Tuesday, June 14, 2016

Persahabatan Umpama Sejambak Bunga


Persahabatan Umpama Sejambak Bunga

Melalui kehidupan di universiti adalah suatu pengalaman yang berharga yang akan disematkan di dalam hati dan sanubari hingga ke akhir hayat setiap individu. Universiti bukanlah hanya suatu pusat atau tempat untuk belajar mengenai akademik semata-mata, malah ia mengajar apa itu ‘kehidupan’. Ia suatu kenangan yang manis dan terpahat di hati.

Bergelar seorang pelajar kaunseling dan melalui beberapa fasa dalam diri yang berjaya mengubah diri ini dari seorang yang kerap menangis apabila menghadapi masalah kepada seseorang yang mampu untuk duduk dan memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Ia mendidik diri ini secara tidak langsung bahawa diri kita adalah apa yang kita fikirkan.

Selain itu, suatu yang sangat manis adalah apabila menjadi sebahagian daripada keluarga kaunseling di sini. Bersama pensyarah-penyarah yang sangat baik hati, banyak membantu, sentiasa membimbing pelajar dari sudut sahsiah, akademik mahupun berkaitan program dan sebagainya. Tidak dilupakan rakan-rakan yang sentiasa bersama susah senang, gelak ketawa beersama dan juga menangis bersama adalah suatu hadiah yang sangat manis. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mempertemukan diri ini dengan insan-insan yang hebat ini.

Persahabatan itu ibarat sejambak bunga, ia melitupi kuntuman bunga yang lain dalam satu bekas. Begitulah keakraban kami yang sentaiasa bersama dari tahun satu hingga sekarang dan dengan izin Allah hingga ke akhir hayat. Tidak dapat dilupakan pengalaman yang sentiasa mengendalikan program bersama-sama, belajar dari masing-masing kelebihan dan kekurangan dan juga menerimanya dengan baik. Benarlah bahawa, seandainya kita mengikat sesuatu dengan hati, nescaya keikhlasan dan kasih sayang yang terbina itu amat tinggi dan mahal. Kami erbeza etnik, berbeza budaya, berbeza dialek dan percakapan juga latar belakang keluarga yang berbeza, namun itu bukan suatu halangan dalam menyatukan hati dan jiwa kami semua dalam istilah persahabatan.


Norsapika bt Dzulkifli (49887),
Pelajar Kaunseling,
Universiti Malaysia Sarawak.


Gambar bersama rakan sekelas di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuching. 

Friday, June 10, 2016

Kasih Sayang dalam kehidupan di Universiti
Selamat sejahtera dan salam perpaduan,
Saya, Lawrence Sengkuai Anak Henry merupakan pelajar kaunseling 3rd Batch. Terima kasih dan syukur kerana telah memberi saya kesempatan ini untuk berkongsi pengalaman hidup sepanjang bergelar mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak yang dicintai. Saya berasa bersyukur dan gembira kerana telah diberi peluang dan takdir telah menentukan saya untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda ini di UNIMAS dalam bidang kaunseling. Sebaik-baik kita merancang tapi perancanganNya adalah lebih baik. Disini terciptalah dan bermula kisah kasih sayang dalam kehidapan saya di sebuah universiti yang indah walaupun banyak cabaran yang perlu ditempuhi sepanjang empat semester ini.
Gambar 1: G-10
Gambar di atas menunjukkan G10 yang telah wujud sejak dari semester satu lagi yang terdiri daripada enam orang pelajar iaitu Zara, Kak Nisa. Kak Atiey, Anie, Farid dan saya sendiri. Kasih sayang diantara kami telah wujud atas kerjasama yang baik dan banyak masa yang diluangkan bersama hampir setiap minggu untuk menyiapkan tugasan berkumpulan bagi kursus falsafah kaunseling ini. Kasih sayang yang lahir daripada kami ini adalah hasil daripada komitmen yang tinggi dan persefahaman dalam bantu membantu dalam sepanjang semester satu. Akhirnya, kumpulan ini telah kekal sehingga ke hari ini di mana kami sudah seperti adik beradik kerana ada kalanya kami gurau senda dan “gaduh” antara satu sama lain. Sungguh banyak kenangan manis dan pahit yang telah dilalui oleh kami di sebuah universiti ini.

