Hadis al-Bukhari dari Abu
Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang
soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi
dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada
anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh
menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Gambar ketika berada di kaki Kg Santubong
Assalamualaikum
dan Salam sejahatera semua. Apa khabar semua? Emosi masih dalam keadaan stabil?
Saya Muhammad Shazwan Kamaruzali, insyaAllah bakal Kaunselor satu hari kelak.
Nama manja saya Juwwe. Selamat berkenalan.
Pada
kali ini, saya berkesempatan untuk berkongsi tentang kehidupan di alam
universiti ini. Saya telah bertapak di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
sejak 2013 lagi. Saya merupakan pelajar jurusan asasi sains hayat di UNIMAS sewaktu
di Pusat Asasi UNIMAS sebelum beralih arah ke Ijazah Sarjana Muda Kaunseling.
Satu
aturan yang telah diaturkan oleh-Nya membawa satu perkara baru dan mendewasakan
diri saya sendiri. Tidak pernah terfikir untuk bertapak jauh di bumi Kenyalang
yang selalu dimomokkan dengan perkara yang negatif. Terbang jauh menaiki
“belon” membawa satu harapan besar keluarga.
Tika
memulakan satu kehidupan baru yang jauh daripada keluarga, suasana yang
berbeza, masyarakat berbeza dan system pembelajaran yang baru, saya mengambil
masa agak lama untuk menyesuaikan diri pada ketika itu.
Permulaan
kehidupan di bumi asing semasa Asasi UNIMAS membawa saya ke arah mencari satu
kelompok yang mana sekarang telah menjadi keluarga saya di UNIMAS. Saya telah
menyertai Jawatankuasa Pengurusan Masjid UNIMAS (JPMU) yang merupakan satu
badan pelajar yang cuba membawa program-program islam dan mengimarahkan Masjid
di Pusat Asasi. Dari situlah permulaannya saya berjinak-jinak dengan satu
bulatan gembira yang dipanggil USRAH. Usrah adalah satu bulatan tetap yang
dianjurkan oleh kumpulan dalam memahami dan menghayati Islam.
Di
samping menjalankan gerak kerja utama kami, kami yang berada dalam JPMU seramai
11 orang membentuk satu usrah dan kami akan berkumpul sekurang-kurangnya
seminggu sekali. Kami mempunyai kepelbagaian latar belakang, negeri dan
kerenah. Usrah membawa kami untuk bersama walaupun dalam kepelbagaian.
Banyak kelebihan yang diperoleh dalam
mengikuti sesebuah usrah. Di sini saya akan mengutarakan pendapat saya tentang
dapatan saya daripada usrah yang saya jalani.
Memahami Islam
Di dalam usrah,
kami diajar untuk memahami dan kemudian menjadikan Islam sebagai cara hidup
dengan melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya berdasarkan
topik-topik yang digariskan. Di samping pengisian, kami juga menjalankan
modul-modul dan aktiviti yang menambahkan tahap kefahaman kami semua.
Menenangkan Diri
Saya membawa
analogi telefon bimbit dengan pengecas telefon bimbit. Kita tidak akan pernah
lari daripada kekusutan dan kesusahan. Di dalam sesi usrah berlangsung, setiap
ahli akan diberi ruang untuk berkongsi masalah, teguran, idea dan nasihat.
Secara tidak langsung, suasana tolong-menolong antara satu sama lain dihidupkan.
Bagi saya, sistem usrah adalah satu sistem hampir sama dengan sistem sesi
kaunseling kelompok.
Mengenali Sahabat & Membina Ukhwah
Berapa di tempat
asing akan membawa seseorang itu untuk cuba mencari kelompok yang baru untuk
dia bersama. Usrah bukanlah satu kelompok yang biasa-biasa tetapi usrah memandu
mereka yang mempunyai satu pemikiran yang sama iaitu untuk berkumpul berbincang
dan memahami tentang Islam. Di dalam usrah, setiap ahli bukan sahaja belajar
tetapi kami juga melakukan aktiviti bersama bagi mengeratkan hubungan serta
pemikiran kami semua. Hal ini memandu ahli-ahli untuk dapat bersama di dalam
kepelbagaian yang banyak perbezaannya.
Ukhwah membawa
maksud ikatan persaudaraan. Dalam sesebuah organisasi kurang meletakkan tentang
hubungan antara satu sama lain sebagai satu perkara yang penting. Usrah
mengajar ahli untuk menguatkan ikatan antara satu sama lain. Daripada
pengalaman saya, usrah sangat membantu kami dalam pergerakan organisasi kami
JPMU. Masalah yang timbul sedikit sebanyak kami dapat selesaikan dengan cara
yang aman dan matang.
MUHAMMAD SHAZWAN KAMARUZALI
KAUNSELOR PELATIH
28032016
hmmmm....
ReplyDeleteTahniah juwe atas perkongsian yang sangat menarik. Aku setuju dengan kau. Usrah adalah salah satu jalan untuk kita berkasih sayang dengan kawan kawan sambil memahami agama islam.
ReplyDeletePd pendapat aku,usrah bukan saja tempat di mana semua ahli-ahli yg mempunya pemikiran yang sama berbincang dan menyelesaikan sesuatu isu,tp juga tempat di mana semua ahli-ahlinya berkongsi segala pendapat walaupun mempunyai perbezaan yang ketara 😃
ReplyDelete"bulatan gembira".. nama itu sangat unik, dan bila terdengar, pasti buat aku tersenyum.. aku dan shabat2 aku juga setiap minggu pasti berada di dalam bulatan gembira. bnyk perkongsian dr sahabat2 terutama mengenai islam serta manusia yang sememangnya unik. sgt mmbntu kite as a counselor untuk faham manusia yang lain..
ReplyDelete