Kehidupan Seorang Kaunselor Pelatih: Kasih
Sayang yang Terbina Sewaktu Berada di UNIMAS
Salam
sejahtera kepada pembaca-pembaca artikel ini, izinkan saya memperkenalkan diri
saya terlebih dahulu. Saya Farrah Lovenia Taining berasal dari Kota Kinabalu,
Sabah merupakan seorang kaunselor pelatih tahun 2 di UNIMAS. Sesungguhnya
banyak memori telah tercipta dan perasaan kasih sayang kian mendalam sepanjang
berada di UNIMAS. Di sini, saya ingin berkongsi sepanjang kehidupan dan kasih
sayang yang terbina sewaktu berada di bumi kenyalang ini.
Sarawak
atau lebih dikenali sebagai tanah bumi kenyalang dan kaya dengan budaya dan
adat resam telah menarik minat saya untuk menyambung pengajian di UNIMAS.
Syukur kepada Tuhan Yesus kerana telah menjawab doa saya untuk dapat melanjutkan
pengajian di UNIMAS ini. Perkara yang ingin dikongsikan adalah sewaktu berada
di UNIMAS, saya telah belajar untuk berdikari dan memikul tanggungjawab dalam
menjalani kehidupan di universiti. Hal ini telah membuat saya untuk lebih
matang dan bersedia menghadapi cabaran yang dihadapi serta menjadi seorang
siswi yang berjaya.
Sewaktu berada di universiti, kasih sayang
mulai terbina sewaktu saya menemukan keluarga baru saya yang pertama iaitu
pelajar kaunseling 3rd Batch di UNIMAS. Keluarga ini terdiri
daripada 58 orang dan kami saling mengenali antara satu sama lain. Kebanyakan
daripada kami datang dari pelbagai negeri tidak kira tua, muda, kecil, besar
dan sebagainya. Banyak kenangan manis yang terbina bersama keluarga baru ini.
Di samping itu, ilmu pengetahuan sebagai kaunselor pelatih juga dikongsi
bersama dan kami juga saling bekerjasama antara satu sama lain apabila adanya
program yang akan dijalankan. Kadang -kala perasaan suka dan duka juga ada
sewaktu bersama dengan keluarga ini. Apa yang saya pelajari dalam keluarga ini
adalah mengamalkan sikap berfikiran terbuka, tolong-menolong, rendah diri serta
menerima pandangan dari orang lain.
Gambar saya bersama
dengan keluarga kaunseling 3rd Batch UNIMAS
Gambar saya bersama dengan keluarga kaunseling 3rd
Batch dan pensyarah Dr. Amalia di PULAPOL
Keluarga
baru saya yang kedua pula adalah merupakan rakan-rakan seperjuangan saya yang
terdiri daripada Aqeelah, Anisah, Khairul, Salinah, Sika, Siti, dan Intan.
Walaupun kami datang daripada perbezaan latar belakang dan budaya, kami saling
berkongsi suka dan duka serta pergi melawati tempat-tempat yang menarik di bumi
kenyalang ini. Merekalah penyeri hidup saya diwaktu saya berasa bosan, sedih,
gembira dan lain-lain. Saya tidak menyangka bahawa hubungan kami semakin rapat
walaupun adanya perasaan suka dan duka yang timbul di kalangan kami. Banyak
memori yang terbina sepanjang persahabatan ini terjalin. Apa yang saya pelajari
dalam keluarga ini adalah rendah diri, toleransi, tolong-menolong serta
hormat-menghormati. Saya sangat gembira kerana dapat mengenali mereka dengan
lebih rapat dan mengharapkan hubungan persahabatan kami berkekalan.
Gambar saya bersama
dengan keluarga kedua saya iaitu rakan-rakan seperjuangan
Di samping itu, keluarga saya yang ketiga adalah
ahli-ahli kumpulan akustik saya iaitu TAZKUZIKA yang terdiri daripada Lesley,
Nicki, Nuli, Mason, Grace, Amy, dan Chris. Sepanjang saya menjadi ahli dalam
kumpulan ini, banyak pengalaman pahit dan manis yang saya lalui bersama mereka
serta bersama-sama menyertai pertandingan akustik yang diadakan dalam UNIMAS
ini. Apabila adanya pertandingan, kami saling bekerjasama mencari lagu yang
sesuai dan membuat susunan lagu tersebut. Semasa latihan, kami juga menyanyi
lagu dan bergurau senda bersama. Sepanjang mengikuti pertandingan akustik,
kumpulan saya ini pernah mendapat johan sekali sewaktu BRC Week pada
tahun 2015 manakala naib johan sebanyak 4 kali dalam pertandingan akustik
antara kolej. Saya sangat gembira kerana saya berpeluang mengasah bakat yang
saya ada iaitu bermain gitar di samping menyanyi. Apa yang saya pelajari dalam
kalangan ahli kumpulan saya ini adalah semangat berpasukan, tidak berputus asa
serta keyakinan diri.
Gambar saya bersama team TAZKUZIKA dengan
meraihkan kemenangan kami dalam pertandingan akustik sempena BRC Week 2015
Akhir
kata, sepanjang berada di universiti banyak pengalaman yang menarik yang dapat
kita bina serta dapat berkenalan dengan ramai kawan. Saya berasa gembira kerana
saya ditakdirkan menyambung pengajian saya di UNIMAS disamping berpeluang
merasai pengalaman menjadi seorang mahasiswi di universiti ini.
Yang ikhlas,
Farrah Lovenia Taining
(49685)
Pelajar tahun 2
program Kaunseling
2016