Hai semua rakan-rakan
seperjuanganku,
Kini tibalah giliran saya untuk menulis blog dalam laman
sosial. Selamat membaca ye.
Jom
saya kenalkan diri saya dahulu. Saya,
Viji A/P Muniandy merupakan pelajar tahun 2 (bakal masuk tahun 3) dalam program
Ijazah Sarjana Muda Kaunseling di Universiti Malaysia Sarawak. Saya berasal
daripada Pulau Mutiara (Pulau
Pinang). Saya merupakan anak ketiga daripada lima orang beradik. Ini merupakan
kali kedua saya berpisah daripada keluarga saya untuk melanjutkan pelajaran.
Saya merupakan graduan lepasan Diploma dalam jurusan Fisioterapi di Kolej Universiti
Masterskill (Masterskill University College of Health Sciences- MUCH) di
Cheras, Selangor dan kini berada di UNIMAS, Sarawak.
Hmm..,
Kasih Sayang Dalam Kehidupan Universiti.. Apa yang
boleh dikongsikan.. Sebenarnya, kita tidak boleh memaksa seseorang untuk
menunjukkan kasih sayang kepada diri kita dan sebaliknya. Tetapi kasih sayang
mempunyai kuasa yang Maha Esa jika ditunjukkan dengan cara yang betul kepada
orang yang memerlukannya. Hampir keseluruh pelajar UNIMAS yang dahagakan kasih
sayang sekarang, terutama apabila berjauhan dengan keluarga. Dan saya merupakan
salah seorang daripada senarai tersebut. Saya selalu mempercayai dalam slogan “Love All, Serve All”. UNIMAS telah memberikan
banyak kenangan manis selama dua tahun ini.
Pertama
kali, saya menjejaki kaki di Bumi Kenyalang ini tanpa berteman. Walaupun saya
berasa sedih kerana ibu bapa tidak dapat mengikuti saya kerana kesempitan wang,
tetapi saya memberanikan diri saya untuk membawa diri saya ke muka bumi ini.
Hati saya tertanya-tanya adakah ni nasib saya disepanjang sesi pengajian di
UNIMAS??? Saya berasa diri saya ditimpa
malang apabila masuk ke kelas pada hari pertama. Wooo…. Saya merupakan satu-satunya pelajar India dalam kelas saya. Adui…. Dahlah seorang diri kat negeri
orang tambah-tambah tak ada teman di kelas. Walaupun ada pelajar-pelajar yang
berlainan bangsa tetapi saya berasa sunyi dan rasa kosong. Dahla program kaunseling merupakan pilihan terakhir saya, kini
seorang diri pula dalam kelas.. Hmmm… ini la dikatakan sebagai takdir. Tuhan
menentukan saya untuk berada dalam keadaan begini.
Gambar 1: Sambutan Hari Raya Haji di Rumah Jasriati
|
Akan
tetapi, persepsi saya sudah berubah apabila pelajar-pelajar ini mula menjadi
kawan. Yahoo.. mereka menerima diri
saya dengan sepenuhnya. Diri saya mencair apabila mereka menghormati saya dan
menunjukkan kasih sayang. Keakraban yang dimiliki dalam diri saya dengan mereka
menyebabkan saya mengikuti mereka ke rumah kawan saya yang menyambut Hari Raya
Haji. Mereka semua terasa gembira sangat apabila saya mengikuti mereka. Saya
percaya sebagai seorang pelajar kaunseling saya perlu berhubung dan
berkomunikasi dengan semua orang. Sambutan ini memberi satu peluang kepada diri
saya untuk berkongsi kasih dengan kawan-kawan saya.
