Sunday, May 4, 2014

FOLLOW YOUR HEART

Assalamualaikum w.b.t dan salam satu kaunseling~


          Follow your heart. Apakah yang terlintas dalam fikiran anda sebaik saja anda membaca pernyataan tersebut? Mungkin ramai yang termenung panjang dan juga menghela nafas yang 'berat' selepas membacanya. Sebenarnya tidak mudah untuk mengikut kata hati. Ya, saya mengaku itu. Banyak hati yang perlu dijaga terutama orang-orang yang kita sayang. Tetapi, kebanyakan daripada kita suka membuat keputusan terburu-buru dan tidak berfikir panjang. Hidup ini merupakan pilihan. Pilihan yang perlu kita buat pada setiap hari. Pilihan yang akan menentukan masa depan kita. Sebenarnya ramai di antara kita yang terpaksa mengambil jurusan kaunseling atas keterpaksaan. Ada yang ibu bapanya suruh, ada yang dia minta jurusan lain tapi yang dapat jurusan lain, ada yang hanya mengisi permohonan sekadar diterima tidak kisah jurusan apa yang dia akan dapat dan sebagainya. 

          Mungkin ramai dalam kalangan pelajar kaunseling yang sedang dilemma dan masih di dalam pertanyaan sama ada keputusan yang dipilih ini tepat atau tidak. Seperti saya, sebenarnya cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang usahawan berjaya dengan membuka bakery di Pulau Pinang kerana di sana sangat susah hendak melihat kedai bakery Melayu. Kebanyakan semua bakery Cina. Lagipun, saya memang suka bab2 roti dan kek ni. Suka makan dan juga suka buat. Tapi apakan daya, ibu bapa saya kurang setuju dengan cita-cita saya itu. Mereka lebih suka lihat anak mereka terlibat dalam kerjaya profesional. Hmmmm, its okey. Mungkin saya tidak ditakdirkan untuk membuka bakery sendiri dan ada hikmah disebaliknya. Ayah saya yang menyuruh saya mengambil jurusan kaunseling ni. Nak kata minat tu memang la minat tapi tidak seminat macam saya minat dengan bakery. 

     
          Setakat ini, saya hanya follow the flow dan tidak berharap sepenuhnya yang saya akan menjadi seorang kaunselor apabila sudah habis belajar nanti. Dalam hati saya masih kuat dengan cita-cita untuk memiliki kedai bakery sendiri. Bak kata pepatah rekaan, nabila dan bakery berpisah tiada. Kahkah ! Tapi entah kenapa, semakin naik semester semakin tidak minat dengan kaunseling. Opss, terjujur pulak. Huhu. Apa pun saya hanya pasrah dan redha dengan ketentuan yang Allah S.W.T telah tetapkan ini. Siapa tahu mungkin selepas habis belajar nanti saya berjaya membuka kedai bakery dengan hasil usaha sendiri kan? Sebenarnya jangan dirasakan bahawa rugi dan sia-sia saja belajar kaunseling tetapi akhirnya tidak menjadi kaunselor. NO ! Ubah persepsi anda itu. Belajar kaunseling juga merupakan ilmu yang dapat tolong kita pada suatu masa nanti. We never know right?

          Jadi kepada anda semua yang sama tapi tak serupa dengan nasib yang saya alami ini, tolonglah fikir balik. Kalau ada yang beranggapan bahawa mengambil jurusan kaunseling adalah kerana terpaksa dan tidak sesuai dengan jiwa dan harapan serta cita-cita anda yang asal itu akan terhapus, anda sebenarnya salah. Teruskan berjuang untuk mendapatkan cita-cita dan impian yang selama ini diimpikan. Fight for it. Jangan mengalah dan jangan berputus asa. Masih belum terlambat. Saya bukan nak mempengaruhi pelajar kaunseling untuk tidak menjadi kaunselor tetapi ini khas ditujukan kepada yang mengalami dilemma seperti saya. Saya benar-benar faham perasaan anda semua. Yang penting sekali doa dan restu daripada ibu bapa kita. Itu yang paling penting. Bincang dengan mereka baik-baik dan saya yakin Allah akan permudahkan semuanya. Follow your heart will you? :)

Sampai disini saja entri saya. Terima kasih kerana sudi membaca. Salah dan silap harap dimaafkan. Di bawah ini ada serangkap pantun rekaan sendiri. Hehe.
Buah mangga dipotong sama rata,
Dimakan pula dengan kicap Puteri,
Kalau anda dalam dilemma,
Jangan lupa ikut kata hati.   

Ikhlas dari hati sanubari, 
NABILA BINTI SHAFIE

No comments:

Post a Comment