“UTUHNYA CINTA YANG DIBINA”
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog yang dikasihi. Alhamdulillah
kini tiba giliran saya untuk menulis blog berkaitan dengan tema “Kasih Sayang
Dalam Kehidupan Universiti”
Sebelum
saya terus melayan perasaan dengan berkongsi cerita dan pengalaman di Unimas,
saya berbesar hati mahu berkongsi maklumat diri saya terlebih dahulu. Nama
diberi, Siti Fatimah Zahrah Binti Mohamaddillah. Kawan-kawan panggil saya
dengan gelaran Zara dan saya izinkan jika kawan-kawan semua mahu panggil saya
dengan gelaran yang lain (yang baik-baik je okay) Hehe.. Kali ini saya tidak
lagi rahsiakan umur saya, kini umur saya telah cecah 22 tahun dan merupakan
anak pertama dari lima orang adik beradik. Ye, saya seorang kakak yang sangat
tegas sehingga di ”label” sebagai Kak Ros
Upin Ipin oleh adik-adik saya. Hehe..
Kasih
Sayang Dalam Kehidupan Universiti? Tema kasih sayang yang diungkap ini sangat
menarik hati saya terutamanya tentang kehidupan di universiti. Hal ini kerana,
ini merupakan kali pertama saya berjauhan dengan keluarga saya. Interesting !! Terlalu banyak kenangan
manis yang mengutuhkan lagi kasih sayang yang terbina melalui perjumpaan yang
tidak diduga. Ianya bukanlah berkaitan dengan kasih sayang antara lelaki dan
perempuan, malah apa yang saya ingin ungkapkan ini berkaitan dengan kasih
sayang yang saya sendiri bina di Bumi Kenyalang ini bersama kawan-kawan baru.. Saya
seorang yang suka berkawan dan saya mahu apabila saya pergi semua tempat
walaupun tempat yang terpencil, saya tetap akan berjumpa dengan kawan-kawan
yang saya kenali dan mereka juga kenali saya. Saya sangat menitik beratkan
hubungan persahabatan dan sejak menjejaki kaki di bumi universiti ini saya
telah tanamkan niat di mana saya akan membina hubungan baik dengan semua orang.
Pertama
sekali, kasih sayang yang saya sendiri bina ialah melalui penglibatan saya
dalam kelab drama iaitu kelab yang wujud di Kolej Bunga Raya. Ketika saya tahun
1, semester 1, saya melibatkan diri dalam drama dan teater dan dengan penglibatan
inilah terhasilnya banyak kenangan indah yang saya sendiri bina. Saya mahu
tunjukkan bukti kasih sayang yang telah saya bina dalam kelab drama ini. Ye,
saya memang jakun. Jakun kenapa? Sebab saya mempunyai kawan-kawan yang turut
menyayangi saya. Mereka ini ibarat sebuah keluarga bahagia di Sarawak.
Gambar 1 : Selepas latihan drama
Gambar 2 : Kenangan makan bersama di depan pejabat BRC
Sepanjang
di universiti ini juga, saya mengutuhkan lagi hubungan kasih sayang
persahabatan bersama lima orang sahabat yang saya sangat sayangi. Mereka adalah
sahabat yang paling saya rapat di kolej dan kamilah lima sahabat yang aktif kolej.
Kami sentiasa bersama, melakukan semua kerja bersama, berjalan-berjalan
bersama, sambut birthday bersama dan macam-macam lagi. Kasih sayang ini saya
wujudkan kerana saya suka berkawan dan saya menerapkan dalam diri bahawa tanpa
kawan saya sunyi dan tidaklah jadi seorang Zara seperti yang sekarang. Hehe..
Kawan-kawan inilah yang ada ketika susah senang saya. Saya tidak menyangka
bahawa saya dapat terapkan hubungan kasih sayang antara kami ini kerana pada
mula perkenalan kami tidak kenal antara satu sama lain. Gambar di bawah
merupakan bukti cinta yang utuh Berjaya dibina. Mereka adalah terdiri daripada
Kak Nisa, Anis, Ratna dan Shida.
