Monday, May 12, 2014

Sayangi Kaunseling Kelompok Anda...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

cc: google image


Sayangi kaunseling kelompok anda… (hanya sekadar perkongsian)

Pertama sekali saya berasa bersyukur dapat mendalami ilmu dalam bidang kaunseling walaupun tak pernah terfikir pun belajar dalam bidang ini tapi setelah mendalaminya dlm tempoh 2 tahun walaupun dikatakan tempoh masa yang singkat tapi banyak benda yang dipelajari dan dilalui.

Pengalaman yg saya rasa tidak akan dapat dgn semudahnya apabila diberi peluang untuk menjadi klien kelompok…pengalaman yang merisaukan, mengujakan, dan menggembirakan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kita Puan Salmah dan Miss Nora memberi peluang ini walaupun ia berlangsung dalam masa yang begitu singkat tetapi ia sungguh bermakna bagi diri saya.

PERMULAANNYA, pengalaman yang merisaukan bagi diri saya apabila berada dalam kelompok dan dihadiri oleh rakan-rakan yang tidak dikenali so rasa tidak percaya, tidak selesa tu semua ada…DAN paling penting tak tahu nak share apa..haha

Disebabkan saya melihat diri saya seorang yang sukar untuk “memberi” berbanding “menerima” dalam aspek berkongsi isu…maksudnya,saya boleh mendengar isu org lain tetapi saya sukar untuk berkongsi isu saya dengan org lain.

Akan tetapi setelah melaluinya saya berasa tertarik kerana kaunseling kelompok mempunyai keunikannya tersendiri. Bagi yang belum pernah menghadiri kaunseling kelompok mahupun pernah menghadirinya saya ingin menyatakan bahawa

SAYANGI DAN HARGAILAH KAUNSELING KELOMPOK anda kerana;
  1. Mendatangkan manfaat yang sangat berguna kepada diri anda
  2. Dapat berkongsi pengalaman
  3. Dapat berkongsi ilmu pengetahuan
  4. Dapat berkongsi pendapat
  5. Menjadi tempat anda untuk mempelajari dan lebih mengenali diri anda (*kita dapat mengetahui perkara/tabiat/cara berfikir yang positif mahupun negatif yang ada pada kita tanpa kita sedari)
  6. Menjadi satu ruang atau tempat dimana anda memerlukan seseorang untuk mendengar luahan rasa anda
DAN melalui perkongsian, tanpa kita sedari kita telah membantu rakan kelompok yang lain…


Dalam kaunseling kelompok sebolehnya berkongsilah…hanya pada masa itu sahaja anda mempunyai masa melihat dalam diri…cubitlah sedikit masa daripada 24 jam yang kita ada untuk melihat dalam diri…

Sekian daripada saya;

[azila39716]

nota:Terima kasih kepada rakan saya SP membantu saya bagaimana menggunakan blog ini,haha 1st time in my life...

No comments:

Post a Comment