Tuesday, May 31, 2016

Muhasabah Diri, Kenali Diri

Assalammualaikum dan Hello Semua! :D

Alhamdullillah, hampir 14 minggu, pelajar Tahun 2 dari Jabatan Kaunseling, Universiti Malaysia Sarawak menulis dan memeriahkan blog I am a Trainee Counselor.  Tema bagi semester ini ialah Kasih Sayang. Diharap dengan peluang untuk mengupas erti kasih sayang ini, kalian semua dapat merasai setiap hikmah yang Tuhan beri kepada kita.  Tidak dinafikan banyak onak duri, ups and downs kalian untuk mencapai matlamat.  Mungkin kita tidak nampak hikmahnya sekarang, tetapi percayalah, setiap perkara yang berlaku, pasti ada sebabnya. Sebab itu adalah yang terbaik walaupun kita merasakan ia tidak baik untuk kita pada masa kini.  Menarikkan falsafah ini?

Tahniah kepada semua pelajar yang menyumbang!  Jadikan amalan menulis ini sebagai satu amalan untuk persediaan anda menjadi seorang kaunselor yang beretika kelak.  Self-Care adalah satu cara untuk kita recharge and muhasabah diri setelah memakai topi profesion sebagai seorang kaunselor dari pagi sampai petang. Mungkin juga topi ini perlu dipakai di luar waktu pejabat ;)

Dalam semester ini, macam-macam telah berlaku. Drama demi drama ditontoni dan sudah pasti pengajaran daripada setiap drama tersebut membuatkan saya lebih matang dan cuba untuk menjadi seorang yang tidak cepat melatah dalam pembuatan keputusan saya. 

Seorang kaunselor bukan seorang yang sempurna. Tetapi ramai yang menyangka 'Anda seorang kaunselor, maka anda TIDAK BOLEH ADA SALAH! Anda TIDAK BOLEH MEMPUNYAI PERASAAN & PEMIKIRAN NEGATIF!'  Daripada perspektif yang bagus, klien mulai percayai kita dengan melihat keidealan kita sebagai seorang kaunselor. Namun, apabila bersama dengan non-client individuals, terutamanya keluarga atau sahabat sendiri, mereka terus menganggap kita ini adalah sempurna.  Kaunselor juga perlukan insan yang memahami mereka.  Mungkin inilah keindahan ciptaan Allah SWT kepada setiap profesion. Seorang kaunselor yang profesional tidak akan membawa masalah peribadinya ke dalam sesi kaunseling. Seorang kaunselor yang profesional tidak akan menasihati kliennya.   Seorang kaunselor yang profesional akan sentiasa belajar dan terus belajar untuk memperbaiki diri. 

Saya selalu cuba untuk mengambil kesempatan untuk terus belajar samada secara formal mahupun tidak formal.  Komunikasi merupakan satu faktor yang penting dalam pembelajaran dalam kehidupan.  Tanpa komunikasi yang efektif, maka semua apa yang dirancang pasti ada buruk sangkanya dan syak wasangkanya.  Mana datangnya komunikasi tidak efektif?  Ini semua bergantung kepada niat kita.  

Kasih sayang sesama insan amatlah penting.  Dengan secebis kasih sayang, kita akan terasa 'bertenaga'.  Itulah indahnya kita berkasih sayang. No wonderlah kan..apabila hidup kita penuh dengan kasih sayang, kita terasa dalam awang-awangan!  Semua yang kita nampak dan rasa semuanya positif je.  Jadi, apalah salahnya kalau kita berkongsi kasih sayang sesama kita.  Tidak luak pun kasih sayang kita! Malah,makin bernilai kasih sayang kita tu.  



 Konsepnya sama dengan ilmu pengetahuan.  Semakin kita berkongsi ilmu, semakin kita berasa ilmu itu berkembang.  Jangan sesekali ego, tamak dan angkuh menguasai diri apabila sudah banyak ilmu di dada!  Saya rasa penyataan atau konsep 'banyak ilmu di dada' tu sudah tidak dapat dipakai dalam zaman sekarang.  Sekarang ini, ilmu dijual beli dan senang je dipenuhi.  Ilmu Tuhan itu luas.  Janganlah kita memanipulasi ilmu yang sedikit tu.  Ilmu perlu juga dalam hati dan akal kita.  Saya ada satu formula matematik yang saya nak berkongsi dengan bloggers:


KASIH SAYANG (ILMU + ATTITUDE) = KENDIRI

Logiknya, kalau ilmu itu diredhai dengan attitude yang baik, maka, kendiri kita positif.  Begitu juga sebaliknya.  Ilmu dan attitude ini apabila disertai dengan kasih sayang, maka kemanisan ilmu, keindahan attitude yang disemai dengan nilai dan budaya yang positif, akan membuatkan kendiri kita menjadi seorang khalifah yang dikasihi di dunia ini.  Berbalik kepada peranan kita hidup di dunia ini mengikut kitab Al-Quran.  Saya juga pasti kitab lain juga ada menyebut hal ini.  Setiap kita di dunia ini mempunyai peranan, tetapi asasnya, kita perlu sentiasa ingat-mengingati.  Kalau Shakespere pula, kita ni adalah pelakon dan mempunyai watak masing-masing, dan muka bumi adalah pentas kita.   Maka, kita mempunyai pilihan untuk memilih yang mana satu kan?  

Dunia kita semakin tua!  Usia kita semakin pendek.  Jadi, apa pilihan yang ada?  

Pesanan untuk diri sendiri juga, pinggirkan perasaan marah, benci, dendam, buruk sangka dan perasaan yang negatif yang lain. Kalau geram geram sayang tu, itu tak pe :)  Kenapa saya tuliskan 'pinggirkan' dan kenapa tidak ikut orang lain cakap 'padamkan' perasaan buruk tu?  Ingat tak saya katakan kita adalah manusia tidak sempurna. Adalah mustahil untuk kita padam perasaan tu seperti kita switch off lampu or tv!  Tambahan, kita perlukan perasaan ini untuk melindungi kita sendiri.  Pinggirkan maksudnya ketepikan dahulu dan cuba channelkan perasaan tersebut kepada sesuatu yang constructive.  Kalau ikut bahasa Kaunseling, express our negative feelings in positive way

Saya akui penulisan saya ini nampak surface je.  Diharap sampai mesej yang hendak disampaikan. Kalau hendak bincangkan perkara ini dengan lebih mendalam, kita buat dalam seting yang lebih kondusif.  Jangan lupa caffe latte saya! ;)  



Jomlah kita berkasih sayang walaupun kita tak kenal.  Doakan saudara-saudara kita.  Doa yang baik itu juga merupakan satu cara kita menunjukkan kasih sayang kita kepada saudara kita.  Kadang-kadang saya sendiri takut akan kekuasaan doa kepada Allah.  Maka, jomlah kita berkata baik, bersangka baik, dan sentiasa berkasih sayang untuk mencari keredhaan Allah bersama.  Jangan sombong! Jangan pentingkan diri! Jangan lagakan saudara sendiri! 


With that, Good Night Kuala Lumpur! Coretan saya pada malam terakhir di Kuala Lumpur sebelum balik ke Kuching esok. Tak sabar nak balik ke rumah sendiri dan bersama dengan Bonda yang tersayang!  :)  Hikmah yang saya rasai membuatkan saya bermuhasabah. Sepanjang saya di sini, semakin saya kenal diri. Semakin saya kenal diri, semakin kerdil diri saya (walaupun diri tidaklah sekerdil manapun! ;) ).  Semoga saya, keluarga saya, rakan-rakan saya, keluarga rakan-rakan saya, pelajar dan family dan saudara-saudara di luar sana sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.  Sentiasa dalam lindungan kasih sayang Allah SWT dalam kita meniti hidup ini untuk mencari keredhaanNya.  


Till we meet again..may be when I am in Kuching?  In sya Allah.  Sebelum kita tidur, jom kita muhasabah diri dan refleks diri sebelum kita tidur. Belum tentu esok kita bangun. Maafkan semua orang. Doakan untuk semua.  Doakan hidup dan mati kita dalam kasih sayang! Jangan tidur dalam keadaan marah! Kalau terbangun dari tidur, jom kita amalkan solat sunat dan berdoa.  Jom, kita bersama-sama ke Jannah.  Tarik saya dan yang lain kalau kami tersasar dari jalan yang benar. Tariklah kami dengan kasih sayang, bukannya menghukum. Wallhualam. 

Sweet dreams. Love always from me ~ Emma. 








No comments:

Post a Comment