Gambar
3 : Kami terlibat dengan larian FIT Malaysia 5KM
Gambar
4 : Bersama selepas kelas
Saya
juga mengutuhkan sebuah persahabatan sejak semester 1 lagi. Hubungan
persahabatan yang digelar Kumpulan 10
ini telah dibina oleh Bapak dalam subjek Falsafah pada semester 1. Daripada
tidak kenal sehingga kenal antara satu sama lain, berkongsi cerita gembira,
suka, duka bersama telah mewujudkan lagi kenangan yang sangat indah dalam
kehidupan di universiti. Hubungan ini kekal sehingga ke hari ini kerana kasih
sayang yang utuh telah mengekalkan hubungan yang tidak dijangka ini. Terlalu
banyak peristiwa yang telah kami lakar bersama, dan hanya kepingan-kepingan
gambar lepas dan terkini sahaja yang mampu menjawab betapa utuhkan kasih sayang
antara kami. Saya terlalu sayang hubungan persahabatan ini sehingga saya berdoa
supaya hubungan kami ini kekal ke syurga. Insyaallah J
Gambar
5 : Gambar semester 1 ditangkap sebelum peperiksaan Falsafah bermula
Gambar
6 : Kumpulan 10 ketika sesi bergambar kelas di FSS
Gambar
7 : Gambar semester 1 sebelum perbentangan terakhir subjek Falsafah
Hubungan
kami semua pelajar kaunseling juga tidak saya lupakan di mana kami senang dan
susah bersama, masing-masing rasa kesukaran yang kawan lain hadapi. Saya bina
hubungan antara saya dan mereka semua kerana saya sangat sayangkan hubungan
kasih sayang kami antara pelajar kaunseling. Pada saya, tanpa mereka saya tidak
dapat senyum dalam duka dan berdiri tegak walaupun rapuh. Hanya Allah yang tahu
betapa sayangnya saya terhadap sahabat-sahabat kaunseling. Semoga mereka semua
turut rasa kasih sayang saya terhadap mereka. Kekalkan lah kasih sayang antara
kami Ya Allah, Amin J
Gambar
8 : Kenangan bersama sahabat kaunseling di Kem Junior
Gambar
9 : Bersama sahabat kaunseling dalam kelas En. Merikan
Gambar
10 : Sesi Fotografi Kelas di FSS
Gambar
11 : Bersama Sahabat Kaunseling dalam Program SPC 2016
Gambar
12 : Bersama Sahabat Kaunseling ke Pantai Pasir Panjang
Terlalu
banyak kenangan manis saya bersama mereka semua, jika digambarkan dengan
metafora di mana kenangan manis ini seperti butiran pasir yang jernih di pantai
sehingga tidak mampu untuk dikira betapa banyak bilangannya. Seperti itu juga
kenangan manis yang dibina sepanjang zaman di universiti ini. Akanku kenang sehingga
akhirnya.
Seterusnya, saya juga tidak lupa
kasih sayang yang dibina melalui penglibatan saya dalam sekretariat sahsiah.
Saya terlalu gembira apabila terpilih sebagai sekretariat sahsiah kerana saya
mahu mewujudkan hubungan persahabatan yang baru bersama semua orang di kolej
bunga raya. Secara tidak langsung, saya berjaya jalinkan kasih sayang bersama
mereka semua walaupun mereka terdiri daripada senior dan juga junior. Perbezaan
umur, pangkatan dan bangsa tidak menjadi penghalang untuk kami mewujudkan kasih
sayang antara kami. Terima kasih wujud dalam cerita hidup saya. Hehe..
Gambar
12 : Sahabat Sahsiah Bertugas dalam Program “Tentang Dia”
Gambar
13 : Kasih Sayang Antara Sahsiah dalam program Anjuran Exco Sahsiah
Setelah
tamatnya gambar yang dikongsi maka tamatlah cerita mengenai hubungan kasih
sayang yang saya bina dalam kehidupan universiti. Terbinanya kasih sayang
antara kami adalah kemahuan saya sendiri kerana saya suka bergaul dan suka
mempunyai ramai kawan. Saya sayang hubungan yang terjalin ini dan saya tidak
akan lupakan semua kenangan manis yang telah saya lakar sendiri. Sekian
perkongsian kasih sayang saya dengan kenangan bersama mereka. Wassalam
Nukilan Kasih Sayang,
Zara
No comments:
Post a Comment