“KASIH
SAYANG DI UNIMAS”
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca, di
sini saya telah menulis sebuah blog yang bertajuk seperti di atas. Hahaa. Oleh
itu, Happy reading semua!
Teringat
kembali pertama kali aku datang ke Unimas. Suasana yang sangat asing buatku.
Walaupun masih di bumi Sarawak namun ianya begitu jauh dengan kampung
halamanku. Hanya seorang diri di sini tanpa keluarga yang di sayangi dan
rakan-rakan yang dirindui. Perasaan takut tidak mempunyai kawan di Unimas
begitu menghantui diriku sebelum datang ke Unimas. Perkara itu membuatkan malamku tidak lena seperti
malam-malam sebelumnya. Hanya doa yang aku perbanyakkan supaya dipermudahkan
segala urusanku di Unimas.
Alhamdulillah,
doaku dipermakbulkan. Hari pertama pendaftaran aku dipertemukan dengan seorang
rakan daripada Limbang. Sungguh aku gembira kerana dapat bertemu dengan rakan
yang sama bahasa pertuturan dan urusan pendaftaran kos ku berjalan dengan
lancar dengan adanya bantuan dia. Felt thankful to her! Dan secara rasminya dia
merupakan orang pertama yang aku kenal di Unimas. Hehehe. Makin gembira kerana
dia tinggal di kolej yang sama denganku dan rupa-rupanya dia tinggal berdepanan
rumah denganku. Perasaan terkejut yang amat. Indeed, “Doa adalah senjata orang
muslim”. Banyak-banyakkanlah berdoa ya kawan-kawan.
Gambar
1: Selfie with asyikin (my first friend at Unimas)
Semakin
lama di Unimas, semakin ramai orang ku kenali. Pelbagai jenis ragam dan gaya
tapi itu yang mewarnai hidupku dikala merindui keluarga yang jauh di mata namun
dekat di hati. Kawan sememangnya senang di cari tapi amat payah untuk
mengetahui sama ada mereka sebenarnya kawan atau lawan. Bagiku, berbual dengan
seseorang yang membuatkan aku rasa selesa walaupun baru pertama kali bertemu,
itulah jenis kawan yang aku inginkan. Aku memang memilih kawan, bukan kerana
aku sombong tapi aku mementingkan keselesaan dalam berkawan. The feeling of
belonging is there when I am with my friends. Semua orang boleh menjadi kawan
tapi tidak semua orang yang boleh menjadi kawan yang baik buat kita.
Alhamdulillah,
aku bersyukur kerana bertemu banyak kawan-kawan yang baik sepanjang hampir 2
tahun berada di Unimas. Pelbagai aktiviti yang kami lakukan seperti shopping,
pergi ke pantai, makan (kami semua suka makan haha), dan pelbagai lagi. Terlalu
banyak memori bersama mereka. Sememangnya mereka adalah pengubat rinduku dikala
kesunyian.
Gambar
2: Selfie ketika berada di pantai Damai
Disini,
saya akan berkongsi bagaimana untuk menjadi seorang kawan yang baik seperti
yang tertulis di magforwomen.
1. Sentiasa
tersenyum dan memberikan salam mesra
Selalu menyapa orang
dengan senyuman di wajah. Sapa mereka dan bertanya bagaimana keadaan mereka.
Ini memberikan perasaan hangat dan ramah. Dengan cara ini anda menunjukkan
keprihatinan dan keramahan anda sebagai seorang kawan.
2. Suka
menolong dan murah hati
Cara terbaik untuk
bersikap baik kepada kawan adalah dengan suka membantu ketika mereka berada
dalam kesusahan dan menolongnya dengan ikhlas. Hal tersebut menunjukkan
kemurahan hati anda. Mereka akan selalu ingat dengan kebaikan hati anda dan
akan melakukan hal yang sama untuk anda pada masa akan datang.
3. Menghargai
pujian
Semua orang suka
menerima pujian. Bahkan jika anda memberikan pujian kepada kawan anda, mereka
akan merasa gembira. Tapi ingat, pujian itu janganlah terlalu berlebihan dan
berikan pujian tersebut dengan ikhlas.
4. Jangan
mengkritik dan merendahkan
Merendahkan kawan
merupakan sikap yang buruk dan boleh memalukan diri kawan anda. Jika ada
perkara yang memerlukan kritikan, sampaikanlah dengan bahasa yang baik dan
tidak mengguris hati.
5. Menghormati
Anda perlu menghormati orang lain,
menghormati pilihannya. Jangan suka untuk mencela pilihan orang lain
terutamanya kawan anda.
Justeru
itu, jadilah kawan yang baik kepada semua orang. Akhir sekali, merekalah kasih
sayangku di Unimas. I hope we sail our journey together, graduate together and
be friends forever!
Siti
Nur Fajrina Binti Karim
50023
No comments:
Post a Comment