Friday, March 18, 2016

Kasih Sayang Melalui Persahabatan di dalam Universiti

Assalamualaikum dan hai semua,
Saya Siti Nurhayati Binti Ibrahim (49026). Saya dikenali oleh rakan-rakan seperjuangan saya dengan gelaran Ati ataupun kak Ati bagi yang lebih muda daripada saya. Saya merupakan pelajar kaunseling  Tahun 2 Semester 2 daripada Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. Pada pendapat saya, kasih sayang merupakan ikatan yang mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara individu dengan individu yang lain. Kasih sayang juga merupakan keperluan asas yang perlu ada dalam kehidupan setiap manusia . Ianya adalah satu ikatan yang terjalin di antara setiap manusia. Dalam aspek kekeluargaan pula, kasih sayang daripada ibubapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk sebuah keluarga yang harmoni.
Tajuk minggu ini saya yang ingin huraikan adalah berkenaan dengan kasih sayang dalam kehidupan universiti. Ya, sememangnya kita mengetahui bahawa kehidupan di Universiti agak mencabar apa lagi bagi diri saya yang jauh merantau dari negeri Kelantan ke negeri Sarawak. Hidup berjauhan dari keluarga menyebabkan rasa rindu terhadap keluarga itu sangat mendalam. Namun begitu, kasih sayang yang terbina di alam universiti serba sedikit mengubat rindu di hati saya. Selepas menjalani kehidupan di UNIMAS selama empat semester, saya melihat kasih sayang begitu utuh terjalin dalam satu kumpulan saya yang dikenali sebagai “G10 Bapak”. Walaupun ahli kumpulan ini berasal dari empat negeri yang berbeza (Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak), namun kasih sayang ini tetap utuh sehingga kini. Empat semester bersama mengharungi liku-liku kehidupan sebagai insan bergelar pelajar dan perantau.

                       ( Gambar 1 :Semasa Pembentangan Akhir Semester 1, Tahun 1)

Gambar 1 di atas merupakan gambar semua ahli keluarga “G10 Bapak” yang sangat saya sayangi terdiri daripada Farid, Ati, Nisa, Anie, Zara, dan Law. Apa yang amat membanggakan saya adalah walaupun kumpulan ini dibentuk bukan atas kehendak kami namun atas pilihan pensyarah, tapi kami masih mampu bersama sehingga kini. Perbezaan bangsa, asal, agama mahupun bahasa tidak menghalang terjalinnya kasih sayang antara kami. Mungkinkah hadirnya cinta terhadap sahabat yang mengukuhkan hubungan ini? Menurut Musafir Bin Said az-zahrani, cinta adalah satu emosi terpenting dalam kehidupan manusia. Faktor terpenting dalam menyatukan hati manusia dan pembentukkan kasih sayang di antara sesama mereka. YA, cinta sesama sahabat lah yang menyebabkan kami bersatu selama ini.  
Bukan harta mahupun balasan daripada seorang kawan yang diharapkan, namun cukuplah sekadar masa dan sokongan dihulurkan bagi mengekalkan ikatan kasih sayang ini. Itulah yang berlaku dalam kumpulan kami. Susah mahupun senang sentiasa bersama-sama. Hingga sampai satu ketika, walaupun dah berada di saat-saat akhir, kami tetap berkongsi ilmu untuk menghadapi exam yang akan datang. Saling melengkapi antara satu sama lain. Jatuh dan bangun bersama. Apa yang dapat saya simpulkan di sini adalah persahabatan tidak di ukur dari banyaknya harta tapi seberapa lama dapat bertahan dalam suka mahupun duka.


               
                                    (Gambar 2 : Peperiksaan Akhir Falsafah Kaunseling Semester 1)


Kehidupan seorang pelajar sudah pasti tidak lepas daripada assignment dan juga program yang perlu diselesaikan terutamanya bagi kami pelajar kaunseling. Kesibukkan dan perbezaan bidang tugas dalam setiap program bukan menjadi faktor untuk kami berpecah belah. Mungkin juga sikap saling memahami dan membantu antara satu sama lain menyebabkan kami sentiasa bersama. Malahan sebelum program berjalan pun sempat lagi selfie. Zaman teknologi sekarang, selfie ada dimana-mana sahaja. Sebelum makan makanan sedap-sedap pun kena selfie. Hehehe generasi Y kan. Rasa gembira terus menguasai diri apabila dapat bergambar bersama. Sebab itu, jangan sesekali jadikan perbezaan pangkat penghalang untuk kita meneruskan jalinan kasih sayang sesama sahabat. Pesanan dari saya, “majulah tanpa menyingkirkan orang lain, naiklah tinggi tanpa menjatuhkan orang lain dan berbahagialah tanpa mnyakiti orang lain”

   

                               (Gambar 3 : Program Bersama CCRC Semasa Tahun 1, Semester 2)
  
Apa yang dapat saya simpulkan secara keseluruhannya ialah kasih sayang dalam kehidupan di universiti khasnya bagi saya pelajar UNIMAS sangat terserlah dalam konteks persahabatan. Memiliki sahabat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, bangsa dan negeri bukan menjadi penghalang untuk kita mengukuhkan ukhwah sesama kita dan juga menjalinkan ikatan kasih sayang yang utuh dalam persahabatan. G10 Bapak banyak mengajar saya bahawa kasih sayang antara kami dapat bertahan sehingga kini kerana rasa cinta terhadap sahabat yang wujud dalam diri, tidak mengukur nilai persahabatan dengan memandang harta serta pangkat yang dimiliki oleh sahabat yang lain. Dari kisah ini kasih sayang yang wujud dalam kehidupan  di universiti sebenarnya adalah kasih sayang sebuah persahabatan yang terjalin buat selamanya.
Sekian daripada saya,
Nurhayati

                                                             “GROUP 10 BAPAK”
                   

                     (SEMOGA HUBUNGAN INI KEKAL SELAMANYA)
                            J LAW_ATI_ZARA_ANIE_FARID_NISA J


Rujukan
Rachman, A. (2015). Pengertian cinta menurut para ahli . Retrieved from
                 http://aunirachman.blogspot.my/2015/05/pengertian-cinta-menurut-para-ahli.html



6 comments:

  1. Saya setuju dgn kak atie.persahabatan memang elemen penting dlm mewujudkan rasa kasih sayang �� kalau persahabatan tak wujud,kasih syg pun tak wujud ��

    ReplyDelete
  2. Rasa kasih sayang dan cinta antara sahabat merupakan suatu perkara yang akan menguatkan ukhuwah yang terjalin. Segala persamaan dan perbezaan di antara sahabat dapat juga dapat diraikan bersama dengan adanya rasa kasih sayang dan cinta..

    ReplyDelete
  3. Cerita yg sgt mnarik.. Persahabatan yg trjalin di universiti..smoga sukses.. ^^

    ReplyDelete
  4. Cerita yg sgt mnarik.. Persahabatan yg trjalin di universiti..smoga sukses.. ^^

    ReplyDelete
  5. Tahniah akak atas perkongsian yang sangat menarik. Semoga kasih sayang G10 semakin kuat dan salurkan sekali kasih sayang tu pada kami semua. Semoga pelajar kaunseling happy selalu dan saling berkasih sayang sentiasa.

    ReplyDelete
  6. Mohon pinjamkan sedikit nukilan untuk tujuan penulisan saya. terima kasih. sangat menarik.

    ReplyDelete