Friday, March 18, 2016

Persahabatan Jalinan Kasih Sayang di Universiti

Asssalamualaikum kepada semua yang mengenali diri Athirah atau tidak mengenali diri Athirah J
Selamat berkenalan kepada semua. Sesungguhnya kita mempunyai keindahan diri yang tersendiri
J

Apa yang saya rasa dan fikir pada detik ini adalah kesyukuran. Bersyukurnya saya kerana beradanya saya di sini. Di sini? Ya di sini di alam universiti yang mempunyai pelbagai corak, cerita, suka, duka, tangis, tawa. Ya di sini juga tempat mentarbiyah diri dari seorang yang hanya tahu melalaikan diri dengan kesenangan, di sini tempatnya saya tersedar dari kealpaan dengan keseronokan hiburan yang hanya meletakkan diri di tempat yang bahaya dan  di sini jugalah tempat lahirnya sebuah cinta.

Wahai sahabat, kita tidak kenal sebelum ini, tidak tahu asal usul antara kita. Pertemuan di universiti adalah titik permulaan jambatan persahabatan kita kepada kasih sayang. Percayalah…Pengalaman ini tidak mungkin akan dirasai oleh semua orang. Pahit manis hanya antara kita yang tahu. Ukhwah yang terjalin antara kita tidak mungkin akan berlaku jika tidaknya kita berada di kehidupan universiti ini. Begitu juga dengan pensyarah-pensyarah yang bertungkus lumus mencurahkan ilmu kepada kita untuk menjadi seorang yang berilmu. Itulah bukti kasih sayang mereka kepada kita.



Gambar bersama sri kandi Gayong UNIMAS

Matarun, (2010) mengatakan bahawa hargailah sementara masih ada, belum terlambat lagi untuk perbetulkan apa yang salah. Tolong.. tidak perlu dibuang jika ia sudah rosak namun perbaiki dengan penuh berhemah dengan kemahiran yang ada pada setiap diri kita. Penerimaan antara kita memperlihatkan nilai kasih sayang yang telah kita bina sejak berada di universiti. Di sini tempat saya mengenal erti kehidupan, betapa manisnya jika kita dapat merasai kasih sayang antara kita. Kita yang membuat pilihan..





Terdapat beberapa cara yang boleh memupuk kasih sayang di antara kita sewaktu di universiti. Gunakan masa yang tidak lama ini untuk memupuk kasih sayang di antara kita. Ini kerana dirimu begitu berharga untuk disayangi dan kerana kita mampu untuk mencipta sebuah memori yang indah melalui ikatan kasih sayang di sini, di Universiti Malaysia Sarawak.

 Sentiasa bersikap jujur antara satu sama lain
Tidak mudah untuk jujur walaupun kejujuran itu kadang kalanya perit namun ia mengambil masa yang sedikit untuk sembuh kerana dengan kejujuran kita dapat melepaskan apa yang terbuku di hati namun bersikap jujurlah dengan hikmah dan penuh bersopan santun kerana setiap penerimaan kejujuran akan jadi lebih indah dengan kata-kata yang baik.

Sentiasa bersikap terbuka dan tidak bersangka buruk
Manusia  terkadang mempunyai pemikiran yang negatif terhadap tindakan sesuatu perkara. Sebagai contoh kita terlihat seorang rakan dan kita sewaktu ingin ke kelas dan kita melemparkan senyuman kepadanya namun senyuman kita tidak dibalas mungkin ketika itu kita akan berkata kepada diri kita adakah kita melakukan apa-apa kesalahan kepadanya?  Pada waktu ini sikap keterbukaan amat penting mungkin rakan kita tadi mempunyai masalah peribadi yang sedang bermain-main difikirannya. Dengan sikap terbuka kita akan merasakan kasih sayang menjadi akar tunjang kepada persahabatan.

Ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara
Hargai seseorang seperti mana kamu ingin dihargai, sayangi seseorang sepertimana kamu ingin disayangi. Tidak perlu bermuka-muka dan tidak perlu bermasam muka jika melakukan sesuatu perkara.  Belajar ikhlas diri dan perbetulkan niat kita setiap masa jika kita terleka. Apa yang terjadi sentiasa ada hikmah. Pandanglah sesuatu perkara dengan keihklasan dan kasih sayang kita akan dapat merasai perbezaannya.

Memaafkan diri dan orang lain
Sebagai manusia kita tidak akan lari daripada melakukan kesilapan dan percayalah dengan melakukan kesilapan kita akan tersedar dan kita akan perbetulkan kesilapan itu untuk menjadi lebih baik. Tidak salah melakukan kesilapan maafkan diri anda dan orang lain dan jangan ulang kesilapan yang sama perbaiki semampu yang kita boleh.


Terdapat banyak lagi perkara yang kita boleh lakukan untuk memupuk kasih sayang ia terpulang kepada kita sama ada ingin melihat kasih sayang itu di tahap yang kita inginkan. Kita yang melakukan perubahan itu kerana tidak lain yang berada di universiti selain kita. Saya percaya dengan adanya kasih sayang di universiti ini kita tidak akan mudah cepat melatah kerana kita berada di landasan ilmu yang menuntut kita untuk berfikir dan sentiasa berpandangan jauh. Oleh itu, saya berharap agar kita mampu mencapai matlamat kita bersama tujuan utama kita masuk ke universiti dengan disulami ikatan kasih sayang yang abadi untuk kita kenang sehingga akhir hayat nanti.





Penuh kasih sayang,
Athi@athirah



Oleh: Siti Nor Athirah binti Mohamad 48989
Nama Pensyarah : Dr. Amalia Madihie
Subjek : KMC 2053 Makmal Kaunseling II                                        
Fskpm batch 3 sesi 2013/2014 pada jam 1.12 petang 16/3/2016

Rujukan

Matarun, T (2013, July 13).  Jalinan persahabatan jambatan kasih sayang, tanpa sahabat 
             siapalah aku. Retrieved from http://tokwanmatarun.blogspot.my/2013/07/jalinan-
             persahabatan-jambatan-kasih.html

3 comments:

  1. Mungkin dalam masa satu minggu, kita dapat membina rasa kasih sayang antara kita, sahabat-sahabat satu kelas, tetapi mungkin juga dalam masa kurang satu minggu, kita dapat hilangkan rasa kasih sayang antara kita.. Justeru itu, kita perlu tahu cara-cara bagi memupuk rasa kasih sayang antara diri kita dan orang lain.. Terima kasih Kak Tirah atas perkongsian ilmu cara memupuk rasa kasih dan sayang.. <3

    ReplyDelete
  2. Tahniah akak. Perkongsian yang sangat menarik. Baca entri akak memberi Jas idea untuk mempelbagaikan lagi cara yang boleh digunakan untuk memupuk rasa kasih sayang di universiti khususnya.

    ReplyDelete
  3. Kasih sayang dalam persahabatan sebenarnya banyak membantu kita utk mengenali diri. rakan-rakan seolah-olah mcm cermin kita yang membantu diri utk menjadi lebih baik ☺

    ReplyDelete