebih mengenali antara satu sama lain disamping dapat belajar
untuk menerima segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri
masing-masing.
Kesimpulannya, tidak kira dimana
kita berada dan dengan siapa kita bersahabat, di sanalah kita dapat belajar
untuk saling mengasihi antara satu sama lain. Kasih sayang bukan sahaja dapat
diperoleh daripada keluarga, malah melalui persahabatan dengan orang lain juga
kita boleh menerima dan memberi sifat kasih sayang tersebut. Hargailah
masa-masa yang ada semasa anda masih berada di universiti kerana di sinilah
kita akan menemui pelbagai jenis karenah manusia. Namun, dengan kasih sayang
kita dapat menerima kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap individu
kerana tiada manusia yang sempurna. Sekian, Terima kasih. J
GRACE ALLIUN,
46902.