Wednesday, May 14, 2014

INSTANT SKILLS : wanted!!!


Cuba bayangkan..suatu pagi kita bangun dari tidur tetiba dapat skill baru..kalau korang, nak skill apa? Kalau saya, saya nak……………………………

1) Posing skills
2) Photography skills
3) Sewing skills
4) Cooking skills

And the most wanted skills is…………….
***Psychic skills 


psychic skills 

raja bomoh skills 

(kedua-dua gambar adalah dipinjam dari Google

kita fokus pada gambar yang kat atas ea psychic skills..(jangan tenung lama sgt kat gambar bomoh tu..)
-
-
-

Hahhhhhhhhh!! Sejak bertatih2 nak jadi kaunselor nih,, mcm2 benda saya nak tau tentang orang-orang di sekeliling saya..rasa mcm busy body pun hado.. pernah satu hari tu saya stalk fB (tak baik tau!) orang sebab nak tau “dia ni cemane sebenarnye”.. fB boleh menggambarkan peribadi seseorang tu ke??? Tak semua orang kannnn.. manusia ni pelik.. ‘baru sekejap tadi dia marah sampai nak bunuh kita,,xsampai beberapa hari dah boleh buat baik sampai-boleh-tolong-cuci-pinggan-angkat-jemuran-bagai..haishhhhhhhh..takbetultakbetul.. 

“aku ke yang terlampau menilai/mengungkit peribadi orang ataupunnn orang tu memang betul-betul baik atau aku yang salah tafsir atau orang tu memang macam sarang-tebuan-yang-tak-boleh-dijolok atau aku-tak-suka-orang-buat-baik-kat-aku atau orang tu memang pemaaf atau aku terlampau banyak fikirrrrrrrrr…arghhhhhhh!!!!”  

MEMANG MANUSIA PELIK. 

Bukan pelik yang xde lubang hidung ek.. 


aiiii,,agak2 ar.. geli kot!!!! 

( sumber dari si pelik Google )

Sambung balik yang kat atas tadi.. (xtau apa yang kat atas tuuu???scroll p atas balik. Baca!) 

Nak di ringkaskan cerita, 

“kalau aku ada psychic skills ni..boleh nak buat kat klien masa sesi ni. Boleh aku baca fikiran klien aku. Takde la aku nk kena tipu dgn klien.hehe…” kata seorang kaunselor yang ‘tingtong’. (tiada kaitan antara yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia) 

Laaa..angan-angan je la semua tu...cuba fikir logik sikit....

Meh sini..tengok niiiii....  

Seorang kaunselor tak perlukan skills yang pelik macam tu...

Kita ada magical skills kita yang tersendiri..huyyoooooooo..kalah raja bomoh!!!! 

Ada banyak kemahiran(skills) yang ada pada diri seorang kaunselor untuk sesi kaunseling yang berkesan, antaranya :


1. Kemahiran Mendengar 

Merupakan kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk  percakapan klien. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. Selain dari tutur kata, gerak geri klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Dikatakan bahawa segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu.

2. Kemahiran Berempati 

Empati adalah proses untuk memahami emosi dan perasaan seseorang. Dengan adanya kemahiran berempati ini, kaunselor dikatakan berkeupayaan untuk memahami emosi dan dapat merasai apa jua yang dirasai oleh klien. Dengan ini, klien akan merasakan bahawa kaunselor itu memang seorang pendengar yang baik, memahami keadaannya serta mengambil berat tentang dirinya kerana kaunselor berupaya untuk memahami situasi sebenar yang dialaminya. Emosi seseorang tidak mudah difahami oleh pihak kedua. Jadi, untuk menguasai kemahiran ini terlebih dahulu, kaunselor perlu berupaya untuk membezakan antara emosi dan sikap. 

3. Kemahiran Refleksi Isi

Refleksi isi ialah pernyataan semula oleh kaunselor mengenai idea yang disampaikan oleh klien. Idea ini dinyatakan semula oleh kaunselor dengan menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan tepat. Akan tetapi terdapat perhatian yang harus diketahui oleh kaunselor tersebut. Contohnya, jangan membuat refleksi isi yang terlalu panjang dan jangan menggunakan perkataan yang sama berulang-ulang kali kerana klien akan berasa bosan. 

4. Kemahiran Interpretasi

Kemahiran Interpretasi merupakan satu proses yang digunakan oleh kaunselor untuk memberikan maklum balas atau “feedback” kepada klien supaya klien berupaya untuk melihat masalahnya dari sudut yang berbeza. Selain itu, interpretasi digunakan untuk merujuk dan membuat tafsiran untuk maksud tersirat dalam mesej klien. Oleh yang demikian, kaunselor perlu betul-betul menguasai kemahiran ini terlebih dahulu sebelum digunakan supaya ianya dapat dilakukan dengan lebih tepat dan betul. Ini adalah kerana sekiranya kaunselor membuat interpretasi yang salah, ia boleh menyebabkan gangguan dalam proses kaunseling yang sedang berjalan itu. Interpretasi akan dikatakan berjaya sekiranya ia boleh meransang pemahaman dan memberi fokus ke atas masalah klien. 

sumber dari http://cikgunazifah.blogspot.com  *terima kasih cekgu :)
boleh jugak kalau nak jenguk ke sini----> Kemahiran Asas Kaunseling 

Nampak tak??? Tak perlu instant skills yang merepek-repek maaa.. KITA (kaunselor) lagi banyak skills. 

So... 
-
-
-
-

NO NEED all that MEREPEK SKILLS. 

WE have our own COUNSELING SKILLS. 

(sumber dari : Google)  

Smile, everybody!!

Thanks! 

Have a Good Day. 

written by, 
Sharmine 







2 comments:

  1. wawww !!! panjang cerita kak lehotttttttttttttt. semput nyawa kakput maca. hahahahaha

    ReplyDelete
  2. hehe..makkaseh kakput (mun maca mena2 laaaa) bhahahahahahahahaha

    ReplyDelete