Gambar 2: Bersama
pelajar Junior
|
Gambar 3: Bersama
Batchmates
|
Seterusnya,
berkawan dengan budak-budak kolej (asrama). Bukan senang nak dapat kawan-kawan
yang sekepala dengan kita. Saya berasa sangat beruntung apabila ramai
pelajar-pelajar india di sini yang bergabung untuk membuatkan sesuatu bagi
pelajar-pelajar India yang berada terutama untuk ke kuil. Bagi diri saya, kuil
merupakan tempat yang paling sesuai untuk menenangkan fikiran. Tambah-tambah
lagi apabila kami mendapat bas untuk ke kuil. Tiga buah bas akan dihantar untuk
pelajar-pelajar india ke kuil. Kesemua bas terbut akan dipenuhi dengan
pelajar-pelajar. Saya berasa sangat gembira apabila dapat pergi ke kuil dengan
mereka. Di sepanjang perjalanan ke kuil, saya berpeluang untuk bertegur-sapa
dengan kawan-kawan dari UNIMAS. Biasalah, pelajar-pelajar akan sibuk dengan
tugasan, peperiksaan, tutorial, dan projek mereka. Oleh hal yang demikian, kami
jarang berjumpa selalu walaupun tinggal di kolej yang sama. Jadi setiap hari
jumaat merupakan tempat kami berjumpa, di samping bersembahyang, kami dapat
memupuk kasih sayang di antara kami. Dan ini merupakan tempat merapatkan hubungan
di antara kami.
Gambar 4: Exco Sukan FSKPM :
Pemenang Naib Juara Keseluruhan KESUMAS
|
Gambar 5 : Hari
terakhir KESUMAS
|
Gambar 6 : Bersama Pemain Futsal Dan Bola Sepak KESUMAS 2016 |
Gambar 7 : Menjadi Pemain Bola Baling Selepas 13 tahun |
Gambar
di atas, merupakan kenangan yang paling manis buat diri saya di sepanjang
semester ini. Walaupun saya terpaksa berkorban banyak untuk pencapaian ini,
tetapi di akhir pejuangan ini, saya mendapat kasih sayang yang tiada
bandingannya. Kemenangan dalan Kejohanan Sukan Mahasiswa Universiti (KESUMAS)
2016 sebagai naib juara keseluruhan. Wooo..
That’s My Great Moments. Kesumas ini memberi
peluangan untuk berkenalan dengan atlet-atlet sukan, pengurusan tertinggi
fakulti dan orang-orang yang tertentu. Biasakan pelajar kaunseling merupakan
golongan yang kecil di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Jadi ramai
yang tidak kenal saya walaupun saya merupakan Exco Sukan Persatuan Mahasiswa
Fakulti. Tetapi melalui Kesumas ini, saya mendapat ramai kenalan. Hubungan kami
lebih rapat dengan pemain bola sepak lagi. Hehex..
itu yang tak dapat dihadamkan. Sehingga
saya dan partner saya, Alicia (Exco Sukan FSKPM) mendapat apresiasi daripada
atlet-atlet dan pengurusan. Ini memberi semangat dan rasa dihargai apabila kami
dihadapkan di kalangan orang ramai dan mendapat penghargaan sebagai Exco Sukan
Fakulti.
Gambar 8 : Sambutan
Hari Jadi Kawan Shashirekha (Clown)
|
Bukan
semua kawan-kawan yang akan berjumpa setiap masa adalah orang yang memahami
kita. Walaupun berjauhan, tetapi tetap
di hati merupakan kawan-kawan yang rapat dengan jiwa kita. Mereka ini walaupun
sudah tinggal di kolej luar, tetapi hubungan kami masih rapat. Ada beberapa
peristiwa yang akan menyatukan kami. Contoh peristiwa adalah seperti sambutan
hari jadi kawan-kawan kami. Kami memang tidak akan lupa untuk menyambut hari
kelahiran setiap kawan-kawan yang berada di UNIMAS terutama yang rapat dengan
diri kami. Sambutan sebegini memberi kegembiraan kepada diri kami di samping
merapatkan hubungan kami. Saya sangat berharap agar hubungan kami kekal selamanya
walaupun selepas tamat pengajian kami di UNIMAS. Ada sesetengah gambar tidak
memerlukan penjelasan yang lebih lanjut kerana gambar tersebut dapat memberi
penjelasan tersendiri bak kata “Pictures
speaks more than words”.
Kehidupan Universiti memang memberi
banyak kenangan manis dan pahit kepada semua pelajar. Terpulanglah kepada diri
sendiri masing-masing untuk menjadikan kenangan-kenangan tersebut sebagai
memori terindah supaya suatu hari nanti kita dapat terkenang balik zaman
pengajian kita. "Masa itu Emas". Jadi terpulanglah kepada kita untuk menjadikan sebagai memori
terindah.
Sekian salam kasih,
Viji A/P Muniandy
(49371)
No comments:
Post a Comment