Gambar 2: Pelajar kaunseling tahun 2 bersama Dr.Amalia dan Puan Salmah pensyarah UNIMAS, Puan Hartinie pegawai psikologi di PULAPOL
Manakala gambar 2 merupakan gambar pada semester keempat ini dimana semua pelajar kaunseling tahun 2 semester 2 wajib untuk mengambil kursus ini. Pelbagai cabaran dan pengalaman yang diperolehi dalam proses pembelajaran sebagai seorang pelajar UNIMAS. Kasih sayang dalam hubungan persahabatan yang terjalin dikalangan pelajar ini telah mewujudkan satu suasana belajar yang produktif serta dapat meningkatkan kemahiran kaunseling. Saya rasa gembira kerana semua pelajar tahun dua dapat mengikuti program psikopendidikan ini bersama dengan pensyarah iaitu Dr.Amalia Madihie dan Puan Salmah.
Gambar 3: Pelajar kaunseling yang mengikuti program mobiliti pertukaran pelajar semester lepas di Universiti Utara Malaysia (UUM) 
(Jasriati, Zeniefor, Grace, Rabiatun, Suzi, Lim dan saya)
Pengalaman hidup adalah bukan sesuatu yang kita nantikan tetapi sesuatu yang dicari. Saya dapat merasakan suasana belajar di UUM di mana kami dapat mengenali pelajar kaunseling di sana dan pensyarah-pensyarah. Proses pembelajaran tidak mudah berhenti dalam hidup ini kerana belajar tidak mengira masa dan di mana kita berada. Banyak pengalaman dan cabaran yang kami lalui selama satu semester berada di sana dan kasih sayang di universiti ini banyak memberi kekuatan kepada kami.

Thursday, June 9, 2016



Memori tercipta :)

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kepada pembaca sekalian 
Kabare? (apa khabar? : Bahasa jawa). Harapnya semua waras. Sebelum saya menulis dan berkongsi lebih panjang di dalam entri ini, elok sekiranya saya memperkenalkan diri terlebih dahulu.

Alhamdulilah, nama diberi Nurhaliza Hashim boleh panggil Liza, berasal dari Johor Bahru, mempunyai 6 orang adik beradik iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan dan saya merupakan anak yang keempat. Sebelum ini saya melanjutkan pelajaran dalam bidang sains di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan selama satu tahun dan kemudian ditawarkan untuk menyambung pengajian di dalam bidang kaunseling di Universiti Malaysia Sarawak selama 4 tahun dan sekarang saya merupakan pelajar tahun 2. Saya rasa itu sahaja serba sedikit berkenaan diri saya. Okayyy, let’s start!

Memulakan langkah sebagai anak perantau di negeri Sarawak sememangnya membuatkan perasaan bercampur baur. Jauh daripada mak abah, rumah, kawan-kawan baik menimbulkan sedikit kegusaran di hati namun dek kerana hamasah (semangat) untuk merantau dan ingin melihat tempat orang, saya cekalkan hati dan bulatkan tekad. Nawaitu di hati diperbetulkan agar perjalanan mencari ilmu di bumi Sarawak ini dipermudahkan.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sepanjang 2 tahun berada di sini telah mengajar saya berkenaan banyak perkara. Pengalaman yang tidak diajar sewaktu kuliah berlangsung, tiada silibus tertentu namun perlu dilalui juga. Banyak pahit, manis, perit yang perlu dilalui dan saat-saat beginilah saya mencari kawan, teman, sahabat untuk berkongsi rasa. 

Di dalam program kaunseling sendiri yang sekarang terdiri 58 orang rakan-rakan seperjuangan telah banyak mencipta memori antara kami. Walaupun terdapat perbezaan dari segi umur, bangsa, agama namun ianya tidak menjadi batu penghalang kepada kami untuk bekerjasama dan kasih sayang antara kami mula terjalin sejak hari pertama kami saling berkenalan. 

                                           Gambar 1 : Sahabat Kaunseling (3rd Batch)

                                           Gambar 2 : Program pertama kaunseling di CCRC

                                         Gambar 3 : Teman rapat kaunseling (kila & hannan)



Selain daripada teman-teman kaunseling, kasih sayang yang terjalin antara saya dan ahli jawatankuasa Surau Bunga Raya (SUBUR) tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.  Ukhwah yang dibina, susah senang bersama menganjurkan program, mencari dana, mengviralkan poster bagi memastikan para pelajar hadir tersimpan kemas di memori saya.  SUBUR ibarat bilik kedua saya, sahabat-sahabat umpama adik beradik sendiri. Solat berjemaah, iftar bersama di dalam talam setiap hari Isnin dan Khamis mengeratkan lagi ukhwah antara kami. Moga-moga kerja dakwah kami ini yang tidak seberapa ada nilai di sisi Allah.
                                                                                                          Gambar 4 : Rehlah SUBUR


 
 
 Gambar 5 : Program SUBUR                                           Gambar 6 : Lajnah Musolla 15/16



                                                 Gambar 7 : Kenangan menjadi fasilitator

Akhir sekali, nilai persahabatan tidak mampu dibeli dengan nilai wang ringgit. Hargailah mereka yang berada di sisi kita tika susah dan senang. 

SAHABAT. 
Uhibbuki fillah abadan abada. <3