Tuesday, May 31, 2016

Kehidupan Seorang Kaunselor Pelatih: Kasih Sayang yang Terbina Sewaktu Berada di UNIMAS

Salam sejahtera kepada pembaca-pembaca artikel ini, izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Farrah Lovenia Taining berasal dari Kota Kinabalu, Sabah merupakan seorang kaunselor pelatih tahun 2 di UNIMAS. Sesungguhnya banyak memori telah tercipta dan perasaan kasih sayang kian mendalam sepanjang berada di UNIMAS. Di sini, saya ingin berkongsi sepanjang kehidupan dan kasih sayang yang terbina sewaktu berada di bumi kenyalang ini.

Sarawak atau lebih dikenali sebagai tanah bumi kenyalang dan kaya dengan budaya dan adat resam telah menarik minat saya untuk menyambung pengajian di UNIMAS. Syukur kepada Tuhan Yesus kerana telah menjawab doa saya untuk dapat melanjutkan pengajian di UNIMAS ini. Perkara yang ingin dikongsikan adalah sewaktu berada di UNIMAS, saya telah belajar untuk berdikari dan memikul tanggungjawab dalam menjalani kehidupan di universiti. Hal ini telah membuat saya untuk lebih matang dan bersedia menghadapi cabaran yang dihadapi serta menjadi seorang siswi yang berjaya.

 Sewaktu berada di universiti, kasih sayang mulai terbina sewaktu saya menemukan keluarga baru saya yang pertama iaitu pelajar kaunseling 3rd Batch di UNIMAS. Keluarga ini terdiri daripada 58 orang dan kami saling mengenali antara satu sama lain. Kebanyakan daripada kami datang dari pelbagai negeri tidak kira tua, muda, kecil, besar dan sebagainya. Banyak kenangan manis yang terbina bersama keluarga baru ini. Di samping itu, ilmu pengetahuan sebagai kaunselor pelatih juga dikongsi bersama dan kami juga saling bekerjasama antara satu sama lain apabila adanya program yang akan dijalankan. Kadang -kala perasaan suka dan duka juga ada sewaktu bersama dengan keluarga ini. Apa yang saya pelajari dalam keluarga ini adalah mengamalkan sikap berfikiran terbuka, tolong-menolong, rendah diri serta menerima pandangan dari orang lain.

Gambar saya bersama dengan keluarga kaunseling 3rd Batch UNIMAS

Gambar saya bersama dengan keluarga kaunseling 3rd Batch dan pensyarah Dr. Amalia di PULAPOL

Keluarga baru saya yang kedua pula adalah merupakan rakan-rakan seperjuangan saya yang terdiri daripada Aqeelah, Anisah, Khairul, Salinah, Sika, Siti, dan Intan. Walaupun kami datang daripada perbezaan latar belakang dan budaya, kami saling berkongsi suka dan duka serta pergi melawati tempat-tempat yang menarik di bumi kenyalang ini. Merekalah penyeri hidup saya diwaktu saya berasa bosan, sedih, gembira dan lain-lain. Saya tidak menyangka bahawa hubungan kami semakin rapat walaupun adanya perasaan suka dan duka yang timbul di kalangan kami. Banyak memori yang terbina sepanjang persahabatan ini terjalin. Apa yang saya pelajari dalam keluarga ini adalah rendah diri, toleransi, tolong-menolong serta hormat-menghormati. Saya sangat gembira kerana dapat mengenali mereka dengan lebih rapat dan mengharapkan hubungan persahabatan kami berkekalan.
Gambar saya bersama dengan keluarga kedua saya iaitu rakan-rakan seperjuangan

Di samping itu, keluarga saya yang ketiga adalah ahli-ahli kumpulan akustik saya iaitu TAZKUZIKA yang terdiri daripada Lesley, Nicki, Nuli, Mason, Grace, Amy, dan Chris. Sepanjang saya menjadi ahli dalam kumpulan ini, banyak pengalaman pahit dan manis yang saya lalui bersama mereka serta bersama-sama menyertai pertandingan akustik yang diadakan dalam UNIMAS ini. Apabila adanya pertandingan, kami saling bekerjasama mencari lagu yang sesuai dan membuat susunan lagu tersebut. Semasa latihan, kami juga menyanyi lagu dan bergurau senda bersama. Sepanjang mengikuti pertandingan akustik, kumpulan saya ini pernah mendapat johan sekali sewaktu BRC Week pada tahun 2015 manakala naib johan sebanyak 4 kali dalam pertandingan akustik antara kolej. Saya sangat gembira kerana saya berpeluang mengasah bakat yang saya ada iaitu bermain gitar di samping menyanyi. Apa yang saya pelajari dalam kalangan ahli kumpulan saya ini adalah semangat berpasukan, tidak berputus asa serta keyakinan diri.

Gambar saya bersama team TAZKUZIKA dengan meraihkan kemenangan kami dalam pertandingan akustik sempena BRC Week 2015

Akhir kata, sepanjang berada di universiti banyak pengalaman yang menarik yang dapat kita bina serta dapat berkenalan dengan ramai kawan. Saya berasa gembira kerana saya ditakdirkan menyambung pengajian saya di UNIMAS disamping berpeluang merasai pengalaman menjadi seorang mahasiswi di universiti ini.

Yang ikhlas,
Farrah Lovenia Taining
(49685)
 Pelajar tahun 2
 program Kaunseling
2016









No comments:

Post a Comment